Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..
Showing posts with label Makan -makan. Show all posts
Showing posts with label Makan -makan. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Mee Kuning Homemade

Dah lama teringin buat mee sendiri. Masa Zaman kanak2 dulu selalu tolong mak buat mee, sebab mak dan abah berniaga kedai makan. Tapi dah agak lama meninggalkan resepinya..he..he Cari punya cari jumpalah resepinya dimyresipi.my..meh layan resepi yang mudah lagi halal dan bersih..he..he

Mee Kuning dah siap



Mee yang dah siap digoreng


Bahan2
500 gm tepung gandum
200 ml air
1 sudu kecil air abu atau air kapur
garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara2
Campurkan air abu ,garam dan pewarna kedalam air dan kacau hingga sebati.
Gaulkan air tadi kedalam tepung hingga menjadi doh..Doh untuk mee ini agak keras..
Gunakan mesin me untuk menghasilkan mee yang panjang. Rebus mee kedalam air panas mengelegak.. Angakt dan gaul dengan minyak masak untuk mengelakkan mee melekat.. Selamat mencuba

Puding Roti Keremal



Pernah try puding roti kukus yang makan dengan kuah kastard tu. Tapi tekak tak berapa nak menerima. lepas tu ada satu kawan FB ni selalu sangat promote puding roti dia..Terjebaklah juga.. Cari punya cari dapat le resepi yang ini .Makan mcm tu pun sedap, tak payah sos pun tak per

Resepinya

Roti Puding Karemal
Sumber : Hanieliza fotopages

Bahan-bahan
1/2 cawan gula pasir dicairkan menjadi karemel
kemudian tuang kedalam loyang 8 X 8 atau 9 X 9.

Bahan-bahan puding
10 keping roti
Sedikit majerin
1 tin susu cair - saya guna 500ml susu UHT
1 cawan gula (resepi kak liza 1/2 cawan je)
4 biji telur (resepi kak liza 2 biji telur)
1 sudu kecil essin vanilla
1 tin air buah dari fruits koktail/peach ( saya tak letak)
2 sudu besar tepung jagung ( saya tak letak)

Hiasan:
1 tin buah koktel/peach
saya guna kismis je

Cara2
Sapukan majerine pada roti, bakar hingga nampak keperangan, keluarkan dan potong 4 segi kemudian susun dalam loyang yang telah diisi karemel tadi.
Satukan telur,gula dan susu segar ..putar hingga sebati. masukan essen vanilla.. tapiskan kedalam bekas roti tadi..taburkan kismis ..biarkan selama 15 mint kemudian di bakar selama 30 minit (resepi kak Liza kukus)
Pada pendapat saya yang bakar lebih sedap berbanding dikukus.. boleh makan begitu saja tanpa vanilla sos..

Untuk Vanilla sos ini resepinya:
400ml susu cair atau susu UHT
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2
Camurkan semua bahan tadi, kacau hingga sebati kemudian tapis kedalam periuk. Masak diatas api perlahan dan sentiasa dikacau. Masak hingga pekat dan betul2 masak..
Selamat mencuba...

Wednesday, November 2, 2011

Strawberry Jelly Cheese

Hari tu gi belajar dgn Ellie D'heart... dah lama.. baru nie mencuba untuk makan2..he..he. kat dalam tu kek sponge yg dipotong2 kecik... sedap..

Thursday, October 27, 2011

Cheese Cake Versi Cupcake

Harga cream cheese sekarang naik sangat melampau.. tapi tekak ni suka sangat makan menda nie.. Tekak teringin nak makan cheese cake versi cupcake lepas layan blog kawan..sebab dah malamkan.ni je yg jadi rupa kerang elok tapi rasa amat sedap



lihat kat bawah cupcake tu.. seketul biskut oreo

Pizza roti cheezy org malas..

Satu malam tekak sangat teringin makan pizza ..tetapi teramatlah malas nk uli tepung buat doh pizza..maka roti gardinia yang jadi mangsa.. ditambah dengan jalapeno cheese atau nacho cheese..fuh! sedap.


yang color kuning tulah cheesy cheese

yang ini tambah cheese slice..lagi sedapppp

Monday, May 16, 2011

Sponge Cake & Cheese tart untuk makan-makan

Dah lama buat buat nie tapi baru hari nie rajin nak upload.. Sponge kek nie saja buat untuk makan2 ..resepi dari Elliez de heart..sorry le tak leh kongsi resepi kat sini sbb akak bayar untuk resepi tu..kenalah berguru ye...lagi satu kalau google kat internet rasa tak dek beza resepinya..rajin-rajinlah mengoogle ye...Dalamnya akak letak inti strawberry.. sedapp..tak rugi pergi belajar dan keluarkan RM klau berbaloi cam nie



Cheese tart ni dibuat atas permintaan anak yg kedua ..katanya nak bagi kawan2 makan kat sekolah... buat 100 pcs ..kulit tart beli readymade dari kakak Elliez deheart ..sbb malas nk mengentel tepung buat tart shell..he..he..padahal dah belajar dari elliez segala teknik wat cis tart tu... nak buat cam ner dah MMMM