Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Tuesday, January 25, 2011

Kek Red Velvet



Sound macam gempak kalau akak ckp dgn jiran dan kawan2 terdekat..siap gelak-gelak dia orang bila akak cakap nama kek yg akak jamu dia orang minggu lepas.. payah nak sebut..he..he.. akak kata sebut jek kek merah baldu..pepandai jek ubah nama ...Dekat FB and blog member baking ramai memperkatakn red velvet nie..teruja juga nk mencuba..makanya masa ari jadi Bujang akak ari tu.. ala tak besar mana majlis tu.. panggil jiran 2-3 org jek..almaklumlah budjet ujung bulan..ha..ha akak buat le Red Velvet tu. memula godak buku resepi cupcake Lynn Hassan, pas tu buka koleksi resepi yg akak ada..sama jek resepinya... Dalam resepi tu tulis satu adunan tu boleh menghasil kan 3 loyang saiz 9 "..memandang kan akak cuma ada 1 jek loyang 9" maka akak masakkan dalam loyang 10 X 10 X 1 inci... akak buat 2 aduan sebab loyang 10 X 10 tu akak ada 2..he..he... maka inilah hasilnya... kalau ada nk mencuba boleh le ambil resepi ini.. oh ye..lupa pulak dalam kebanyakan resepi Red velvet toppingnya cream cheesekan.. oleh kerana stock cream cheese akak ada 250 grm aje..ngam-ngam untuk buat lapisan kek.. makanya untuk cover seluruh kek itu akak guna resepi Butter roux..ssuatu yang baru bagi akak.. hasilnya tidak mengeciwakan...he..he.. meh layan resepinya:

Bahan A
250g tepung kek ( tepung gandum biasa pun boleh)
1tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp serbuk koko
Ayak semua ini

Bahan B
240ml buttermilk. Kalau tak jumpa kat kedai buat sendiri
(240ml susu cair + 1tsp cuka dibiarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah campur kedalam buttermilk

Bahan C
113g butter
300g gula castor- kalau manis sgt kurangkan kepada 250g ke 280g
2 biji telur gred A
1 tsp vanilla

Bahan D
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Cara-cara
Pukul Butter selama 2 minit, masukkan gula castor dan pukul lagi 3 minit. Masukan telur sebiji sebiji.Masukan esen vanilla. Masukkan A- tepung dan buttermilk berselang seli.Dalam bekas kecil curahkan cuka keatas baking soda. Habis sahaja buih terus curaj kedalam adunan batter. Masukan kedalam 3 biji loyang 9" inci dan bakar pada suhu 175 darjah selama 30 minit.

Resepi Butter Roux
3 tbsp tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanilla

Cara-cara
Masukan tepung kedalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambah dgn baki susu tadi, kacau sebati. Masakkan susu sehingga agak pekat dan sejukkan
Pukul Butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau dan anda akan dapat testur seperti whipping cream.

Monday, January 24, 2011

Ayeen Dah 1 Tahun




19hb Januari yang lalu genaplah bujang ku ini setahun, tapi tak celeberate pun untuk dia..bukannya tau apa pun, kelakuan semakin menjadi2 sekarang.. pinggan magkuk, jangan le simply letak habis dikemasnya.. begitu juga kain baju..kalau drawer tak berkunci jawabnya habis le kain baju dikemasnya... berbeza sungguh dgn kakak2nya.. almaklumlah bujang sorang...

Strawberry Cheese tart

Cheese tart ni dibuat sebab kat peti ais ada baki cheese yg belum habis..jadi dari rugi ke tong sampah lebih baik cepat - cepat buat sesuatu yang sedap dimakan. nak wat cheese cake bahan lain tak dek pulak..jadinya wat strawberry cheese le aje.. tu jek yg ada kat peti ais

Wednesday, January 5, 2011

My 1st weeding cake

First time buat kek 2 tingkat, itu pun khas buat sepupu yang berkahwin baru2 ini... sebelum ini tak pernah mencuba..ingatkan senang nak pacak tiang tu..rupanya perlukan ketelitian dan kesabaran.. Kek bahagian atas adalah kek sponge filling strawberry dan yang belah bawah adalah brownis chockelat. Hajat awal nak buat 3 tingkat iaitu atas kek sponge tengah cupcake dan bawah brownis chockelat .. tapi masa try letak kek kek tersebut tiang macam nk tumbang..jadi letak jeklah cupcake tu disekeliling cake... Pada mulanya nk cut & paste Jasmeen punya Idea siap call minta izin lagi.. alih2 ini ajelah jadinya..ha..ha..Lihatlah hasil yang tak seberapanya ini..



Tuesday, January 4, 2011

Kenduri Kawin 26.12.2010

Salam sejahtera kepada yg sudi menatap blog mengong akak nie..he..he... kemalasan yg terlampau untuk mengupdate blog ku... kira ini penutup acara tahunan keluarga kamilah...pada 26/12/2010 sepupu akak di kampung buat kenduri kawin.. emm layan le gambarnya ye...untuk kenduri kali ini akak sponser kek 2 tingkat je.. pertama kali buatlah katakn..ada sikit kekurang.. untuk N3 yg ini layan gambar2 sekitar kendurilah ye..untuk kek nanti akak masukan dlam N3 yang lain. Lupa pulak nak cerita nama pasangan pengantin ini adalah Raihana (sepupu) dan Daud. Raihana adalah anak kepada mak cik akak dikampung.


<