Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Thursday, May 28, 2009

Pinguin/pingu


He..he jangan ketawa dgn tajuk nie ye.. sebenarnya dah x ada idea nak tepek kat sini, sebab tak ada projek yg bagus.. Idea buat kek Pingu nie sebenarnya datang masa aku tengok youtube cara deco kek. Kebetulan pulak jiran aku wat permintaan nk 2 biji kek untuk harijadi anak dia decolah bentuk apa sekali pun katanya. Aku yang sememangnya sentiasa ketandusan idea nie pun ikut le cara -cara kat youtube tu cam ner nak deco Panda.. tapi bila siap nie lah hasil kek aku... cam ner panda leh jadi pingu yek??? aku sendiri tak ada jawapan

Friday, May 22, 2009

Goreng Pisang


He..he mesti ada orang ketawa aku letak resepi goreng pisang nie. Kau orang jangan ketawa, bukan semua orang pandai goreng pisang nie. Memang semua orang boleh goreng pisang tapi kekadang bila dah sejuk kerangupannya dah hilang.
Nah kat sini aku bagikan salah satu resepi untuk buat bancuhan tepungnya

Bahan
1 ikat pisang - nie nk kena tau gak pisang apa.. kalau belah kg aku panggil pisang sematu, ada gak yang panggil pisang nipah atau pisang kepuk. Ada gak guna pisang nangka, tapi aku x berapa suka sebab dia kekadang masam dan kelat.

Bahan untuk tepung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung goreng pisang adabi
air secukupnya
garam
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (untuk warna sahaja)
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati, jangan terlalu cair. Seeloknya adunan itu bila kita masukan pisang tepung itu boleh menyaluti pisang tersebut. Panaskan minyak, seeloknya mengunakan kuali besar sedikit. Bila minyak panas, celupkan tepung kedalam adunan tepung dan mula mengoreng terendam . Balik- balik kan pisang tersebut, bila sudah garing angkat dan toskan minyak. Hidang dan selamat menjamu selera...nie sedap nie makan waktu petang.. kalau ada sambal kicap lagi sodap.he..he..

Thursday, May 21, 2009

Solok Lada @ Cili Sumbat


Kau orang pernah dengar atau pernah makan benda nie tak. Ni kalau kat umah aku dipanggil Solok Lada kalau ada nama lain tak tau le pulak. Hari tu masa masa balik kg teringin le nk makan , aku biasa lah bila balik kampung macam - macam benda nk makan, sebab kalau makan kat kampung best cket berselera bebenor kalau ada mak dan abah. Mak kata dia beli cili nie kat Cameron Highland. Ok mari kita cerita pasal resepi solok lada nie... sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan - Bahan
4 @ 5 biji Lada besar- merah atau hijau ikut suka.
2 ekor ikan kembong direbus dan ambil isinya, kisar halus
1 cawan kelapa parut- putih sahaja- dikisar kasar
2 cawan santan kelapa
4 ulas bawang kecil -kisar halus
3 ulas bawang putih- kisar halus
1 sudu kecil lada hitam- kisar kasar
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Buang biji clil dengan membelah ditengah2, ketepikan
2. Masukkan semua bahan kecuali santan. Gaul sebati.
3. Sumbatkan bahan isi ikan tersebut kedalam cili tadi.
4. Susun cili kedalam kuali, masukkan santan ,rasakan garam, ,masak hingga santan pekat dan cili kelihatan layu. Tutup api dan rasalah hasilnya....

