Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Thursday, May 5, 2011

Kuih Kosui resepi agak-agak

Betul ke ejaannya kuih kosui nie..he..he sejak jiran akak tak berniaga dekat block mcm susah betul nak cari sarapan.. bukan apa kat medan selera tu mcm jauh le pulakkan..nak tak nak tiap hari kena perah otak nk masak apa untuk anak bujang ku itu untuk dibawa kerumah pengasuh.. almaklum sibujang kecik tu suka makan..resepi kuih nie mak akak yg bagi.. resepi org dulu-dulu memang tak ada sukatan, jadi resepi disini akak agak-agak ajelah ye.. mana2 yg nak try tu pasti ada try & error..he..he selamat mencuba



Resepi
3 cawan tepung gandum
500 ml air
1 cawan gula pasir
200-300 grm gula merah
1 cawan air
1/2 sudu besar kapur sirih.

Cara-cara
Panaskan kukusan..
Larutkan gula merah bersama satu cawan air tadi, tapis dan sejukkan sebentar.
masukan tepung kedalam bekas, masukan larutan gula merah, dan 500ml air tadi.. kacau hingga menjadi adunan yg cair jika kurang air tambah sedikit lagi.. biar cair sedikit.. masukan gula pasir dan kacau hingga larut..kacau kapur sirih dgn 2 sudu besar air.. masukan kedalam aduan tadi. Anda akan dapati adunan akan bertukar warna sedikt..jika anda dapati adunan seperti pekat boleh tambah air sedikit lagi. Masukakn kedalam loyang atau acuan lompang ini akan menghasil kan 50 biji kuih kosui yg comel.. kukus lebih kurang 20-25 minit. apabila sudah masak sejukkan sebenar dan hidanglah dgn kelapat parut..

Cheese Tart lagi

Kali ini order dari Angah Wajihah..he..he anak akak yg no 2... nak bawa pergi sekolah nk bagi dgn kawan2....murahnya hati anakku.. balik dari sekolah minta buat lagi sebab tak cukup.. kawan2 kata sedap..he..he

Thursday, April 28, 2011

Mini Pizza

Dalam keadaan cuaca kita yg tak menentu sekarang yg asyik2 ujan.. buat perut sering lapar... jengok kat peti ais apa yang ada .. he..he Ting! keluar mentol lampu kat atas kepala.. hari ini kita buat pizza mini... ada sosaje, ada cheese, ada crab meat..ah jadilah.. resepi doh.. ala senang jek cut & paste resepi donatlah apa lagi ubah sikit jek... kalau betul2 tak tau google je kat tenet resepi pizza..senang yang amat-amat... layannnnnnn


Testing Resepi Apam Mekar..


He..he apam lagi..tapi kali ini akak try resepi apam mekar.. emmm resepi apam mekar dgn apam dot2 tak banyak bezanya..kalau nk try resepi ada kat bawah. Resepi ni akak cilok dari Myresepi.. terima kasih kepada tuan punya resepi ye

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7.Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9.Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10.Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11.Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Monday, April 18, 2011

order

Kali ni akak dapat order dari kakak angkat iaitu kak Pauziah atau kak Zie.. dia order 2 set apam dot2 katanya nk hadiah kat kawan nak buat hantaran.. lepas tu kak Zie order cheese tart 1 set nak buat makan2..




Brownis cheese

Dah lama tak menghapdate blog.. kali nie akak upload gambar brownis cheese yg akak buat untuk makan-makan.. gambar dah pandai edit sendiri guna teknik yg cik mat gebu ajarkan..terimasih Cik Mat sebab bagi petua cam ner nak edit gambar bagi org buta IT mcm akak nie..he..he layannnnnnnnn



Brownis Cheese saiz 10 inc X 10 inc

Wednesday, March 30, 2011

Brownis & Strawberry cupcake

Dapat order dari kawan lama merangkap kakak angkat yang terpisah hampir 10 tahun.. gara-gara FB kami bertemu semula... Kak Fauziah minta siap kan 2 set cupcake semperna harilahir anaknya Alya yg ke 8 tahun...katanya nk bawa ke sekolah nak bagi kawan2. Akak buatkanlah 1 set warna pink..untuk perempuan dan 1 set warna biru untuk lelakilah... alih2 kak Fauziah cakap xjadi bawa kesekolah sebab 2 set tu dah mereka habis kan anak beranak.. kak Fauziah kata sedap ..oh ye ke ..terima kasih kak.. macam tak percayalah pulak sebab dua2 resepi tu baru je akak cuba . Resepi Pertama strawbery cup cake dan Brownis choc cup kek.. dua-dua amabil dari buku Lynn Hassan...


