Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, December 13, 2010

Choc Marble Cheese




Dapat order mengejut untuk hari sabtu lepas... Maka terhasillah Choc Marbrl Cheese kukus ini.. Idea ini datang bila tengok ada baki cheese masa wat tart ari tu... sayang pulak nak let go sebab masih dalam berkeadaan baik. Nak kek yg kecik jek.. sebb nk wat suprise birthday untuk anak kesayangan.. tak payah besar sangat ngam2 untuk keluarga je.. maka terhasil le kek yg bersaiz 7 inci dan berat 1.2kg... semoga anak itu gembira dgn kek comey ini ...

Hantaran Tema Biru

Ini order yang kedua kek sebagai hantaran..Kek Di order oleh Fiza anak jiran yang nk bertunang ada 11/12/2010 rasa mcm takut2 jek nak ambik... motivasikan diri sendiri..bila lagi nk promote dan menunjukkan skill... trylah... jadinya masa nak mendeko buka buku Panduan asas mendeko kek dari Zati D'Hati.. alhamdulillah .. tidak mengecewakan.. warna pulak ngam dgn hantaran yang lain sebab masa Fiza order kek tu dia kata cuma nak kek cokelat.. pass tu terpaksalah akak sms mak dia tanya apa warna tema.. dia cuma balas 'Biru".. alamak biru apa lah pulak.. kat rumah cuma ada skyblue je.. hantam ajelah labu... masa hantar kek tu..jengoklah dulang hantaran yang lain..he..he nasib baik sama...

Inilah hasilnya.. terima kasih Zati..kerana membuka minda cam mana nk mendeko... maaflah cut & paste idea.. walau tak 100% but still guna skill yg you ajar dalam buku itu....


Kek Hantaran untuk Piza.. Moist Choc Cake

Friday, December 10, 2010

Blueberry Cheese Tart


Ini juga percubaan kali ketiga cheese tart akak. Memang tidak mengecewakan..he..he.. first buat masa raya rasa ada tapi kulit tart kurang menjadi..terkeras sikit.. kali kedua ok sikit.. tapi tergelap sikit masa masak kulitnya..ha..ha.. kali yang ketiga aka berhati2 set oven 10 minit jek.. jadi tidak le terlajak bakar.. alhamdulillah cantik dan lembut kulitnya ... terima kasih kepada yang mengirimkan resepi ini. resepi ini akak salin dari www.resepi.net. Cara2 dan bahan2 adalah seperti dibawah.. cubalah memang tidak mengecewakan..tapi nk selalu practiclah... bukan sekali buat terus menjadi

Sweet Pastri

250gm mentega
60gm gula icing
1 biji kuning telur
420gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung(guna susu baby) he..he
1 sudu teh esen vanilla


Filling

250gm cream cheese
50gm mentega
60gm gula kastor
2 sudu besar tepung jagung (optional)
1 biji telur
3 sudu besar whipping cream (akak guna susu cair je)
Sedikit blueberry filling (mashed) secukupnya

Cara-cara membuat pastri:-

1. Pukul mentega dan gula icing sehingga rata. Tidak perlu pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga telur sebati dengan adunan mentega tadi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan susu tepung sekiranya susu tepung digunakan. Uli menggunakan tangan dengan perlahan.
4. Simpan adunan pastri ini ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam untuk merehatkan adunan pastri dan proses ini akan dapat mengelakkan pastri mengecut bila dibakar.
5. Setelah 1 jam, kuarkan adunan dan canai mengikut ketebalan yang diingini. Masukkan ke dalam acuan mini tart dan cucuk dengan garpu.
6. Bakar dengan kepanasan 160 ºc sehingga kekuningan (separuh masak)



Cara-cara membuat Filling Keju:-

1. Pukul cream cheese, mentega dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan whipping cream. Pukul sebentar sehingga adunan telur dan whipping cream sebati.



