Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Tuesday, May 11, 2010

Chilled Blueberry Cheese Cake



Resepi dah lama duduk kat dalam file... tak dek masa nk try.. bila ada masa bahan lak tak dek.. yg selalu tak dek telur le.. sebab kat rumah tu telur wat stock lauk..he..he.. so baru - baru nie aje yg dapat mencuba resepi.. Anak-anak apa lagi klu dengar mak dia nk buat kek semua pakat duduk depan kita.. masa tu lah kukerahkan tenaga anak-anak ku untuk mehancurkan biskut.
Kalau nak cuba nah ambik resepi ni

Chilled Blueberry Cheese Cake
Bahan Base
150 gram biskut chipsmore..(mesinkan atau hancurkan halus)
2 sudu besar butter(suhu bilik)

Bahan Cream
250 gram cheese cream philidephia
300 ml yogurt perisa blueberry
100 gram gula halus

Larutan Agar-agar (panaskan)
130 ml air
1 sudu besar agar-agar serbuk cap bintang jika guna brand nona guna 2 sudu

Hiasan
250 gram blueberry filling
1 sudu besar air
kacau sebati

Cara-Cara
Gaul biskut dgn butter dan tekan kedalam loyang
Pukul cheese cream dgn gula hingga kembang
Masukkan yogurt dan kacau rata
Masukan larutan agar-agar cair dan kacau sebati
Masukkan kedalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam
Keluarkan dan letakkan filling blueberry... hidang le..



Monday, May 3, 2010

Kerutub Ayam



Mak datang rumah bila akak beritahu yg akak kurang sihat. Itulah kasih seorang ibu walau sibuk camner kat kampung pun dia tetap datang bila dengar anak sakit.. Tapi anak2??.. setakat ini akak dan adik2 yg lain kalau dengar je mak x sihat cepat2 kami balik kampung. Sedar x sedar dekat 2 minggu mak ada kat umah.. masa Wan ada kat umah cucu2nya happylah.. sebab bangun2 jek ada orang kat umah.. bukan mcm biasa bangun aje dari tidur Mama dah gie kerja.. sian anak aku...sepanjang mak ada kat umah cakap je nk makan apa, mak mesti masak.. tapi yg penting bahan kena adalah kat umah...he..he . Nie satu satu snek mudah yg paling sedap mak buat iaitu cekodok ikan bilis... aku try buat ikut resepi mak beri still tak sama.. memang mudah buat cekodok bilis nie tapi lain orang lain rasanya... pas mak buat cekodok bilis aku try wat Kerutub ayam, boleh makan dengan cekodok bilis nie. Resepi Kerutub Ayam nie aku tak ingat dapat dari mana , tapi yg pasti ianya dari sumber yg selalu aku lawati.. mana lagi klu bukan kat FP kawan2. Kalau nk try nie resepinya;

Kerutub Ayam
Bahan2
1 ekor ayam- di potong kecil -kecil
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
2 cawan santan
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar keresik
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Kisar
100gm bawang goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Memasak
Tumis bahan kisar hingga garing. Satukan rempah kari dan rempah kurma, dibancuh. Apabila bahan kisar telah garing masukkan bancuhan rempah tadi. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kerisek, garam,gula dan santan. Biarkan hingga mendidih. Masak hingga pekat dan ayam lembut. Kacau sekali sekala. Apabila sudah pekat angkat dan hidangkan... Sedap dimakan bersama nasi atau roti. Makan dengan cekodok bilis pun sodap.

Monday, April 26, 2010

Sumber Dapur



Ni nk citer pasal kisah Jumaat lepas 23/4/2010.. konon ambil cuti nk attend cooking class kat BWY.. sampai kat situ kelas dah penuh dgn student... aduh bengangnya...bengang punya pasal balik umah buat kek sponge sebiji.. deko sendiri.. pamer sendiri, makan sendiri dan syok sendiri..ha..ha..pass tu wat donat.. klu sapa2 nk try resepi donat akak nie silakan..

