Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Wednesday, January 5, 2011

My 1st weeding cake

First time buat kek 2 tingkat, itu pun khas buat sepupu yang berkahwin baru2 ini... sebelum ini tak pernah mencuba..ingatkan senang nak pacak tiang tu..rupanya perlukan ketelitian dan kesabaran.. Kek bahagian atas adalah kek sponge filling strawberry dan yang belah bawah adalah brownis chockelat. Hajat awal nak buat 3 tingkat iaitu atas kek sponge tengah cupcake dan bawah brownis chockelat .. tapi masa try letak kek kek tersebut tiang macam nk tumbang..jadi letak jeklah cupcake tu disekeliling cake... Pada mulanya nk cut & paste Jasmeen punya Idea siap call minta izin lagi.. alih2 ini ajelah jadinya..ha..ha..Lihatlah hasil yang tak seberapanya ini..



Tuesday, January 4, 2011

Kenduri Kawin 26.12.2010

Salam sejahtera kepada yg sudi menatap blog mengong akak nie..he..he... kemalasan yg terlampau untuk mengupdate blog ku... kira ini penutup acara tahunan keluarga kamilah...pada 26/12/2010 sepupu akak di kampung buat kenduri kawin.. emm layan le gambarnya ye...untuk kenduri kali ini akak sponser kek 2 tingkat je.. pertama kali buatlah katakn..ada sikit kekurang.. untuk N3 yg ini layan gambar2 sekitar kendurilah ye..untuk kek nanti akak masukan dlam N3 yang lain. Lupa pulak nak cerita nama pasangan pengantin ini adalah Raihana (sepupu) dan Daud. Raihana adalah anak kepada mak cik akak dikampung.


<




Monday, December 13, 2010

Choc Marble Cheese




Dapat order mengejut untuk hari sabtu lepas... Maka terhasillah Choc Marbrl Cheese kukus ini.. Idea ini datang bila tengok ada baki cheese masa wat tart ari tu... sayang pulak nak let go sebab masih dalam berkeadaan baik. Nak kek yg kecik jek.. sebb nk wat suprise birthday untuk anak kesayangan.. tak payah besar sangat ngam2 untuk keluarga je.. maka terhasil le kek yg bersaiz 7 inci dan berat 1.2kg... semoga anak itu gembira dgn kek comey ini ...

Hantaran Tema Biru

Ini order yang kedua kek sebagai hantaran..Kek Di order oleh Fiza anak jiran yang nk bertunang ada 11/12/2010 rasa mcm takut2 jek nak ambik... motivasikan diri sendiri..bila lagi nk promote dan menunjukkan skill... trylah... jadinya masa nak mendeko buka buku Panduan asas mendeko kek dari Zati D'Hati.. alhamdulillah .. tidak mengecewakan.. warna pulak ngam dgn hantaran yang lain sebab masa Fiza order kek tu dia kata cuma nak kek cokelat.. pass tu terpaksalah akak sms mak dia tanya apa warna tema.. dia cuma balas 'Biru".. alamak biru apa lah pulak.. kat rumah cuma ada skyblue je.. hantam ajelah labu... masa hantar kek tu..jengoklah dulang hantaran yang lain..he..he nasib baik sama...

Inilah hasilnya.. terima kasih Zati..kerana membuka minda cam mana nk mendeko... maaflah cut & paste idea.. walau tak 100% but still guna skill yg you ajar dalam buku itu....


Kek Hantaran untuk Piza.. Moist Choc Cake

Friday, December 10, 2010

Blueberry Cheese Tart


Ini juga percubaan kali ketiga cheese tart akak. Memang tidak mengecewakan..he..he.. first buat masa raya rasa ada tapi kulit tart kurang menjadi..terkeras sikit.. kali kedua ok sikit.. tapi tergelap sikit masa masak kulitnya..ha..ha.. kali yang ketiga aka berhati2 set oven 10 minit jek.. jadi tidak le terlajak bakar.. alhamdulillah cantik dan lembut kulitnya ... terima kasih kepada yang mengirimkan resepi ini. resepi ini akak salin dari www.resepi.net. Cara2 dan bahan2 adalah seperti dibawah.. cubalah memang tidak mengecewakan..tapi nk selalu practiclah... bukan sekali buat terus menjadi

Sweet Pastri

250gm mentega
60gm gula icing
1 biji kuning telur
420gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung(guna susu baby) he..he
1 sudu teh esen vanilla


Filling

250gm cream cheese
50gm mentega
60gm gula kastor
2 sudu besar tepung jagung (optional)
1 biji telur
3 sudu besar whipping cream (akak guna susu cair je)
Sedikit blueberry filling (mashed) secukupnya

Cara-cara membuat pastri:-

1. Pukul mentega dan gula icing sehingga rata. Tidak perlu pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga telur sebati dengan adunan mentega tadi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan susu tepung sekiranya susu tepung digunakan. Uli menggunakan tangan dengan perlahan.
4. Simpan adunan pastri ini ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam untuk merehatkan adunan pastri dan proses ini akan dapat mengelakkan pastri mengecut bila dibakar.
5. Setelah 1 jam, kuarkan adunan dan canai mengikut ketebalan yang diingini. Masukkan ke dalam acuan mini tart dan cucuk dengan garpu.
6. Bakar dengan kepanasan 160 ºc sehingga kekuningan (separuh masak)



Cara-cara membuat Filling Keju:-

1. Pukul cream cheese, mentega dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan whipping cream. Pukul sebentar sehingga adunan telur dan whipping cream sebati.