Cara-cara membuat blueberry cheese tart:-

1. Masukkan blueberry filling ke dalam kulit pastri yang telah dibakar dan diikuti dengan adunan cheese.
2. Lorekkan sedikit blueberry filling di atas adunan cheese.
3. Bakar pada suhu 180ºc selama 10 - 15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Wednesday, December 8, 2010

Cream Puff


Cream Puff ini special order dari mak sedara yang duduk di Bandar Baru Rinching.. Permintaan tak mau besar.. agak2 boleh muat satu mulut, jadi tak muak nak makan. sebenarnya ini percubaan kali ketiga akak buat cream puff. Betulah kata orang kalau yang pertama dan yang kedua gagal..yang ketiga pasti berjaya..he..he..
Sedap katanya..terima kasih..kepada yang mencuba cream puff akak ye..
Resepi kali ini juga akak dapat dari sumber Myresepi..nama tuan punya resepi ini adalah Yani.. terima kasih Yani kerana berkongsi resepi. Minta tumpang kongsi resepi disini ye... resepi yang diberi adalah untuk 10 biji cream puff.. klu nk buat banyak pandailah mengolahkan resepi ini ye..

Bahan-bahan ( 10 biji )
· 100ml air
· 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
· 60g tepung gandum- diayak
· 2 biji telur(100g)

CARA-CARA
1 )Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2 )Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3 )Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5 )Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6)Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7)Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8)Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9)Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Cara Cara Kastard Krim

Resepinya diambil dari blog teratakibu.. tumpang kongsi ye...
Cream Kastard
3 biji telur
115 gm gula - lebikan jadi 150gm
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)akak gantikan dgn susu segar jadi air tak digunakan.
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis – tak letak
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Tart Nenas Versi Bunga


He..he.. raya tidak apa tidak tiba-tiba terasa nk makan tartlah pulak.. tapi kali nie versi bunga2.. terima kasih kepada Myresepi kerana mengadakan halaman bertukar-resepi.. Dalam hati .. plan for business next year hari raya..ha..ha.. layan le tart bunga 2 akak nie ye.. rasa memang tidak mengecewakan

Silalah mencuba resepi ini:- resepi adalah ehsan dari MYresepi.. terima kasih kepada yang empunya resepi.. minta tumpang cut& paste resepi anda ye... kita nak tumpang share kat sini...
Bahan-bahan ( 70-80 keping )
250 g mentega (akak guna butterlite )
2 sb minyak sapi ( ini akak tambah sendiri sebab ada balance)
1 sb susu manis (akak tak letak pun)
1 biji kuning telur
10 sb tepung jagung/kastard - (akak guna 2 sudu besar tepung jagung)
1 sk esen vanilla (opt)
350 g tepung gandum - (akak jadikan 400g)
inti nanas secukupnya
paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
1) Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
2)Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
3)Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
4)Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum.Isi inti nanas dan hias.
5)Bakar pd suhu 165C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2

Monday, November 29, 2010

Brownis Hantaran

Cerita pasal brownis hantaran nie sangat trill..he..he kenapa sangat trill..macam nie. Malam masa buat brownis sewaktu tunggu kek sejuk dan standby nak menganace tiba2 brownis nie kena cekau dgn baby Zahrin.. aduhai.. kna potong 1'inci..dah le kek besar 10 X 10 jek..tinggallah 9X10..kesian...kejadian yang kedua pulak kek ini tiba-tiba terlepas dari pegangan semasa akak duduk kat belakang motor En suami..almaklumlah akak pergi kerja naik motorkan.. kek tergolek kat LDP..bayangkan selepas tol sunway tu punyalah banyak kereta...akak boleh turun terkedek2 kejar kek. tapi yg ajaibnya kek itu jatuh terletak jek kat jalan raya... ha..ha ..klu adalah orang snap photo masa tu..tak taulah muka akak nie cam mana..keh..keh.. masa kejadian sedih ada , malu ada bengang pun ada.. tapi waktu saat posting ini ditulis rasa kelakarlah pulak...Ha..ha


Gambar sebelum kejadian



Ini gambar selepas kejadian.

N3 Yang Tertangguh - Cupcake


Cupcake nie akak buat khas atas permintaan anak akak yang no2. Minta buat kan 31 biji cupcake untuk jamuan akhir tahun masa hari akhir persekolahan hari tu. Yang perempuan buat warna pink dan untuk lelaki buat warna biru..malangnya warna biru kehabisan stok..he..he taruk le warna purple..

