Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Thursday, September 10, 2009

Biskut Ferror Rocher

Asalamuaikum, dah lama x mengedit blog..hari nie adalah kelapangan sikit.Jadi puan2 dan kawan kawan sekelian moh kita buat biskut raya ... Raya dah dekat tinggal seminggu ++ jek lagi.
Ok.. bila tengok tajuk tu sure terbayang chocolate Ferror Rocher kan..he..he.. biskut nie rupa lebih kurang le dengan ferror Rocher tapi rasa lain. Oklah cik Jah meh kita jengok bahan bahannya... tapi awal-awal lagi ingin dimaklumkan gambar untuk biskut nie belum ada.. nanti kalau dah ada kita tepek ye...
Bahan2
180 gram Butter
100 gram gula icing
70 gram gula Perang
1 Biji kuning Telur
1 sudu teh coffee flavour
280 gram tepung gandum atau tepung Ros - saya guna 250 gram sahaja
70 gram tepung jagong
50 gram cornflakes yg telah di mesin - saya tukar serbuk badam
1/2 sudu teh soda bikarbonate.

Bahan untuk salut luar
2 biji putih telur
25o grm badam cincang
300 gram Chocolate masakan
30 gram Butter coco

Cara2
Putar Butter, gula icing dan gula perang selama 1 minit. Masukan kuning telur dan putar lagi 1 minit. Masukan coffee flavour, tepung gandum+sodabikarbonat ( sekiranya menggunakan serbuk badam atau confleks ) jangan masukkan semua tepung, memadai dengan 250 gram sahaja. Bentukkan adunan sebesar 1/2 sudu teh, bulat-bulatkan. kemudian celup dalam putih telur dan golekkan diatas badam cincang. Bakar pada suhu 120 darjah selama 40 minit (boleh tahan 3 bulan) atau bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. Bila biskut sudah sejuk celupkan dalam chocolate masakan yang telah dicairkan bersama butter coco terlebih dahulu, kemudian masukkan kedalam paper cup. sejukkan dan boleh le simpan dalam botol untuk hari raya nanti.... Selamat mencuba..