Donat Simple

500 grm tepung gandum
1 pkt mauripan
1 biji telur
3 sudu teh gula halus
1 cawan air suam
2 sudu besar shortening
3 sudu besar creamlite majerine
Gula halus untuk menyalut

Cara-cara
Masukkan mauripan dan air suam kedalam satu bekas, masukkan 1 sudu teh gula. Kacau dan biarkan kembang. Campurkan tepung gandum , lebihan gula,shortenig dan majerine, gaul hingga rata. masukkan telur dan masukkan bancuhan mauripan tadi. Uli hingga menjadi doh yg lembut, jika terlembik boleh tambah tepung sedikit2. Rehatkan doh sebentar hingga kembang. kemudian uli lagi sekali dan bentuklah mengikut bentuk yg anda suka. rehatkan sebentar kemudian boleh le mengoreng.. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar kemudian salut dengan gula halus.. dan sedia dimakan.

Monday, April 19, 2010

Back to cooking & Baking




Sabtu lepas 17/04/10 rumah pengasuh buat kenduri bacaan yassin dan doa selamat atas pencapaian cermerlang anak2nya... Amin.. kalau leh anak2 akak pun nak macam gitulah juga. Jumaat tu diserang sakit pinggang lagi jadinya tak dapatlah membantu untuk masak2. Fikir punya fikir apa aku nk sumbang ye .. tengok stock kat dapur.. ah boleh le buat sebiji kek kot.. Maka inilah hasilnya kerastangan aku yang tak seberapa. Lepas tu adalah balance wat icing tu. Kat peti ais masa tu ada balance agar-agar sirap.. tetiba kakak Ira ckp "mama bak sini lebih icing tu kakak nak wat deco gak.. he..he ada gak idea dara aku nie ..

Baby Zahrin





Diam tak diam hari ni 19.04.2010.. Zahrin dah 3 bulan usianya.. Emm jaga Zahrin tak ada masalah setakat nie.. tapi sejak akhir2 nie pinggang selalu sakit2.. isssshh. dah nak masuk senja rupanya akak nie... Zahrin sekarang dah 6kg ++ ish..ish.. montelnya anak aku nie...lepas menyusu jek pasti lelap.. jaga jek sumbat susu , mana tak montelnya..he..he. meh tengok si montel nie

Friday, March 26, 2010

Zahrin dah 2 bulan



Cepatnya masa berlalu, sorrylah ye buat masa nie tak dek citer masak memasak, sebab tengah syok sangat nk citer pasal baby boy ku..he..he Zahrin @ Airn dah dua bulan pun .. tembabnya.. baju banyak dah x leh pakai.. nampaknya mama kena beli baju baru... emm ada sesapa nk sponsor?...he..he nah lihatlah badannya sekarang

Bacaa Yassin dan Majlis Harijadi









Lepas jek 44 hari terus buat kenduri doa selamat dan bacaan yassin kat umah. sambil tu wat terus majlis harijadi Angah dengan Qis. Buat door gift nak bagi kat tetamu yang datang. Kira meriah gaklah hari tu. Sebab panggil ramai anak2. Aku wat semua nie atas pertolongan jiran tetangga yang sangat prihatin dan sangat - sangat ringan tangan.. aku memang puji habis kan nebor2 aku ni. Sapa lagi kalau bukan Mak Ani, Kak Chah,Intan, Kak Fauziah, Ina Suhaimi, Mak Ida, Munah, Ayah Abi, dan lain-lain lagi. Ada antara diorang nie sponsor door gift... kalau nak tau masa aku mula mengandung memasing gatal mulut, katanya kalau aku bersalinkan baby boy memasing nk sponsor ...hah kau..ambik.. dah rezeki kau zahrin... he..he banyal barang sponsor untuk kali ini... Selamat mama....keh..keh. Ini antara jemputan dan juadah untuk hari tersebut. Sempat le aku buat 2 biji kek untuk anak2 yang tercinta. Untuk Kek angah aku buatkan Cotton Cheese Cake.. resepi sapa lagi kalau bukan dari JHD yang banyak membantu.. ini first time buat, masa jadi tu suka yang amat-amat..petang tu wat makan mee kari dan mee sup serta kuih muih yang disponsor oleh jiran tetangga....

Exoza for biggest family



He..he .. saja nak interframe...Kemain lagi dara-dara ku ini berposing sakan depan Exzora kat showroom. Masa nie ikut abah dia orang wat booking keta. Alhamdulillah segala impian untuk memiliki kenderaan yg besar cket dah tercapai.. rezeki anak kot, lahir aje Zahrin alhamdulillah rezeki kami murah sesangat. Setelah mengintai2 beberapa jenis kereta, akhirnya kami mengambil keputusan memilih Exzora nie sebagai kenderaan rasmi keluarga kami.. almaklumlah dah ada 7 kepala sekarang...he..he.. terima kasih proton sebab mengeluarkan model ini sewaktu keluarga kami bertambah... nampaknya keluarga kami masih lagi juara dalam keluarga "THIS"

Wednesday, March 24, 2010

Cuti bersalin





Salam... dah 60 hari rupanya , cepat bebenor pejam celik, pejam celik dah kena keja balik. Eh lupa pulak nk citer.. akak nie baru habis pantang.. anak no 5.. he..he akhirnya tercapai juga hasrat dan impian nk baby boy.. So dapat le baby nama Azmeer Zahrin nie nama abahnya bagi.. nie masa kat hospital serdang dah nk discharge.. selamat tinggal hospital... terima kasih pada semua kakitangan yang terlibat dalam operasi dibilik bersalin sewaktu menyambut kelahiran Azmeer Zahrin. Balik umah kakak2 sudah tak sabar nak tengok baby baru.. berebut-rebut nak baring sebelah baby.

Tuesday, December 15, 2009

Brownis Cheese


Mungkin ini kek terakhir untuk tahun 2009 nie.. sebab lepas ni nk bercuti panjang...he..he.. anak-anak sibuk menyuruh mamanya membaking.. tapi bahan semua dah x ada dalam stock nk wat cam ner... nk jalan cari bahan dah tak larat nak oii....

Monday, October 26, 2009

Rinbow Puding


Nie project terbaru yang akak buat last week.. emmm.. kau orang nampak rinbownya ker?...he.. he anak akak cakap macam corak lukisan dia hari tu jek.. kwang..kwang... malulah pulak.. tak per nie baru permulaan.. kalau dah pro nanti cantiklah rinbow mama nie nak ooi... habis kita nie berguru dalam internet jekkan... jadi nielah hasilnya.... resepi... nah kat bawah nie






Rainbow Pudding
Sumber dari Jasmeen katanya resipi dr MyResipi...by Alma

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2 (teman guna agar2 tali)
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko (teman tukor kaler ijau, so x bubuh serbuk koko nih)
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan .
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk

Biskut Raya dan Kek Emergency



He..he.. nie adalah saki baki tart jem, kena simpan.. klu tak memang tak dapat merasanya.. bukan nk kata tart aku nie sedap sangat, tapi mungkin tart ini ajelah biskut yg sedap aku buat kot.. lelain biskut tu rasa hampeh kot...Resepi Tart nie aku dapat dari Jasmeen FP katanya dia pun dapat dari taukeh tart terima kasih le taukeh ye..tak kedekut resepi.. nie le satu-satunya teman dialam maya yg rajin berkongsi resipi dengan aku dan dia tak kedekut ilmu... semoga dia dimurahkan rezeki... kau orang leh buka FP dia kat http://jasmeen.fotopages.com.. leh wat tempahan kek birthday dari dia.

Kek birthday tu pulak akak buat last minutes... ingat nak wat weekendlah kan ada masa sikit .. tapi dah permintaan birthday girl nak wat malam tu juga.. aduhai anak... sib baik mama mu ini ada skill mengadun sponge kek segera dan segala bahan ada dalam stock. Maka inilah hasilnya kek harijadi senget..he..he.. apa2 pun asal kau bahagia.. mama pun bahagia sama...

Kalau sesiapa yg teringin wat business biskut raya tahun depan.. nah cubalah resepi ini, kalau success jangan lupa 10% untuk akak ye..