Tuesday, November 23, 2010

Nak Berguru Dengan Lynn Hassan le pulak

Sejak mengenali dunia baking membaking dam menerjah setiap blog yang dah pro dalam bidang ini makin seronoklah pulak rasanya.Walaupun dia orang tak kenal akak tapi akak kenal mereka, almaklumlah hampir setiap hari menerjah blog dia orang kalah Artis , maka yang sebeginilah yg kita boleh jadikan idola atau ikon.. bukan penyanyi yg tengah top sekarang.
Oklah nie sebenarnya nak cerita pasal teringin nk berguru dgn Lynn Hassan dalam menghasilkan cup cakenya.. bukan yg lelain tu tak best..tapi sejak terjah blog Lynn jatuh cintalah pulak. Tapi oleh kerana, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan masa terbantutlah harapan dan impian itu.. maka tarahhhhhhhh!!! masa terjah blog dan FB Lynn dapat tau Lynn dah menghasilkan buku cupcake apa lagi terus call tanya stock buku masih ada ke tak.. rupa2nya buku ni belum ada dipasaran..he..he masih panas lagi rupanya..ha..ha.. terus email Lynn suruh hantar buku tu.. tak sampai 2 hari buku dah sampai..terima kasih Lynn... nie le bukunya.. sapa2 minat nak beli hubungi lynn direct lagi senang buku sampai kat rumah anda tanpa bersusah payah mencari kat kedai yg kekadang susah nk parking..Layannnnnnnnnnn




Friday, November 12, 2010

Pop Cake

Baru malam tadi dapat melaksanakan resepi yang dah lama ada dalam simpanan. Kebetulan Kek Span masih ada balence dan cream cheese masih ada sebuku lagi.. apa lagi projek le... gentel siap2 lebihan kek itu dan simpan dalam peti ais.. bila baby dah tido sesi meletak cokleat dapat dilaksanakan... Cokelat masakan kehabisan stock kat kedai yg selalu akak dptkan bahan2 tu, bantai aje beli chockelat chip untuk dicairkan. Kat umah ada sikit sangat cokelat. Hasil menganace menggunakan chockelat chip sangat cantik, tapi masa tu akak cairkan cokelat tu sikit sangat, jadinya cairkan sedikit lagi mengunakan cokelat masakan yg ada balence sikit2 tu..tapi hasilnya kurang cantik.. lain kali akak akan guna chockelat chip sahaja untuk menyalut pop cake akak itu. Tak Cantik maksud akak itu adalah cokelatnya kasar tidak halaus seperti mengunakan chockelat chip ... apa2 layan ajelah..gambar yg kurang memuaskan ini

Monday, November 8, 2010

Buku



Sebelum cuti Deepavali baru - baru nie akak menerima bungkusan nun jauh dari Pekan Pahang..he..he saja nak wat gempak.. sebenarnya 2 hari sebelum tu telah menghubungi Zati D'hati untuk memesan buku Panduan Asas Menghias Kek.. betapa gumbiranya dapat buku tu.. malas nk cari kat kedai..rasa lebih jimat kalau order..almaklum kalau mencari buku kat kedai bukan buku jek yg dapat macam2 ada nanti..terlebih sudah!!
Bak kata Zati, hobi menghias kek nie kena banyak belanja dari sekecil2 pekakas hingga la sebesar2 pekakas kena beli..tapi kita jgn beli banyak terus.. satu-satu dik mengumpul barang sebab barang untuk membuat kek nie boleh dipakai sampai bila2 selagi tak bocor atai berkarat. Barang2 yang dimaksudkan adal pekakas seperti nozel, acuan dan lain2 lagi..bukan bahan basah atau bahan buat kek ye..jgn salah faham.
Buat masa nie akak tengah mengumpul nozel dan loyang untuk membakar kek. Oleh kerana oven yang ada masih kecil saiznya maka akak hanya terhad memilih loyang atau acuan yang bersaiz 12" kebawah sahaja... dala hati bilakah nk dapat oven idaman... tak per ..pelan-pelan lah.

