Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..
Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Biskut Raya

Bila kerajinan melanda dan segala bahan ada..maka berbagai resepi dicuba.. Sebenarnya choc chip ni mmg biskut raya tapi time raya jelah..ha..ha Yang semperit tu sengaja mencuba resepi yang dapat dari internet..dah lupa sumber dari siapa. Selalu buat juga tapi keras..resepi yang ini sedap.

Choc Cip dengan kek buah

Semperit

Wednesday, December 8, 2010

Tart Nenas Versi Bunga


He..he.. raya tidak apa tidak tiba-tiba terasa nk makan tartlah pulak.. tapi kali nie versi bunga2.. terima kasih kepada Myresepi kerana mengadakan halaman bertukar-resepi.. Dalam hati .. plan for business next year hari raya..ha..ha.. layan le tart bunga 2 akak nie ye.. rasa memang tidak mengecewakan

Silalah mencuba resepi ini:- resepi adalah ehsan dari MYresepi.. terima kasih kepada yang empunya resepi.. minta tumpang cut& paste resepi anda ye... kita nak tumpang share kat sini...
Bahan-bahan ( 70-80 keping )
250 g mentega (akak guna butterlite )
2 sb minyak sapi ( ini akak tambah sendiri sebab ada balance)
1 sb susu manis (akak tak letak pun)
1 biji kuning telur
10 sb tepung jagung/kastard - (akak guna 2 sudu besar tepung jagung)
1 sk esen vanilla (opt)
350 g tepung gandum - (akak jadikan 400g)
inti nanas secukupnya
paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
1) Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
2)Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
3)Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
4)Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum.Isi inti nanas dan hias.
5)Bakar pd suhu 165C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2

Thursday, September 10, 2009

Biskut Ferror Rocher

Asalamuaikum, dah lama x mengedit blog..hari nie adalah kelapangan sikit.Jadi puan2 dan kawan kawan sekelian moh kita buat biskut raya ... Raya dah dekat tinggal seminggu ++ jek lagi.
Ok.. bila tengok tajuk tu sure terbayang chocolate Ferror Rocher kan..he..he.. biskut nie rupa lebih kurang le dengan ferror Rocher tapi rasa lain. Oklah cik Jah meh kita jengok bahan bahannya... tapi awal-awal lagi ingin dimaklumkan gambar untuk biskut nie belum ada.. nanti kalau dah ada kita tepek ye...
Bahan2
180 gram Butter
100 gram gula icing
70 gram gula Perang
1 Biji kuning Telur
1 sudu teh coffee flavour
280 gram tepung gandum atau tepung Ros - saya guna 250 gram sahaja
70 gram tepung jagong
50 gram cornflakes yg telah di mesin - saya tukar serbuk badam
1/2 sudu teh soda bikarbonate.

Bahan untuk salut luar
2 biji putih telur
25o grm badam cincang
300 gram Chocolate masakan
30 gram Butter coco

Cara2
Putar Butter, gula icing dan gula perang selama 1 minit. Masukan kuning telur dan putar lagi 1 minit. Masukan coffee flavour, tepung gandum+sodabikarbonat ( sekiranya menggunakan serbuk badam atau confleks ) jangan masukkan semua tepung, memadai dengan 250 gram sahaja. Bentukkan adunan sebesar 1/2 sudu teh, bulat-bulatkan. kemudian celup dalam putih telur dan golekkan diatas badam cincang. Bakar pada suhu 120 darjah selama 40 minit (boleh tahan 3 bulan) atau bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. Bila biskut sudah sejuk celupkan dalam chocolate masakan yang telah dicairkan bersama butter coco terlebih dahulu, kemudian masukkan kedalam paper cup. sejukkan dan boleh le simpan dalam botol untuk hari raya nanti.... Selamat mencuba..