Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Friday, October 22, 2010

Apam Blossom




Salam Jumaat kepada semua yg sudi menatap tulisan merapu meraban akak nie... he..he ..hari ini marilah kita menjamu mata dgn lagi satu resepi yang akak ciplak dari blog kawan2 yang lain..mohon laluan ye... first tengok apam nie kat blog fiza nordin dan ada satu lagi blog iaitu ummiaffaf. Dah lama mengoogle resepi nie cuma baru2 nie berkesempatan mencuba. Bukan apa sibujang akak tu pagi2 mesti ada benda ditangan untuk disumbatkan dalam mulutnya itu baru dia diam.. nak bagi biskut macam dah jemu nampaknya..maka malam tadi lihat bahan di dapur semua ada..apa lagi taraaaa... jadi lah juga apam ni dgn jayanya walaupun dot dotnya tidak secantik apam blossom yang Fiza buat.. Bagi akak bahan2 untuk apam nie amatlah senang dan nak mengadunnya amatlah mudah..cuma yg merumitkan bila tang nak masuk kan dalam paper cup dan menghiasnya... tapi klau takat nk makan sendiri tak payah le nak hias bagaikan...tapi kalau nak membuka selera anak2 apa salahnya make-upkan sikit apam nie baru ada minat dia orang nak makan.. anak yang no 3 tanya nama kuih ni apa .. akak cakap le "Apam Blossom" boleh pulak disoal lagi dgn ayat " ade ke Apam cam nie? akak jawablah balik " Apam ada bermacam-macam jenis ada apam balik, ada apam tepung beras, ada apam tepung gandum" lepas tu dijawab balik oleh anak akak " ye lah tu mama nie.. sedap ke apam nie"... " tunggulah masak nanti taulah sedap ke tidaknya".. eh banyak mulut pulak anak akak yang no 3 tu.. biasanya memang dialah yang selalu komen sedap ke, tak sedap ke..lepas tu memang dia lah yg rajin "kat dapur.
Lepas aje apam nie dikukus semua nak merasa..reaksi dia orang.. Eee Sedaplah mama.. blueberry dia sedap lah" Hah baru tau ye... memang sedap sebab tu le si Fiza tu selalu dapat tempahan ...Oklah akak tak nak kedekut resepi.. sebab resepi ni pun akak cut & paste dari orang lain... meh kita sama -sama buat..ini resepinya ya... cubalah anda pasti puashati. Untuk filling kita boleh tukar ikut selera..

Apam Blossom -
bahan-bahan ( 50-60 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment