Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Tuesday, July 10, 2012

Angry Bird

He..he ada ke rupa angry bird ni. Permintaan dari adik ipar yang kempunan nak makan apam dot2 ..layannnnnn.. takat 50 biji boleh le akak buatkan

Apam Dot2 Jejak Kasih

Dapat order dari senior masa sekolah dulu..he..he kira ala-ala jejak kasih lah ni... Pada mulanya Izan nak orer 500 pcs..ha..ha kau gila  Zan! hari ni kau call esok nak..mana sempat lagi.. dapat juga buat 200 pcs untuk Izan..

Monday, July 2, 2012

Apam Dot-dot Untuk Sedara di Pulau Pinang

Mashitah order lagi untuk di kirim kepada anak sedara yang tinggal di Pulau Pinang. Namun hajat tak sampai sebab apam dot-dot dah habis semasa dalam perjalanan balik ke Pahang

Black Forest Cake untuk Qistina

Kek Black Forest ini akak buat khas untuk anak akak yang no 4 semperna hari jadi nya yang ke 6 tahun. Kek ini dibawa kesekolah tadika dimana Qistina Humairah berlajar.. jamu anak2 di sekolah tadika tu

Blueberry Cheese Tart Order dari Emi

Terima kasih Emi tempah cheese tart ni dgn akak

Apam Dot2 Purple Pink



Kali ni adik kepada Mashita pulak yang order apam dot2 tema pink purple.. 4 set semuanya

Moist Choc untuk Birthday Afiq

Mama Afiq ni kawan satu kerja dulu-dulu. Ros minta akak buatkan kek coklat untuk anak terunanya yang ke- 12 tahun. Jauh nak sambut birthday ni...

Thursday, June 21, 2012

Blueberry Cheese Tart

Tak ingat siapa yang oder.. Terima kasih banyak2

Black Forest

Oleh kerana dah lama x update blog , macam konfius le pulak ..rasa mcm lain je blog ni..he..he.. Jadi klu nampak mana2 post yang tungganng langgang dan mcm ada yg tak kena harap fahamlah ye...



Ok kali ini akak nk post tempahan Black Forest Cake dari Mas juga. Terima kasi Mas sebab support akak.

Dot2 Pink Putih & Oren Putih

 Pink Putih
Oren putih tanpa inti

Kedua -dua apam dot-dot ini di tempah oleh Mashitah . Mas memang regular customer akak.. terima kasih mas

Wednesday, June 20, 2012

Assalamualikum

Dah agak lama tidah mengemas ,meng'update' kerana kemalasan yang melampau. Bila melihat blog orang lain yang memang setiap hari  memaparkan cerita-cerita mereka ..perasaan jeles tu datang, tapi jeles akak adalah jeles yg sihat tau..he.he.
 Ok kita mulakan dengan hasil airtangan akak yang tak seberapanya ini.
Apam dot-dot ini diminta oleh Raja Azuki iatu jiran sekampung yang sekarang menetap di Seremban. Percubaan pertama pos apam dot-dot.. agak ketinggalan akak ni sebab dah ramai kawan - kawan baker yg buat kerja pos mengepos ni ..layan jelah gambarnya ye






Alhamdulillah semua nya selamat tiba kedistinasinya.

Tuesday, March 6, 2012

Suprise Birthday Cake



Sedang akak bersantai2 kat rumah dapat sms dari jiran terdekat akak. Sisuami minta buatkan suprise birthday kek untuk isteri terchenta yang jatuh pada 04/03 yang lalu.
Akak kata boleh je..rezeki.. jadinya apa yang ada jelah kat rumah tu..
fikir punya fikir ..jadilah kek span layer dgn cream cheese..

Friday, March 2, 2012

Mee Kuning Homemade

Dah lama teringin buat mee sendiri. Masa Zaman kanak2 dulu selalu tolong mak buat mee, sebab mak dan abah berniaga kedai makan. Tapi dah agak lama meninggalkan resepinya..he..he Cari punya cari jumpalah resepinya dimyresipi.my..meh layan resepi yang mudah lagi halal dan bersih..he..he

Mee Kuning dah siap



Mee yang dah siap digoreng


Bahan2
500 gm tepung gandum
200 ml air
1 sudu kecil air abu atau air kapur
garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara2
Campurkan air abu ,garam dan pewarna kedalam air dan kacau hingga sebati.
Gaulkan air tadi kedalam tepung hingga menjadi doh..Doh untuk mee ini agak keras..
Gunakan mesin me untuk menghasilkan mee yang panjang. Rebus mee kedalam air panas mengelegak.. Angakt dan gaul dengan minyak masak untuk mengelakkan mee melekat.. Selamat mencuba

Puding Roti Keremal



Pernah try puding roti kukus yang makan dengan kuah kastard tu. Tapi tekak tak berapa nak menerima. lepas tu ada satu kawan FB ni selalu sangat promote puding roti dia..Terjebaklah juga.. Cari punya cari dapat le resepi yang ini .Makan mcm tu pun sedap, tak payah sos pun tak per

Resepinya

Roti Puding Karemal
Sumber : Hanieliza fotopages

Bahan-bahan
1/2 cawan gula pasir dicairkan menjadi karemel
kemudian tuang kedalam loyang 8 X 8 atau 9 X 9.

Bahan-bahan puding
10 keping roti
Sedikit majerin
1 tin susu cair - saya guna 500ml susu UHT
1 cawan gula (resepi kak liza 1/2 cawan je)
4 biji telur (resepi kak liza 2 biji telur)
1 sudu kecil essin vanilla
1 tin air buah dari fruits koktail/peach ( saya tak letak)
2 sudu besar tepung jagung ( saya tak letak)

Hiasan:
1 tin buah koktel/peach
saya guna kismis je

Cara2
Sapukan majerine pada roti, bakar hingga nampak keperangan, keluarkan dan potong 4 segi kemudian susun dalam loyang yang telah diisi karemel tadi.
Satukan telur,gula dan susu segar ..putar hingga sebati. masukan essen vanilla.. tapiskan kedalam bekas roti tadi..taburkan kismis ..biarkan selama 15 mint kemudian di bakar selama 30 minit (resepi kak Liza kukus)
Pada pendapat saya yang bakar lebih sedap berbanding dikukus.. boleh makan begitu saja tanpa vanilla sos..

Untuk Vanilla sos ini resepinya:
400ml susu cair atau susu UHT
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2
Camurkan semua bahan tadi, kacau hingga sebati kemudian tapis kedalam periuk. Masak diatas api perlahan dan sentiasa dikacau. Masak hingga pekat dan betul2 masak..
Selamat mencuba...

Kek Kawin 2 Tingkat

Tambah Ilmu lagi..Kali ni belajar dgn RoseAzliza kekdihatiku.. kelas belajar sorang2 ..lepas nie boleh le ambil order kek kawin dua tingkat