Berbalik kepada buku ini, isi kandungan lengkap dgn cara2 ,menghias kek untuk yang baru mengenali dunia menghias kek macam akak nie.. banyak ilmu didapati.. kalau dikelas masakan kita diajar menghasilkan kek, dalam buku ini lebih kepada mengajar cara menghias kek. Bagi akak ianya sangat memenafaatkan, selain kos yg murah dan bila2 masa aje kita boleh buka buku ini..he..he.. nak kuar duit nak masuk kelas sangat-sangat lah payahnya kecuali tersangatlah nak pergi ambil kelas..he..he.. Budjet oh budjet selalu lari....Buku ini siap ditandatangan dengan kata2 semangat.. nie yg tak sabar nk balik mendeko nie..keh..keh

Wednesday, November 3, 2010

Order dari Staff Kamdar


Ini order kali yang kedua dari staff kamdar. Sebenarnya ada 2 biji kek yang dia orang order, tapi tak tau kenapa, camera yg salah atau akak yg memang tak reti nak guna gambar jadi gelap semacam..haru biru betullah..ha.ha jadinya dapat gambar yg kelam jek lah ye..
Anak jiran akak ada kerja kat Kamdar IOI puchong. Satu ari katanya dia orang ramai2 kumpul duit nak beli kek.Tapi hasil kutipan kurang memberangsangkan. Jadi budget nk beli kek kat kedai tak cukup.Anak jiran yang bernama Suria tu pun tanyalah boleh tak buatkan Bday kek . Akak tanya berapa budjet .. so dia beritahulah budget sekian2 ..oklah akak ambik aje.. kita jgn berkira sangat dgn orang kan.. so dgn budjet yg kecik dapatlah akak menghasilkan kek untuk dia orang meraikan hari jadi teman tersebut. Alhamdulillah dapat komen yg memberangsangkan. Dan Untuk order yang kedua nie satu akak buat brownis Cheese , malang gambar tak dek,, dan satu Moist Chocolate Cake order dari staff Kamdar untuk anak lelakinya..

Lebur, lebur,lebur / Blog yang selalu di Skodeng


Bagi orang yang berduit dan dah business kek besar-besaran pasti tak terasa apa un bila mengeluarkan RM 82.00 hanya untuk benda ini.. Tengahari tadi berkesempatan jalan-jalan kat sek.14 PJ dan akak singgah le sebentar kat ICCA.. mcm tak nk keluar sebab syok sangat dan asyik sangat tengok bahan2 , barang2 dan segala tools untuk kek decoration.. First tempat yg akak pergi adalah tempat nozel.. aduhai.. banyak lah pulak semua jenis dan semua stock ada.. ish mana satu nak ambik ni.. nasib baik ada bawak senarai yang ada dalam simpanan akak..he..he.. pilih punya pilih.. hah ambik ko 8 jenis nozel kena bayar RM 82. He..he mcm ketarlah juga nk kuar duit tukan ..tapi itu ada keperluan untuk hobi akak ni kan.. klu beli satu nanti tak berbaloilah pulak..entah bilalah ulak nk datang lagi.. bukan nk kondem BWY..tapi kat sini lebih banyak nozelnya .. puas hati sangat nozel yang selama ini akak cari dah dapat...

Dalam asyik membelek nozel tu dapat juga akak ambil warna merah nie.. Dah lama nak cari warna merah yang merah menyala... akak nak try apakah hasilnya nanti...


Ini antara blog-blog yang akak selalu skodeng dalam menuntut ilmu mendeco kek dan membuat kek disamping mengjengok tips-tips yang berguna serta resepi2 yang mudah dan enak. Kepada tuan blog maaf lah ye sebab selalu ciplak resepi dan idea -idea anda semua... terima kasih banyak-banyak ye...

Monday, November 1, 2010

Order dan Cerita duit aku


Alhamdulillah Jumaat lepas ada kawan lama yg order Brownis cheese akak.. pass tu ari sabut ada order dari staff Kamdar Puchong. akak buatkan untuk dia orang moist chocolate cake dan cheese brownis ..malang nya kek untuk Staff Kamdar tu tak dapat nak tunjuk kat sini sebab camera tu tiba2 gelapjek gambarnya bila snap photo.. ke akak yg tak pandai guna ..ha..ha so layan jeklah Bronis cheese yg di tempah oleh Yanie untuk makan2 katanya.

