Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, May 23, 2011

Bakso


Dah lama anak2 minta buatkan bakso.. emm selera indon pulak anak2 ku..he..he.. jadi semalam akak merialisasikan impian dia orang untuk makan bakso..Ini pun selepas dapat resepi dari tea lady kat office ni ha.. selalu beli rasa cam kosong jek..pass tu bebola daging tu dapat 2-3 ketul jek

Meh layan Resepi disini:-

1/2 kg tulang lembu ( klu nak buat banyak lebih lagi lah ye)
1/2 kg daging cincang
1/2 kg bebola daging ( boleh dapat kat pasaraya)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1/2 bungkus lada putih
1 inci halia
1 inci belacan
sehiris buah pala
1 batang daun leek ( banyak terdapat di pasar & pasaraya)
1/2 kh soon
Hiasan
Daun sup /daun bawang secukupnya
kobis secukupnya

Penambah rasa
Cili kecil
sos cili
kicap
cuka..

Rebus tulang dan daging cincang sehingga empok..
Bawang putih, bawang merah,halia, buah pala di blander hingga halus.. tumiskan semua bahan hingga naik minyak.. masukkan belacan..apabila daging telah empok masukkan bahan tumis kedalam rebusan daging tadi. Potong daun leek dalam anggaran 1/2 inci..kemudian tumis mengunakan saki baki minyak tadi.. tumis sebentar sahaja..agak2 layu.. kemudian masukkan kedalam rebusan daging tadi. Perasakan dgn garam tunggu mendidih..kemudian masukan bebola daging.. tunggu bebola lembut.. bila bebola daging timbul menandakan sudah masak.

Masukan Soon kedalam bekas.. rendam dalam air panas dan campurkan air sejuk... tos kan..
Sedia untuk dihidang.. seperti biasa macam kita menghidang mee sup.. sangat sedap dimakan dgn sambal cili .. selamat mencuba..


inilah daun leek

No comments:

Post a Comment