TART NENAS GEBU
Sumber : Ita-Delight
BAHAN A

250 GM BUTTER
2 STEH GULA KASTOR
2 BIJI KUNING TELUR
2 STEH ESEN VANILLA

B.
200 GM TEPUNG JAGUNG
180 GM TEPUNG GANDUM


HIASAN:

JAM NENAS SECUKUPNYA
PAPER CUP
KUNING TELUR UNTUK SAPU

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A
2. MASUKKAN BAHAN B DAN SEBATIKAN MENJADI DOH YANG LEMBUT.
3. MASUKKAN KEDALAM ACUAN TART GULUNG DAN TARIK PANJANG..
4. LETAK INTI DI TENGAH DAN GULUNG.. SEBAIKNYA GUNA TART GULUNG YANG BERWARNA GOLD.
5. BAKAR 25 MINIT

Hari Keluarga THIS 2009




Nie nak tunjuklah hasil keras tangan akak masa hari raya lepas... kekonon nk tunjuklah skill kat sedara mara kat kg... he..he..so inilah hasilnya.. dua biji carrot cake di combine kan menjadi satu.. pas tu letak le edible print gambar hari keluarga tahun 2007 yg lalu.. Oh ya untuk pengetahuan.. keluarga kami akan menyambut hari keluarga setiap 2 tahun sekali.. maka setiap dua tahun akan bertambahlah jumlah ahlinya... Sambutan hari keluarga ini akan kami sambut lagi bagi kali yang ke -4 pada tahun 2011.. Setakat nie akulah yang paling ramai ahlinya kalau ikut list salasilah keluarga..pastinya tahun 2011 nanti akan bertambah sorang lagi..he..he aku masih juara... yang lenlain tu bilalah agaknya nk bertambah... tahun nie thema color hijau, dua tahun lalu warna oren. 2011 color apa pulak agaknya... lihat lah atuk mezah mengajar cucu2 dan anak2 saudara menari zapin.... nak cari pelapis kot

Back to Normal




Assalamualikum..dah lama tak update blog, ari nie macam ada mood sikit tu yg terjah nie. Ya.. tengok tajuk diatas tu mesti pelik kan .. Pasal pulak Back to Normal.. selama nie x siuman ker?..keh..keh.. tu maksudnya tak ada lagi open house.. he..he.. kalau tak every weekend gantung periuk... jadi minggu nie kena lah masak .. maka akak masak le yg ringkas - ringkas jek.. so inilah hasilnya , sambal belimbing , ikan selar kuning masak asam rebus dgn nenas dan tempeh goreng ikan bilis.. makan lak dengan nasi panas... sedap.... nak resepi... ishh.. tak yah le... simple je nie....

Thursday, September 10, 2009

Biskut Ferror Rocher

Asalamuaikum, dah lama x mengedit blog..hari nie adalah kelapangan sikit.Jadi puan2 dan kawan kawan sekelian moh kita buat biskut raya ... Raya dah dekat tinggal seminggu ++ jek lagi.
Ok.. bila tengok tajuk tu sure terbayang chocolate Ferror Rocher kan..he..he.. biskut nie rupa lebih kurang le dengan ferror Rocher tapi rasa lain. Oklah cik Jah meh kita jengok bahan bahannya... tapi awal-awal lagi ingin dimaklumkan gambar untuk biskut nie belum ada.. nanti kalau dah ada kita tepek ye...
Bahan2
180 gram Butter
100 gram gula icing
70 gram gula Perang
1 Biji kuning Telur
1 sudu teh coffee flavour
280 gram tepung gandum atau tepung Ros - saya guna 250 gram sahaja
70 gram tepung jagong
50 gram cornflakes yg telah di mesin - saya tukar serbuk badam
1/2 sudu teh soda bikarbonate.

Bahan untuk salut luar
2 biji putih telur
25o grm badam cincang
300 gram Chocolate masakan
30 gram Butter coco

Cara2
Putar Butter, gula icing dan gula perang selama 1 minit. Masukan kuning telur dan putar lagi 1 minit. Masukan coffee flavour, tepung gandum+sodabikarbonat ( sekiranya menggunakan serbuk badam atau confleks ) jangan masukkan semua tepung, memadai dengan 250 gram sahaja. Bentukkan adunan sebesar 1/2 sudu teh, bulat-bulatkan. kemudian celup dalam putih telur dan golekkan diatas badam cincang. Bakar pada suhu 120 darjah selama 40 minit (boleh tahan 3 bulan) atau bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. Bila biskut sudah sejuk celupkan dalam chocolate masakan yang telah dicairkan bersama butter coco terlebih dahulu, kemudian masukkan kedalam paper cup. sejukkan dan boleh le simpan dalam botol untuk hari raya nanti.... Selamat mencuba..