Dan Almdulillah syukur kepada Ilahi akak dah dapat balik duit akak seperti yg akak ceritakan hari tu, tak sampai pun 14 hari duit tu dah dimasukakn semula... Mungkin ada Hikmah yang tersembunyi ...

Thursday, October 28, 2010

Duit Aku

Semalam masa akak jalan jalan cari bahan untuk membaking singgah jap kat ATM . Saja nk tengok balance..yahoo gaji dah masuk..apa lagi dgn gaya excited akak menjolok le kad tu pada ATM tu... tunggu punya tungu duit tak kuar..resit tulis urus niaga tidak berjaya.. tergerak gie ATM sebelah.. try kuar..kat screen tulis baki tidak mencukupi..eh perhal lah pulak bagi tidak mencukupi..padahal tadi cek balance ada 1K ++
. Ah ni tak boleh jadi... check balance lagi sekali.. baki tinggal rm 900++..hah.. bermakana tadi punya transaksi dia dah tolak duit akaklah... ahhhhhhhhhhh... gaji aku bulan nie..eh apa aku nak buat ye.. cepat2 gie kat kaunter.. nasib baik kena time office hour..kena isi form and kena tunggu 14 hari berkerja... aduh lama tu.. nak bayar duit pengasuh, nak bayar duit van..duit pampers duit susu anak aduh cam ner ni...kena tunggulah ye... ya allah jika ada rezeki hamba dan rezeki anak2 harap dapatlah balik duit tu..hu..hu ada sapa2 nk jadi dermawan tak??? utang pinggan aku cam ner???ha..ha.. lain kali utang le banyak2 lagi..

Wednesday, October 27, 2010

Order

Tengah pening memikirkan satu order nie.. katanya pernah mkn kek cokelat yg akak buat..sedap jadi dia nk order.. akak kata yg mana satu yek..sebab akak kekadang wat kek cokelat kukus, kekadang bakar dan kekadang wat brownis (tu pun dia orang kata kek cokelat...
Ceritanya mcm nie mlm tadi ada anak jiran datang rumah , kata kawan nk order cam Cik As buat ari tu.. alamak yg gaya mana ye? ala yg 4 segi cam ari tu cam yg kita order.. alamak lupalah pulak akak wat kek apa order dia ari tu ye... check balik kat dalam photo album..alamak tak dek pulak.. baru teringat masa tu camera phone ada problem.. rasa-rasa akak buat almond brownis... cuba jeklah... kek cekelat sama jek rasanya cuma moist atau tak aje... try jelah labu...

Friday, October 22, 2010

Apam Blossom




Salam Jumaat kepada semua yg sudi menatap tulisan merapu meraban akak nie... he..he ..hari ini marilah kita menjamu mata dgn lagi satu resepi yang akak ciplak dari blog kawan2 yang lain..mohon laluan ye... first tengok apam nie kat blog fiza nordin dan ada satu lagi blog iaitu ummiaffaf. Dah lama mengoogle resepi nie cuma baru2 nie berkesempatan mencuba. Bukan apa sibujang akak tu pagi2 mesti ada benda ditangan untuk disumbatkan dalam mulutnya itu baru dia diam.. nak bagi biskut macam dah jemu nampaknya..maka malam tadi lihat bahan di dapur semua ada..apa lagi taraaaa... jadi lah juga apam ni dgn jayanya walaupun dot dotnya tidak secantik apam blossom yang Fiza buat.. Bagi akak bahan2 untuk apam nie amatlah senang dan nak mengadunnya amatlah mudah..cuma yg merumitkan bila tang nak masuk kan dalam paper cup dan menghiasnya... tapi klau takat nk makan sendiri tak payah le nak hias bagaikan...tapi kalau nak membuka selera anak2 apa salahnya make-upkan sikit apam nie baru ada minat dia orang nak makan.. anak yang no 3 tanya nama kuih ni apa .. akak cakap le "Apam Blossom" boleh pulak disoal lagi dgn ayat " ade ke Apam cam nie? akak jawablah balik " Apam ada bermacam-macam jenis ada apam balik, ada apam tepung beras, ada apam tepung gandum" lepas tu dijawab balik oleh anak akak " ye lah tu mama nie.. sedap ke apam nie"... " tunggulah masak nanti taulah sedap ke tidaknya".. eh banyak mulut pulak anak akak yang no 3 tu.. biasanya memang dialah yang selalu komen sedap ke, tak sedap ke..lepas tu memang dia lah yg rajin "kat dapur.
Lepas aje apam nie dikukus semua nak merasa..reaksi dia orang.. Eee Sedaplah mama.. blueberry dia sedap lah" Hah baru tau ye... memang sedap sebab tu le si Fiza tu selalu dapat tempahan ...Oklah akak tak nak kedekut resepi.. sebab resepi ni pun akak cut & paste dari orang lain... meh kita sama -sama buat..ini resepinya ya... cubalah anda pasti puashati. Untuk filling kita boleh tukar ikut selera..

Apam Blossom -
bahan-bahan ( 50-60 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Selamat mencuba...

Monday, October 18, 2010

Brownis Lapis Cheese Kukus


Cerita pasal Brownis nie pulak, sekarang memang tengah gila membrownis, sampai anak2 siap komplain.."mama nie asyik wat kek cokelat je, kek lain tak reti ke?"..he..he malas akak nk jawab..klu dijawab pun bukannya faham..bukan apa dari minggu lepas hinggalah ke minggu nie asyik buat brownis jek,,tapi bukan untuk tempahan , tapi dijadikan sebagai buah tangan..Oklah berbalik kepada brownis kukus nie akak daat resepi dari blog seorang bakal Dr. muda yang sangat meminati bidang baking nie ..lupalah pulak nama dia..tapi yg unitnya dia siap tempah ke dari Lea minta dibuatkan untuk buah hatinya yang berada di M'sia sedangkan dia berada di Moscow.. Cinta zaman sekarang..zaman kita dulu tak dek macam nie pun... eh apa yang akak melalut nie...he..he. Brownis akak yg nie x sempat letak topping lagi sebab masih panas. ingat balik kerja nanti nak letak topping dia..tapi baru aje dapat call " Mama akak Potong brownis nie boleh? akak nak bawa gie sekolah lah".. potonglah anak..janji di makan..


Dalam masa yang sama sempat juga akak buatkan satu tempahan Brownis Cheese. Ini le hasil nya. Resepi akak cut & paste dari jasmeen fotopages.. tumpang promote ye puan..he..he aku dah cuba byk kali.. sedap2 sebab tu le jasmeen homedelight tak menang tangan buat brownis cheese...

Cupcake Pink


Sebelum pergi jalan-jalan kerumah Zul dan Ziela akak sempat buat sebiji Cokelat kek sebagai buah tangan sebab akak tau anaknya si Irfan memang suka makan kek cokelat. sempatlah juga akak membakar beberapa biji cuppies dari lebihan aduan kek cekelat tu.. kebetulan sehari sebelum tu ada jiran dekat rumah menjemput kemajlis harijadi anaknya pada hari ahad. Fikir apa nak dihadiahkan.. nk kuar beli belah dah tak ada masa.. maka akak buatkan le 16 biji cupcake ni..nie jek yg akak sempat deco



Ada pulak yang nak interprame dgn cuppies nie..

Axtvt hari Sabtu- 17 oct

Sabtu yang lalu jalan2 ke kondo Zul dan ziela.. Seronok melayan anak yang dah lama tak berendam dalam kolam.. seronok sakan budak2. Malangnya akak tak dapat join sebab baby Zahrin zzzz..akak pun layan samalah zzzzz..he..he.. abahnya layan le bebudak mandi kolam..Nampak gaya abahnya seronok gak dapat berendam sama..dalam keadaan cuaca kita yg panas ni memang best le jadi kerbau..ha..ha




Bestnya dapat berendam




Dah berendam laparlah pulak


Dapat yang baru , yang lama jangan dilupa

N3 macam orang frust..he..he.. kali nie nak citer pasal toy baru. Toy??? Toy pemendanya..menda nie lah, orang yang tau mendeco kek jeklah yang tau.. nama benda nie Plastic Couples.. beli kat ICCA lah mana lagi..siapa yang jadi mangsa.... siapa lagi abang dispatch le


Tapi bila dah dapat barang baru..ada jek yang lain minta di ganti.. whisk akak tetiba tercabut sebatang besinya... malasnya nak gie cari yang baru

Tuesday, October 12, 2010

Double Trouble hari ini...


