Asalamuaikum, dah lama x mengedit blog..hari nie adalah kelapangan sikit.Jadi puan2 dan kawan kawan sekelian moh kita buat biskut raya ... Raya dah dekat tinggal seminggu ++ jek lagi.
Ok.. bila tengok tajuk tu sure terbayang chocolate Ferror Rocher kan..he..he.. biskut nie rupa lebih kurang le dengan ferror Rocher tapi rasa lain. Oklah cik Jah meh kita jengok bahan bahannya... tapi awal-awal lagi ingin dimaklumkan gambar untuk biskut nie belum ada.. nanti kalau dah ada kita tepek ye...
Bahan2
180 gram Butter
100 gram gula icing
70 gram gula Perang
1 Biji kuning Telur
1 sudu teh coffee flavour
280 gram tepung gandum atau tepung Ros - saya guna 250 gram sahaja
70 gram tepung jagong
50 gram cornflakes yg telah di mesin - saya tukar serbuk badam
1/2 sudu teh soda bikarbonate.
Bahan untuk salut luar
2 biji putih telur
25o grm badam cincang
300 gram Chocolate masakan
30 gram Butter coco
Cara2
Putar Butter, gula icing dan gula perang selama 1 minit. Masukan kuning telur dan putar lagi 1 minit. Masukan coffee flavour, tepung gandum+sodabikarbonat ( sekiranya menggunakan serbuk badam atau confleks ) jangan masukkan semua tepung, memadai dengan 250 gram sahaja. Bentukkan adunan sebesar 1/2 sudu teh, bulat-bulatkan. kemudian celup dalam putih telur dan golekkan diatas badam cincang. Bakar pada suhu 120 darjah selama 40 minit (boleh tahan 3 bulan) atau bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. Bila biskut sudah sejuk celupkan dalam chocolate masakan yang telah dicairkan bersama butter coco terlebih dahulu, kemudian masukkan kedalam paper cup. sejukkan dan boleh le simpan dalam botol untuk hari raya nanti.... Selamat mencuba..
Terima kasih
Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, July 15, 2009
Liverpool for Birthday Cake
Nak tunjuk gak hasil kerastanganku order by Suhaila from Monash University, katanya nak buat suprise party untuk tersayang. Katanya lagi buah hati nya nie , tidur bola, makan bola dan segala-galanya bila, pass tu dia nie penyokong kuat Liverpool tu pasal nama belakang sama dgn kapten Liverpool kot. Maaf le ye mana yang terkurang tu sebab akak nie bab mendeco nie kureng sikit.. cuba tengok.. macam senget jek edible tu.. he..he.... kek nie moist choc cake.. buat masa nie belum buat lain -lain jenis kek.. nk tumpukan satu jenis dulu...
Ayam Panggang Madu
He..he.. atas permintaan orang dalam perut maka aku gagahkan jua memanggang ayam nie.. sebenarnya bukan setakat permintaan tekak sendiri, tapi dah lama si Wajihah a.k.a angah nie minta buat ayam panggang.. al maklumlah sejak ada oven baru kan..he..he.. maka terhasil le ayam panggang madu yg tak seberapa menjadi.. tapi tengok angah berselera sungguh makan.. bukan apa si angah nie memilih sikit dalam hal-hal makan nie asyik2 KFC, Pizza naik kembang tekak mama nie nak ooi....
Resepi nie aku main bantai jek..kebetulan aku singgah kat pasar TTDI masa cari bahan2 buat kek, jumpa gerai jual segala rempah ratus.. aku sesaja tanya rempah tuk ayam untuk nasi ayam ada tak, ada dua jenis satu yg siap pack kering punya dan satu yg dibancuh. Aku pun ambil yang kedua2nyalah.. maka terhasil le ayam panggang yg tak seberapanya nie.. resepinya aku rasa sama jek dengan ayam panggang yang lain cuma tambah madu dan bakar sampai garing. untuk menambah kan sampah sampahnya..he..he.. aku gorengkan kentang dan carrot dengan mentega sekejap.. pas tu tabur oregano.. bila ayam dah masak masuk kan aje kentang tu kat sebelah ayam.. jadi gak ayam panggang aku, walaupun tak sesedap kenny rogers..
Friday, July 10, 2009
kek cokelat lagi
sejak kena buatan orang nie malasnya nk update blog..he..he.. banyak gak gambar yg blur belum upload dalam nie.. almaklumlah kita tak ada camera canggih , pakai camera phone je le.... Kek cokelat yang plain tu buah tangan untuk atuk dan nenek kat kampung, orang tua bukan suka makan bunga bunga nie..keh..keh..
Dan Kek Cokelat yang ada bunga kat 4 penjuru nie order by Ijah , jiran aku yg wat kenduri doa selamat. Pada mulanya ckp order kek tu untuk makan-makan je.. alih alih tukar plan nk wat kek hari jadi.. lah.. awat tak habaq siang-siang.. dah le kosong je, tak tulis apa-apa. Tak perlah Ijah lain kali order lagi.. tapi beritahu awal-2 kek tuk majlis apa.. boleh sediakan lilin dan pisaunya..
Seronoknya pergi PD
Ni masa cuti-cuti kat PD. Bukan cuti pun pergi balik hari jek. Sabtu tengahari tak wat apa2. Abahnya tetiba ajak pergi PD. Bertolak dari umah kul 1.00 ptg sampai kat PD dalam kul 3.30 - 4.00 ptg lebih kureng cam tu le..(tak tengok jam pun) Bebudak biasalah kalau dah dapat air.. seronok tahap gaban. Mamanya nie biasalah jadi tukang jaga beg.. hati teringin gak nk berendam.. tapi takut gak barang hilang, so jadi jaga jelah.. Happynya dia orang main pasir siap tanam-tanam lagi.. teringat lak masa muda dulu2 kat PD nielah aku dan kawan2 main pasir he...he kena tanam cam tulah.. sekarang giliran anak2 pulak
Panas sangat ke
Nie kisah anak2 aku , asal balik kampung macam2 perkara yang dibuat. Seronok bebenar agaknya bila balik kg... semua aktiviti yg payah dapat kat KL nie semua dilanyak. Tengok le tu mandi pakai getah paip pun macam parti meriah sangat... Apa2 ajelah anak... janji besar nanti ada kenangan yang boleh korang ceritakan.. he..he.. Asalnya atuk dan wan suruh siram pokok cili, bila dah habis siram pokok cili siram badan le pulak
Friday, June 12, 2009
carrot cup cake & Banana crumb
Dah lama aku tak update blog nie, bz sesangat sekarang. Hari nie macam ada mood sikit. Carrot cup cake nie sebenarnya balance dari carrot kek yg aku buat untuk kawan aku.. bekas aku kecik jadi kalau aku masukkan semua adunan tu mau melimpah carrot cake aku.. jadi inilah hasilnya yg tak seberapa. Banana crumb tu aku sebenarnya mencuba resepi yg dah lama aku simpan, jumpa dalam surat khabar. Kebetulan ada pisang penyek kat umah, asyik buat cokodok jemu gak ..ha..ha jadi terhasillah banana crumb nie. Not bad... tu food tester akulah yg cakap.. kalau bukan abah aku sapa lagi. Kebetulan Masa tu aku nak balik kg, jadi benda benda nielah yg jadi buah tangan aku. Nampaknya abah aku suka dgn carrot cake with cheese, berulang ulang dimakannya.. cuma katanya " lain kali kalau buat untuk abah , tak yah le taruk benda keras ni" Ha..ha rupa-rupanya abah aku tak lut nak gigit walnut tu..he..he.. ok bah nanti Yong buatkan sebiji special untuk abah dalamnya carrot 1 kg Yong taruk..ha..ha tulah abah aku yang selalu jadi food tester aku selain dari adik beradik yg lain.
Thursday, May 28, 2009
Pinguin/pingu
He..he jangan ketawa dgn tajuk nie ye.. sebenarnya dah x ada idea nak tepek kat sini, sebab tak ada projek yg bagus.. Idea buat kek Pingu nie sebenarnya datang masa aku tengok youtube cara deco kek. Kebetulan pulak jiran aku wat permintaan nk 2 biji kek untuk harijadi anak dia decolah bentuk apa sekali pun katanya. Aku yang sememangnya sentiasa ketandusan idea nie pun ikut le cara -cara kat youtube tu cam ner nak deco Panda.. tapi bila siap nie lah hasil kek aku... cam ner panda leh jadi pingu yek??? aku sendiri tak ada jawapan
Friday, May 22, 2009
Goreng Pisang
He..he mesti ada orang ketawa aku letak resepi goreng pisang nie. Kau orang jangan ketawa, bukan semua orang pandai goreng pisang nie. Memang semua orang boleh goreng pisang tapi kekadang bila dah sejuk kerangupannya dah hilang.
