Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, October 26, 2009

Rinbow Puding


Nie project terbaru yang akak buat last week.. emmm.. kau orang nampak rinbownya ker?...he.. he anak akak cakap macam corak lukisan dia hari tu jek.. kwang..kwang... malulah pulak.. tak per nie baru permulaan.. kalau dah pro nanti cantiklah rinbow mama nie nak ooi... habis kita nie berguru dalam internet jekkan... jadi nielah hasilnya.... resepi... nah kat bawah nie






Rainbow Pudding
Sumber dari Jasmeen katanya resipi dr MyResipi...by Alma

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2 (teman guna agar2 tali)
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko (teman tukor kaler ijau, so x bubuh serbuk koko nih)
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan .
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk

Biskut Raya dan Kek Emergency



He..he.. nie adalah saki baki tart jem, kena simpan.. klu tak memang tak dapat merasanya.. bukan nk kata tart aku nie sedap sangat, tapi mungkin tart ini ajelah biskut yg sedap aku buat kot.. lelain biskut tu rasa hampeh kot...Resepi Tart nie aku dapat dari Jasmeen FP katanya dia pun dapat dari taukeh tart terima kasih le taukeh ye..tak kedekut resepi.. nie le satu-satunya teman dialam maya yg rajin berkongsi resipi dengan aku dan dia tak kedekut ilmu... semoga dia dimurahkan rezeki... kau orang leh buka FP dia kat http://jasmeen.fotopages.com.. leh wat tempahan kek birthday dari dia.

Kek birthday tu pulak akak buat last minutes... ingat nak wat weekendlah kan ada masa sikit .. tapi dah permintaan birthday girl nak wat malam tu juga.. aduhai anak... sib baik mama mu ini ada skill mengadun sponge kek segera dan segala bahan ada dalam stock. Maka inilah hasilnya kek harijadi senget..he..he.. apa2 pun asal kau bahagia.. mama pun bahagia sama...

Kalau sesiapa yg teringin wat business biskut raya tahun depan.. nah cubalah resepi ini, kalau success jangan lupa 10% untuk akak ye..


TART NENAS GEBU
Sumber : Ita-Delight
BAHAN A

250 GM BUTTER
2 STEH GULA KASTOR
2 BIJI KUNING TELUR
2 STEH ESEN VANILLA

B.
200 GM TEPUNG JAGUNG
180 GM TEPUNG GANDUM


HIASAN:

JAM NENAS SECUKUPNYA
PAPER CUP
KUNING TELUR UNTUK SAPU

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A
2. MASUKKAN BAHAN B DAN SEBATIKAN MENJADI DOH YANG LEMBUT.
3. MASUKKAN KEDALAM ACUAN TART GULUNG DAN TARIK PANJANG..
4. LETAK INTI DI TENGAH DAN GULUNG.. SEBAIKNYA GUNA TART GULUNG YANG BERWARNA GOLD.
5. BAKAR 25 MINIT

Hari Keluarga THIS 2009




Nie nak tunjuklah hasil keras tangan akak masa hari raya lepas... kekonon nk tunjuklah skill kat sedara mara kat kg... he..he..so inilah hasilnya.. dua biji carrot cake di combine kan menjadi satu.. pas tu letak le edible print gambar hari keluarga tahun 2007 yg lalu.. Oh ya untuk pengetahuan.. keluarga kami akan menyambut hari keluarga setiap 2 tahun sekali.. maka setiap dua tahun akan bertambahlah jumlah ahlinya... Sambutan hari keluarga ini akan kami sambut lagi bagi kali yang ke -4 pada tahun 2011.. Setakat nie akulah yang paling ramai ahlinya kalau ikut list salasilah keluarga..pastinya tahun 2011 nanti akan bertambah sorang lagi..he..he aku masih juara... yang lenlain tu bilalah agaknya nk bertambah... tahun nie thema color hijau, dua tahun lalu warna oren. 2011 color apa pulak agaknya... lihat lah atuk mezah mengajar cucu2 dan anak2 saudara menari zapin.... nak cari pelapis kot

Back to Normal




Assalamualikum..dah lama tak update blog, ari nie macam ada mood sikit tu yg terjah nie. Ya.. tengok tajuk diatas tu mesti pelik kan .. Pasal pulak Back to Normal.. selama nie x siuman ker?..keh..keh.. tu maksudnya tak ada lagi open house.. he..he.. kalau tak every weekend gantung periuk... jadi minggu nie kena lah masak .. maka akak masak le yg ringkas - ringkas jek.. so inilah hasilnya , sambal belimbing , ikan selar kuning masak asam rebus dgn nenas dan tempeh goreng ikan bilis.. makan lak dengan nasi panas... sedap.... nak resepi... ishh.. tak yah le... simple je nie....