Set pertama warna biru.. brownis cupcake


Close up




Close up

Monday, March 21, 2011

Donat lagi

Ahad minggu nie terajinlah pulak... bangun pagi buat donat untuk anak2 sebab permintaan mereka ada sebelah malamnya.. ada berbagai versi.. Qistina tak nak ada cokelat nak yg bergula sahaja, atie angah dan kakak nak yg bercokelat dan filing blueberry kat dalam. sempat pulak akak bakar cupcake..gula balance buttercream.. nak elak pembaziran .....Layannnnnnn


Donat Untuk Qistina... donat biasa



Donat yang amat hodoh rupanya ..tapi yummy bila masuk mulut


Balance buttercream yang dijadikan cupcake..he...he

Kek Ultraman

Panggilan dari Liza bertanyakan samaada akak boleh buat kek atau tak.. mcm mana nk jawab tu..klu tak boleh masakan awak boleh dpt no akak kan..he..he.. Liza kata nk ambil ahad mlm, lepas tu kata nk letak gambar Ultraman..tak kisahlah janji Atoman...akak kata boleh..lepas tu errr.. edible image kena order.. alamak.. Edibleprint bercutilah pulak..pass tu klu order mesti x sempat nak pos...lepas tu Liza SMS lagi kata nak ambil kek kul 7 pagi hari Ahad, nasib baik dapat contact tokeh cupcake comel rupa2nya dia buat edible image nie..makanya hari sabtu tu dapat le jumpa Zuhaida dirumahnya sambil berjual beli dgn dia.. dia jual edible image..akak jual Jalapeno Cheese..he..he...Layannnnnnnn



Pukul 7 pagi adik Liza dah datang umah ambil kek... walau bloc kami bertentangan sampai hari ini akak tak kenal orangnya..he..he

Apam Dot-Dot order by Emilia

Jumaat 18hb sebelum tutup laptop, tiba2 chat kat Fb muncul..he..he Emilia kawan lama tiba2 minta buatkan cream puff... nak pickup hari sabtu... alahai..bukan sengaja menolak nk buat untuk dia..masa dah suntuk..bahan kat umah ada yang tak cukup..kesian pulak ini adalah permintaan yg kedua, tapi semua last minutes... perasaan kesian tu datang, sebab katanya sabtu ada family gathering kat umah MIL... lepas tu akak cadangkan apam dot2 nie..dia kata sedap ke.. akak kata cubalah dulu..bukan apa penyedian untuk apam dot2 nie boleh dikatakan senang cuma filing tu yg mesti sentiasa ada stock kat rumah..Petang tu Emi dtg umah, walau pun satu taman tapi still tersesat..ha..ha... Emi kata next week nk juga cream puff tu...he..he belum rasa dah kata sedap.. masa pas apam dot2 nie akak ada bagi emi rasa sikit moist choc cake yg akak buat untuk makan2...



Tak sampai 5 minit lepas ambil apam nie dapat sms dari Emi "Sedapnya kak!! dua2 sedap! cream puff nak 100lah kak ye... he..he kembang sekejap

Friday, March 18, 2011

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE

Rabu yang lalu akak bercuti sebab pengasuh akak awal2 lagi minta cuti nak hantar anak balik Mesir. Akak pun kebetulan memang plan nak bercuti pun sebab sekarang nie kat opis tak dek kerja yg banyak sangat pun. Tiba2 tekak rasa nak makan sesuatu..jadi belek punya belek jumpalah resepi yang pernah diberi oleh Puan Mardiah dari jasmeen homedelight. Sebenarnya ini buat kali yg ketiga.. kali pertama masa buat birthday angah yang ke 10. kali kedua buat tapi tak menjadi sebab tak ikut betul2 apa yang diarahkan dalam resepi..tulah memandai sangat .. kat resepi kata masak kaedah water bath iaitu letak air panas kat loyang..tapi akak letak air sejuk..manalah kek tu tak bantat..he..he.. Ok layan ye....



Kek retak sedikit..lain kali kalau buat slowkan api lagi agaknya



Kek togel jek sebab untuk mkn sendiri..klu deco bagai kang ada yang tak makan pulak

Jamuan di Surau As-Sakinah

Sabtu 12 bawa sedikit juadah ke surau As-Sakinah depan rumah . Hubby kata sedekalah sikit makanan malam ada ceramah.. oklah akak ikut aje...


Hubby suruh masak agar-agar nie .. akak fikir tukarlah asyik agar2 sirap jek..maka jadilah agar2 color2 cam nie ..

Apam dot-dot lagi.. pada mula hubby suruh buat kuih lapis ..entah kenapa kuih lapis ku sedikit lembik..seganlah pulak nk masukkan N3 kat sini..

Friday, March 11, 2011

Vanilla Cup Cake

Budget cupcake ini order mengejut dari ustazah Nawal , nak buat door gift semperna majlis doa selamat naik rumah baru esok. Bersengkang mata akak menyiapkan cupcake ini..almaklum order last menet... mula akak tak nak buat tapi bila mengenangkan Ustazah Nawal nie bekas jiran seblok dan setangga pulak tak sampi hati nak tolak..lagi pun sewaktu majlis tu esok akak tak dapat nak datang ..sebab clash dgn jemputan kawin..harap Ustazah puas hati ye.. sebab akak buat apa yang ada kat rumah jek mlm tadi nak keluar ke kedai dah tak sempat sebab call lambat sgt.. akak ni bukan sepenuh masa baking jadi tak simpan stock banyak...




Ustazah minta 50 pcs cupcake simple

Thursday, March 10, 2011

Cupcake untuk Qistina

10 March 2011... ulang tahun Qistina yang ke-5.. dah besar anak mama yang no 4 ini.. awal-awal lagi cakap nak buat kek kesekolah nak ada muka kat atas kek.. alahai..pandainya buat permintaan... layan...





sebahagian dari 24 pcs cup cake yang dibawa kesekolah

Monday, March 7, 2011

Jalapeno Cheese lagi..


walaupun rupa yang ku persembahkan ini buruk..tapi rasanya sangat sedap..hingga menjilat jari