Kisah lucu pagi ini ... pagi nie seperti biasa kelam kelibut..masak untuk anak2, hantar sidebab ke rumah pengasuh siap buatkan bubur dan sup untuk dia mkn2. masak kan kentang goreng untuk dia mkn2..sidebab sekarang klu x ada menda kat tangan mesti melalak sakan kalau ditinggalkan kat umah pengasuh..
Dalam kelam kelibut keluar masuk rumah sebelum pergi kerja..yelah... kena peluk, cium anak2 yang masih ada kat umah yang bersekolah sesi petang, maka terjadilah kejadian yang sengal dan sangat memalukan........ sib baik pergi kerja naik moto... sampai opis oppssssssssss..selipar lain sebelah... aduhai....

Cheese Brownis




Resepi cut & paste dari Jasmeen fotopages, sebab kat sinilah banyak bahan nak buat rujukan dan tuan punya pun tak kedekut Ilmu... terima kasih bebanyak.. bukan tak ada rumah lain nk pergi tapi hati dah terpaut kat situ.. padahal sejak akhir2 nie FP dia dah jarang2 update sejak ada rumah baru a.k.a FB..he..he.. meh le layan gambor kek yang akak buat nie khas untuk pengantin dan untuk makan2 aje...klu nak order boleh juga..he..he
Nak ceritalah juga masa buat bunga ros nie ..kenapa kurang menjadi padahal dah guna flower nail.. BC kurang gula ker agaknya sebab lembik semacam jek.. emmm sifuuu tolong aku...

10.10.2010 - lagi gambar Orang Kawin









Meh layan gambar2 sekitar majlis tersebut.... sambunga ya... liat le.. pelamin , hantaran, kek semua bentuk kerang. Sepupu akak pernah minta akak tolong buatkan tapi..he..he akak nie masih merangkak2 buat kek biasa pun masih senget disuruh wat kek kerang..he..he minta maaflah ye.. untuk pengetahuan semua kek kerang nie berharga RM 300.. ambik kau,,janji puas hati..

10.10.2010 Ada sedih ada Gembira












10.10.2010.. tarikh yang dinantikan oleh pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, Tak kurang juga yang menanti kelahiran anak..betapa gembiranya mereka bila menerima orang baru pasa tarikh tersebut. Tapi ada juga yang tidak menjangka pada tarikh tersebut mereka menerima khabar duka macam berita di surat khabar yang melaporkan kemalangan ngeri yang melibatkan banyak nyawa... sedihnya bila mendapat perkhabaran yang tak dijangka.. apa-apa pun takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
N3 kali nie akak sebanarnya nk cerita pasal family gathering pada sabtu dan ahad lepas di Kuantan iaitu dirumah adik abah akak semperna majlis perkahwinan anak beliau merangkap sepupu akaklahkan..

Warna Tema untuk majlis ini adakah merah putih dan yang paling uniknya semua set hantaran dan pelamin serta kek perkahwinan semua berbentuk kerang.. aduhai... mesti ada cerita disebalik semua inikan.. Itulah setiap manusia mempunyai impian dan harapan. Macam sepupu akak nie sebenarnya berangan-angan tinggal dalam cengkerang kerang dan paling suka makan kerang..he..he.. jangan jadi kerang busuk udah le ye Angah Linda...Walau bagaimana pun cita2 dan impian dah tercapaikan dan didoakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Mari kita sama layan gambar yang ada disimpanan akak, tak berapa banyak sebab akak tak ambil gambar tu..yang ambil anak dara akak.. sebab mr . debab meragam nak tidur..