Wednesday, May 20, 2009

Kuih Sago


Dah lama tak makan kuih nie, masa balik kg hari tu macam teringin nk makan, so dalam kemalasan aku meringankan tangan untuk mengacaunya... kepada sesiapa yg suka sangat dengan kuih nie kat sini aku letakan resepi.. korang buat le sendiri, puas nk makan

Bahan-2
1 cawan sagu halus
2 cawan gula pasir ( kalau nk manis tambah le..ikut suka)
Air secukupnya
pewarna (ikut suka warna apa)

Kelapa parut putih untuk menyalut

Cara2
Masukkan air kedalam kuali (supaya senang untuk megacau) biarkan air tu mendidih, masukan sagu tadi, kacau supaya tidak bergentel, kacau hingga warna putih bertukar jernih, sekiranya masih belum jernih tetapi air sudah kering, sila tambah air. bila sagu nampak jernih masukkan gula, kalau hingga agak pekat. angkat dan masuk dalam loyang atau acuan kecil2
bila sudah sejuk boleh di potong .Salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dgn sedikt garam... selamat mencuba ya..

Tuesday, May 19, 2009

Carrot Cake



Kek ini ditempah oleh jiran block sebelah, dia teringin nak makan , katanya sedap masa hari jadi anak yg lalu dia dapat rasa sikit je.. Ala makan sikit memang le sedap.. dia tanya harga, aku ckplah harga sebenarnya.. mcm terkejut lah pulak.. mahal katanya.. dia minta kurang... emmm.. jadi aku bagilah harga promotion.. tu kira murah le dari harga pasaran semasa.. biasa aku survey harga carrot kek tak kurang RM 50++. Takperlah kira harga kawan-kawan, tak leh murah dari tu dah sebab cost barang sekarang nie. Tapi dalam tu was -was gak sedap ke kek aku nie yek??? aku masuk kan gambar nie dulu nanti senang2 aku postkan resepinya.. tunggu.........

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru


Hari guru 16hb Mei, iaitu hari sabtu... si Wajihah dgn Izzati dah tanya "bila mama nk buat kek untuk hari Guru.... emmm apa aku nk buat ye... oklah... buat jek moist choc cake... lepas tu letak le BC... dan inilah hasilnya yang tak seberapa... he..he hodohnya... apa apa pun ada gak le buah tangan untuk cikgu dia orang. Dari dia orang membazirkan duit beli card atau bunga yg jual kat sekolah tu, baik le bagi kek nie kan... boleh gak cikgu dia orang rasa.. emm sambil menyelam minum air....promote jgn x promote... tapi tulah... skill tak seberapa menjadi...lepas tu ambil pic guna camera phone je.. tu yg pic nampak blur mcm tuannya.
Tadi at 3.26pm cikgu anak sms "terima kasih kak bg kek, saya terharu" he..he . So aku reply le.. "Ala pemberian kecik je tu" bukan apa ari tu anak aku ni ada masalah x moh pegi sekolah, tu yg leh tukar2 no phone dgn Cikgu Wahidie tu.. anyway rasa le dulu ye... kalau sedap promote le kat kengkawan ye cikgu..

Tuesday, May 12, 2009

Kek Sponge


Kek Lagi... he..he jemulah mata yek... kek nie buat bidan terjun. Jiran tu dah x sempat katanya nk cari kek kat kedai. Makanya tanya kitalah... mulanya aku x berani nk buatkan .. segan lah gak.. sebab kita ni belum pro. lagi pun teknik mengising tu masih kurenggggggggg lagi.. masih perlu menambah ilmu didada... Dalam tak nak tu kesian lah pulak.. jadi buat apa yg ada jelah ... saya ambil resepi pada pack tepung kek Sponge BWYen....kalau tak silap mcm nie lah resepinya...

Bahan-bahan
250 gm tepung mix sponge
6 biji telur
45 gm butter - cairkan
70 gm air
1 sudu overlate

Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali butter. Pukul menggunakan mix dengan kelajuan tinggi 7-10 minit. bila sudah kembang masukkan butter dan kacau menggunakan senduk sahaja agar rata.
Macam biasa kalau nk membakar, mesti panaskan oven dulu ye... selamat mencuba... nanti ada masa saya tuliskan resepi butter creamnya pulak ye..

