Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, June 27, 2011

Apam Dot2 dan Choc Moist

Terima kasih kepada Juliana Ahmad dari Puchong Utama sebab sudi mengoder sebiji kek harijadi untuk anak daranya Husna Amani yg sangat comel . Ju juga menggoder 2 set apam dot2.. terima kasih banyak2 ye Ju, jangan serik oder lagi ye...



Cheese tart lagi -



1 set cheese tart pelbagai fruits filling di order oleh kawan sekolah encik suami.. nk mencuba katanya.. nk jamu kawan pada small gathering malam minggu yang lalu.. terima kasih ye cik Ani Mohamad

Friday, June 24, 2011

Cupkek Hantaran

First time buat cupcake hantaran nie.. almaklum org baru..sbelum nie tak berani nak ambil..lepas dapat semangai dari otai2 agar mencuba , maka akak memberanikan dirilah ambil order nie... Cupkek dah selamat dibawa pulang ke Perak.. Majlis pertunangan akan diadakan pada sabtu nie.. terima kasih ye Cik Intan sebab order untuk adiknya.


Jalapeno Cheese new Lable


Jalapeno chees dgn label baru yang ada tanda halal...

Hadiah dari Boss


N3 kali ini akak nk cerita pasal hadiah dari boss...bangga sesangat bila boss yg tersangat garang membeli sebiji beg dan sepasang baju untuk hari raya.. tersengeh2 akak bila dapat hadiah itu...he..he

Monday, June 20, 2011

Fun Fries untuk majlis bacaan yassin

Idea datang secara spontan..kebetulan 'ter' order fun fries dari jiran seapartment..2 pack pulak tu.. jalapeno cheese masih ada..jadi buat le ala -ala kfc ..he..he kebetulan pack2 kecil itu mmg ada kat rumah.. alhamdulillah habis..tidak membazir pun.. gambar2 yg lain lupa nk snap sebab sibuk sangat layan tetamu.

Cheese Tart

Meh layan Order minggu lepas

Order dari Shikin jiran satu taman..baru kini free nk ambil order..


Order dari kawan baru di Face Book ..Jaja namanya



2 set variety cheese tart dari Suhaila.. kawan office suami

Monday, June 13, 2011

Mini Tart Shell untuk dijual

Akak dah jadi agent untuk tart shell atau kulit tart.. sekarang tak payah susah lagi nak mengentel kulit tart lagi..just order jek dari akak..senang apa.. meh layan gambarnya


Kuantiti : 1 bekas 100 pcs
Harga : RM 28 sahaja
Saiz : 4.5 cm

Moist Chocolate Kek



berlatih punya berlatih barulah nampak rupa bunga ros ku..he..he . saja2 buat kek ini guna resepi dari buku Zati D'hati kek cokelat... sedap moist jek..selalu kalau akak nak moist akak kukus tapi guna resepi yg ini bakar pun dia moist..layannnnnnnnn

Tuesday, June 7, 2011

Sponge kek..jadi cupcake




saja-saja bakar resepi sponge cake jadi cupcake untuk makan2.. terlupa nk keluarkan cupkek dari acuan sebaik ia masak menyebabkan kek kecut.. next time keluarkan cepat dari acuan.. selamat menjamu mata.. lepas tu try mendeko bunga ros..emmm kena bayak buat latihan baru perfect..


Monday, May 30, 2011

Order - Brownis & Cheese Tart


Dapat order dari kawan adik. Katanya terliur tengok gambar brownis kat FB.. Ana minta akak buatkan Cheese kek, tapi akak tak berani nak ambil sebab kesuntukan masa nak mencari bahan... jadi Ana minta akak buatkan cheese tart .
Maka confirm 1 buku simple brownis dan 1 set veriaty cheese tart strawberry & blueberry.. alhamdulillah tak sampai sejam selepas Ana pickup order akak dapat sms dari ana ' Terima kasih kak.. Memang sedappp." lepas tu keesokan harinya dapat lagi sms dari Ana 'Salam kak,, nak bagi feedback on the brownies. Hari ini rasa lagi sedapp.. He..he mmg blh order lagi next time. Cheese tart jgn tanye dah licin smlm.He..he " Ana memang customer yg tak banyak songeh.. katanya asal dia boleh makan sudah..Terima kasih Ana sebab berani mengorder dengan akak.

Monday, May 23, 2011

Brownis Simple



Brownis ni sebenarnya menjadi makanan paberet kami sekeluarga.. selalu buat simpan dlm bekas boleh tahan seminggu buat kudap kudapan.. sebab dia bukan kek..amat mudah membuatnya.. resepi akak dapat dari internet..berbagai resepi brownis boleh kita dapat kalau rajin mengoogle..dah banyak yag akak try ..tapi yg ini sangat simple dan mudah .. meh sini layan resepi yang akak dapat ini.. alamak lupa pulak dari sapa minta halal lah ye..

