Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, May 3, 2010

Kerutub Ayam



Mak datang rumah bila akak beritahu yg akak kurang sihat. Itulah kasih seorang ibu walau sibuk camner kat kampung pun dia tetap datang bila dengar anak sakit.. Tapi anak2??.. setakat ini akak dan adik2 yg lain kalau dengar je mak x sihat cepat2 kami balik kampung. Sedar x sedar dekat 2 minggu mak ada kat umah.. masa Wan ada kat umah cucu2nya happylah.. sebab bangun2 jek ada orang kat umah.. bukan mcm biasa bangun aje dari tidur Mama dah gie kerja.. sian anak aku...sepanjang mak ada kat umah cakap je nk makan apa, mak mesti masak.. tapi yg penting bahan kena adalah kat umah...he..he . Nie satu satu snek mudah yg paling sedap mak buat iaitu cekodok ikan bilis... aku try buat ikut resepi mak beri still tak sama.. memang mudah buat cekodok bilis nie tapi lain orang lain rasanya... pas mak buat cekodok bilis aku try wat Kerutub ayam, boleh makan dengan cekodok bilis nie. Resepi Kerutub Ayam nie aku tak ingat dapat dari mana , tapi yg pasti ianya dari sumber yg selalu aku lawati.. mana lagi klu bukan kat FP kawan2. Kalau nk try nie resepinya;

Kerutub Ayam
Bahan2
1 ekor ayam- di potong kecil -kecil
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
2 cawan santan
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar keresik
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Kisar
100gm bawang goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Memasak
Tumis bahan kisar hingga garing. Satukan rempah kari dan rempah kurma, dibancuh. Apabila bahan kisar telah garing masukkan bancuhan rempah tadi. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kerisek, garam,gula dan santan. Biarkan hingga mendidih. Masak hingga pekat dan ayam lembut. Kacau sekali sekala. Apabila sudah pekat angkat dan hidangkan... Sedap dimakan bersama nasi atau roti. Makan dengan cekodok bilis pun sodap.

No comments:

Post a Comment