Kek Coklat Kukus @ Chocolate Moist Cake


Kek ni aku buat masa hari jadi anak yg kecik tu. Tak ada ideal nk bentuk apa. Nie lah satu satu kelemahan pada diri aku.. tak kreatif.. apa apa pun dapat pujian gak dari jiran tetangga... kembang beb..
kat sini aku aku tuliskan resepinya... rasanya ramai dah mencuba, tapi mana-mana yg nk cuba tu silakan.. resepi kek nie banyak version sebenarnya.. tapi dalam banyak - banyak tu aku dah cuba resepi yang ini .. hasilnya... mudah, murah dan.. apa yang penting sedap............. sampai ada yg mengoder.. rezeki jangan ditolak.. so aku ambil le.. kot -kot ini permulaan untuk menambah pendapat.

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas
  • 3 biji telur (dipukul)
  • 1 cawan minyak masak
  • Coklat Ganache Bahan-bahan: 100gram coklat masakan 50ml UHT whipping cream 1 sudu teh mentega
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan
  2. Pukul telur bersama gula hingga hancur.
  3. Satukan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat dan diayak agar bersatu
  4. Masukan tepung berselang seli dengan susu cair dan air panas
  5. Last skali masukkan minyak masak...kemudian gaul sebati..
  6. Masukkan dalam acuan & kukus dalam kukusan yg telah dipanaskan td selama 1 jam. Biar sejuk baru tuang coklat ganache di atasnya.
  7. cara-cara Coklat Ganache : Satukan coklat & whipping cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan dengan kaedah double boiler. Bila cair matikan api & masukkan butter. Gaul rata. Biar suam baru tuangkan ke atas kek coklat tadi.
  8. Tips : Pastikan tudung kukusan kering [dilapkan] dan tutupkan tudung kukusan dgn kain bersih supaya kek tidak merekah di bhgn tengah... Selamat mencuba.

Monday, May 11, 2009

Anak anak ku


Ini le anak -anak sumber inspirasi... Mama sayang kat korang semua.. harap-harap jadilah manusia yang berguna dan baik budi perkerti.. Gambar nie ambil masa kat Kampung Mak dan abah aku kat Felda Tersang 2, Raub Pahang..

Cuti Cuti Malaysia


Nie gambar yg lari dari tajuk..he..he.. nak interframe lah gak gambar my darling nie.... nie masa kat Melaka, balik dari kg MIL kat Pagoh..

Hari Jadi Kak Ira


nie lak gambar kek untuk birthday anak yang sulung Syahirah yg ke-11.. aku wat kek sponge je... sebenarnya malas nkl buat, tapi tak ada masa nk cari bahan sibuk dengan kerja lain. Last -last guna apa yg ada je lah.. nie le hasilnya yg tak seberapa

My first cake


Kek ni aku buat atas permintaan jiran aku yg nk merasa kek chocolate aku, sebab dia orang dapat tau aku menang dalam pertandingan kek coklat yg dianjurkan kat taman perumahan kami. Dapat le hadiah periuk nasi..he..he.. almaklumlah yg masuk tu bukan yg pro termasuklah aku.. aku pun tak jangkalah leh menang..he..he.. dalam banyak banyak tu kek aku boleh lah tahan sikit kot.. walau macam mana pun kembang gak lah sekejap.. sehodoh -hodoh kek aku diktiraf gak

Welcome to my blog

Hari ini blog yang dah lama plan nk buat akhirnya terbina gak. Tu pun sebab ada budak practical kat opis nie yg tolong..he..he almaklumlah buta IT...
Hari nie 11.05.2009 adalah hari yg amat membosankan kat opis... biasalah monday blus orang kata ..bukan aku kata..he..he, tu yg boleh wat blog nie... emmm sebenarnya blog nie aku buat sebab nk kongsi resepi dgn sesiapa yg minatlah , siapa yang tak minat tu cepat-cepat le tutup. Dah lama nak buat blog nie, tapi bahan belum kumpul, lepas kenal dengan sorang nie, sapa lagi kalau bukan jasmeen yg rajin bebenor up date FP dia tu yg makin semangat nk buat blog masak memasak nie.
Manalah tau kot2 rezeki leh masukkkkk.