Simple brownis
250gm butter
400 gm cokelat masakan
5-6 biji telur grade B - akak guna 5 biji
1 cawan gula perang
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
kekacang walnut/pecan / alamon semua boleh.. akak guna walnut je

cara-cara
cairkan butter bersama cokelat masakan dgn kaedah double boil. bila sudah cair ketepikan dan sejukkan
Dalam mangkuk yang lain putar telur bersama gula perang , jangan putar terlalu lama.. akak unakan hand wisk jek.
masukakn adunan cokelat cair tadi dan kacau sebati..masukan adunan tepung yg telah di campur dgn serbuk koko.. akhir sekali masukan kekacang..
Bakar dalam oven selama 30-40 min.. dgn kepanasan 150 darjah.. bergantung kepada oven memasing...
sejukkan dan potong ..enak dimakan bersama icecream atau cokelat ganace.. makan mcm tu pun sedap..selamat mencuba

Bakso


Dah lama anak2 minta buatkan bakso.. emm selera indon pulak anak2 ku..he..he.. jadi semalam akak merialisasikan impian dia orang untuk makan bakso..Ini pun selepas dapat resepi dari tea lady kat office ni ha.. selalu beli rasa cam kosong jek..pass tu bebola daging tu dapat 2-3 ketul jek

Meh layan Resepi disini:-

1/2 kg tulang lembu ( klu nak buat banyak lebih lagi lah ye)
1/2 kg daging cincang
1/2 kg bebola daging ( boleh dapat kat pasaraya)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1/2 bungkus lada putih
1 inci halia
1 inci belacan
sehiris buah pala
1 batang daun leek ( banyak terdapat di pasar & pasaraya)
1/2 kh soon
Hiasan
Daun sup /daun bawang secukupnya
kobis secukupnya

Penambah rasa
Cili kecil
sos cili
kicap
cuka..

Rebus tulang dan daging cincang sehingga empok..
Bawang putih, bawang merah,halia, buah pala di blander hingga halus.. tumiskan semua bahan hingga naik minyak.. masukkan belacan..apabila daging telah empok masukkan bahan tumis kedalam rebusan daging tadi. Potong daun leek dalam anggaran 1/2 inci..kemudian tumis mengunakan saki baki minyak tadi.. tumis sebentar sahaja..agak2 layu.. kemudian masukkan kedalam rebusan daging tadi. Perasakan dgn garam tunggu mendidih..kemudian masukan bebola daging.. tunggu bebola lembut.. bila bebola daging timbul menandakan sudah masak.

Masukan Soon kedalam bekas.. rendam dalam air panas dan campurkan air sejuk... tos kan..
Sedia untuk dihidang.. seperti biasa macam kita menghidang mee sup.. sangat sedap dimakan dgn sambal cili .. selamat mencuba..


inilah daun leek

Thursday, May 19, 2011

Promote Product lagi - Jalapeno Cheese

Emm..kan akak dah kata cuba sekali pasti nak lagi.. alhamdulillah jualan untuk cheese ni amat menggalakkan.. walaupun berjual diFB je.. almaklumlah akak nie mana ada masa nak keluar + takut nak drive... aduhai bilalah perasaan takut tu nk hilang... ok..ok..kita cerita pasa cheese lah ye....Entry kali ini akak tunjukakan step by step cam ner nk bancuh.. sbb klu yg dah tu kegunaan cheese tu tak payah nak terang kan lagi. Tapi ada juga yg kurang fahamannya jadi akak tunjuk step by step ye

Anda akan terima Pack 200g cam gini


Pas tu masukkan kedalam bekas


Masukan air panas mengikut nisbah 1:1 ( 1 cawan serbuk cheese + 1 cawan air panas)dan kacau hingga sebati..pastikan tak bergentel


Hidangan versi akak



Monday, May 16, 2011

Marble Trio - resepi Mat Gebu

Terima kasih kepada Cik Mat Gebu kerana berkongsi resepi ini.. lepas menjamu kek ini pada jiran, alhamdulillah dapat tempahan 2 buku kek.. tak perlu deko bagai..nak yg kosong jek...nak resepi .... check kat bawah



Tak tau kenapa boleh merekah kat atas.. bakar dah lama dalam masih belum masak, tu pasal nampak hangus bila tambah masa bakar.

Nasib bila dipotong cantik belangnya


potong masuk piring

Maaf Mat akak dah derhakakan mat punya resepi ye..he...he
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik - akak guna 250 gm
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* - akak kurangkan jadi 260gm
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A - 5 biji grade B..sbb gred A susuah nak dapat
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin - tak dek pun tak per
20 g air - akak tukar susu perasa strawberry
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco
Cara-cara 1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3.Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4.Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6.Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7.Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.