Nah kat sini aku bagikan salah satu resepi untuk buat bancuhan tepungnya
Bahan
1 ikat pisang - nie nk kena tau gak pisang apa.. kalau belah kg aku panggil pisang sematu, ada gak yang panggil pisang nipah atau pisang kepuk. Ada gak guna pisang nangka, tapi aku x berapa suka sebab dia kekadang masam dan kelat.
Bahan untuk tepung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung goreng pisang adabi
air secukupnya
garam
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (untuk warna sahaja)
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
Campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati, jangan terlalu cair. Seeloknya adunan itu bila kita masukan pisang tepung itu boleh menyaluti pisang tersebut. Panaskan minyak, seeloknya mengunakan kuali besar sedikit. Bila minyak panas, celupkan tepung kedalam adunan tepung dan mula mengoreng terendam . Balik- balik kan pisang tersebut, bila sudah garing angkat dan toskan minyak. Hidang dan selamat menjamu selera...nie sedap nie makan waktu petang.. kalau ada sambal kicap lagi sodap.he..he..
Thursday, May 21, 2009
Solok Lada @ Cili Sumbat
Kau orang pernah dengar atau pernah makan benda nie tak. Ni kalau kat umah aku dipanggil Solok Lada kalau ada nama lain tak tau le pulak. Hari tu masa masa balik kg teringin le nk makan , aku biasa lah bila balik kampung macam - macam benda nk makan, sebab kalau makan kat kampung best cket berselera bebenor kalau ada mak dan abah. Mak kata dia beli cili nie kat Cameron Highland. Ok mari kita cerita pasal resepi solok lada nie... sedap makan dengan nasi panas-panas.
Bahan - Bahan
4 @ 5 biji Lada besar- merah atau hijau ikut suka.
2 ekor ikan kembong direbus dan ambil isinya, kisar halus
1 cawan kelapa parut- putih sahaja- dikisar kasar
2 cawan santan kelapa
4 ulas bawang kecil -kisar halus
3 ulas bawang putih- kisar halus
1 sudu kecil lada hitam- kisar kasar
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Buang biji clil dengan membelah ditengah2, ketepikan
2. Masukkan semua bahan kecuali santan. Gaul sebati.
3. Sumbatkan bahan isi ikan tersebut kedalam cili tadi.
4. Susun cili kedalam kuali, masukkan santan ,rasakan garam, ,masak hingga santan pekat dan cili kelihatan layu. Tutup api dan rasalah hasilnya....
Wednesday, May 20, 2009
Kuih Sago
Dah lama tak makan kuih nie, masa balik kg hari tu macam teringin nk makan, so dalam kemalasan aku meringankan tangan untuk mengacaunya... kepada sesiapa yg suka sangat dengan kuih nie kat sini aku letakan resepi.. korang buat le sendiri, puas nk makan
Bahan-2
1 cawan sagu halus
2 cawan gula pasir ( kalau nk manis tambah le..ikut suka)
Air secukupnya
pewarna (ikut suka warna apa)
Kelapa parut putih untuk menyalut
Cara2
Masukkan air kedalam kuali (supaya senang untuk megacau) biarkan air tu mendidih, masukan sagu tadi, kacau supaya tidak bergentel, kacau hingga warna putih bertukar jernih, sekiranya masih belum jernih tetapi air sudah kering, sila tambah air. bila sagu nampak jernih masukkan gula, kalau hingga agak pekat. angkat dan masuk dalam loyang atau acuan kecil2
bila sudah sejuk boleh di potong .Salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dgn sedikt garam... selamat mencuba ya..
Tuesday, May 19, 2009
Carrot Cake
Kek ini ditempah oleh jiran block sebelah, dia teringin nak makan , katanya sedap masa hari jadi anak yg lalu dia dapat rasa sikit je.. Ala makan sikit memang le sedap.. dia tanya harga, aku ckplah harga sebenarnya.. mcm terkejut lah pulak.. mahal katanya.. dia minta kurang... emmm.. jadi aku bagilah harga promotion.. tu kira murah le dari harga pasaran semasa.. biasa aku survey harga carrot kek tak kurang RM 50++. Takperlah kira harga kawan-kawan, tak leh murah dari tu dah sebab cost barang sekarang nie. Tapi dalam tu was -was gak sedap ke kek aku nie yek??? aku masuk kan gambar nie dulu nanti senang2 aku postkan resepinya.. tunggu.........
Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru
Hari guru 16hb Mei, iaitu hari sabtu... si Wajihah dgn Izzati dah tanya "bila mama nk buat kek untuk hari Guru.... emmm apa aku nk buat ye... oklah... buat jek moist choc cake... lepas tu letak le BC... dan inilah hasilnya yang tak seberapa... he..he hodohnya... apa apa pun ada gak le buah tangan untuk cikgu dia orang. Dari dia orang membazirkan duit beli card atau bunga yg jual kat sekolah tu, baik le bagi kek nie kan... boleh gak cikgu dia orang rasa.. emm sambil menyelam minum air....promote jgn x promote... tapi tulah... skill tak seberapa menjadi...lepas tu ambil pic guna camera phone je.. tu yg pic nampak blur mcm tuannya.
Tadi at 3.26pm cikgu anak sms "terima kasih kak bg kek, saya terharu" he..he . So aku reply le.. "Ala pemberian kecik je tu" bukan apa ari tu anak aku ni ada masalah x moh pegi sekolah, tu yg leh tukar2 no phone dgn Cikgu Wahidie tu.. anyway rasa le dulu ye... kalau sedap promote le kat kengkawan ye cikgu..
Tuesday, May 12, 2009
Kek Sponge
Kek Lagi... he..he jemulah mata yek... kek nie buat bidan terjun. Jiran tu dah x sempat katanya nk cari kek kat kedai. Makanya tanya kitalah... mulanya aku x berani nk buatkan .. segan lah gak.. sebab kita ni belum pro. lagi pun teknik mengising tu masih kurenggggggggg lagi.. masih perlu menambah ilmu didada... Dalam tak nak tu kesian lah pulak.. jadi buat apa yg ada jelah ... saya ambil resepi pada pack tepung kek Sponge BWYen....kalau tak silap mcm nie lah resepinya...
Bahan-bahan
250 gm tepung mix sponge
6 biji telur
45 gm butter - cairkan
70 gm air
1 sudu overlate
Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali butter. Pukul menggunakan mix dengan kelajuan tinggi 7-10 minit. bila sudah kembang masukkan butter dan kacau menggunakan senduk sahaja agar rata.
Macam biasa kalau nk membakar, mesti panaskan oven dulu ye... selamat mencuba... nanti ada masa saya tuliskan resepi butter creamnya pulak ye..
Kek Coklat Kukus @ Chocolate Moist Cake
Kek ni aku buat masa hari jadi anak yg kecik tu. Tak ada ideal nk bentuk apa. Nie lah satu satu kelemahan pada diri aku.. tak kreatif.. apa apa pun dapat pujian gak dari jiran tetangga... kembang beb..
kat sini aku aku tuliskan resepinya... rasanya ramai dah mencuba, tapi mana-mana yg nk cuba tu silakan.. resepi kek nie banyak version sebenarnya.. tapi dalam banyak - banyak tu aku dah cuba resepi yang ini .. hasilnya... mudah, murah dan.. apa yang penting sedap............. sampai ada yg mengoder.. rezeki jangan ditolak.. so aku ambil le.. kot -kot ini permulaan untuk menambah pendapat.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan serbuk koko
- 2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air panas
- 3 biji telur (dipukul)
- 1 cawan minyak masak
- Coklat Ganache Bahan-bahan: 100gram coklat masakan 50ml UHT whipping cream 1 sudu teh mentega
- Panaskan kukusan
- Pukul telur bersama gula hingga hancur.
- Satukan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat dan diayak agar bersatu
- Masukan tepung berselang seli dengan susu cair dan air panas
- Last skali masukkan minyak masak...kemudian gaul sebati..
- Masukkan dalam acuan & kukus dalam kukusan yg telah dipanaskan td selama 1 jam. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.
- cara-cara Coklat Ganache : Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat tadi.
- Tips : Pastikan tudung kukusan kering [dilapkan] dan tutupkan tudung kukusan dgn kain bersih supaya kek tidak merekah di bhgn tengah... Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)