Cara-cara membuat blueberry cheese tart:-

1. Masukkan blueberry filling ke dalam kulit pastri yang telah dibakar dan diikuti dengan adunan cheese.
2. Lorekkan sedikit blueberry filling di atas adunan cheese.
3. Bakar pada suhu 180ºc selama 10 - 15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Wednesday, December 8, 2010

Cream Puff


Cream Puff ini special order dari mak sedara yang duduk di Bandar Baru Rinching.. Permintaan tak mau besar.. agak2 boleh muat satu mulut, jadi tak muak nak makan. sebenarnya ini percubaan kali ketiga akak buat cream puff. Betulah kata orang kalau yang pertama dan yang kedua gagal..yang ketiga pasti berjaya..he..he..
Sedap katanya..terima kasih..kepada yang mencuba cream puff akak ye..
Resepi kali ini juga akak dapat dari sumber Myresepi..nama tuan punya resepi ini adalah Yani.. terima kasih Yani kerana berkongsi resepi. Minta tumpang kongsi resepi disini ye... resepi yang diberi adalah untuk 10 biji cream puff.. klu nk buat banyak pandailah mengolahkan resepi ini ye..

Bahan-bahan ( 10 biji )
· 100ml air
· 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
· 60g tepung gandum- diayak
· 2 biji telur(100g)

CARA-CARA
1 )Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2 )Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3 )Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5 )Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6)Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7)Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8)Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9)Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Cara Cara Kastard Krim

Resepinya diambil dari blog teratakibu.. tumpang kongsi ye...
Cream Kastard
3 biji telur
115 gm gula - lebikan jadi 150gm
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)akak gantikan dgn susu segar jadi air tak digunakan.
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis – tak letak
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Tart Nenas Versi Bunga


He..he.. raya tidak apa tidak tiba-tiba terasa nk makan tartlah pulak.. tapi kali nie versi bunga2.. terima kasih kepada Myresepi kerana mengadakan halaman bertukar-resepi.. Dalam hati .. plan for business next year hari raya..ha..ha.. layan le tart bunga 2 akak nie ye.. rasa memang tidak mengecewakan

Silalah mencuba resepi ini:- resepi adalah ehsan dari MYresepi.. terima kasih kepada yang empunya resepi.. minta tumpang cut& paste resepi anda ye... kita nak tumpang share kat sini...
Bahan-bahan ( 70-80 keping )
250 g mentega (akak guna butterlite )
2 sb minyak sapi ( ini akak tambah sendiri sebab ada balance)
1 sb susu manis (akak tak letak pun)
1 biji kuning telur
10 sb tepung jagung/kastard - (akak guna 2 sudu besar tepung jagung)
1 sk esen vanilla (opt)
350 g tepung gandum - (akak jadikan 400g)
inti nanas secukupnya
paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
1) Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
2)Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
3)Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
4)Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum.Isi inti nanas dan hias.
5)Bakar pd suhu 165C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2

Monday, November 29, 2010

Brownis Hantaran

Cerita pasal brownis hantaran nie sangat trill..he..he kenapa sangat trill..macam nie. Malam masa buat brownis sewaktu tunggu kek sejuk dan standby nak menganace tiba2 brownis nie kena cekau dgn baby Zahrin.. aduhai.. kna potong 1'inci..dah le kek besar 10 X 10 jek..tinggallah 9X10..kesian...kejadian yang kedua pulak kek ini tiba-tiba terlepas dari pegangan semasa akak duduk kat belakang motor En suami..almaklumlah akak pergi kerja naik motorkan.. kek tergolek kat LDP..bayangkan selepas tol sunway tu punyalah banyak kereta...akak boleh turun terkedek2 kejar kek. tapi yg ajaibnya kek itu jatuh terletak jek kat jalan raya... ha..ha ..klu adalah orang snap photo masa tu..tak taulah muka akak nie cam mana..keh..keh.. masa kejadian sedih ada , malu ada bengang pun ada.. tapi waktu saat posting ini ditulis rasa kelakarlah pulak...Ha..ha


Gambar sebelum kejadian



Ini gambar selepas kejadian.

N3 Yang Tertangguh - Cupcake


Cupcake nie akak buat khas atas permintaan anak akak yang no2. Minta buat kan 31 biji cupcake untuk jamuan akhir tahun masa hari akhir persekolahan hari tu. Yang perempuan buat warna pink dan untuk lelaki buat warna biru..malangnya warna biru kehabisan stok..he..he taruk le warna purple..

Tuesday, November 23, 2010

Nak Berguru Dengan Lynn Hassan le pulak

Sejak mengenali dunia baking membaking dam menerjah setiap blog yang dah pro dalam bidang ini makin seronoklah pulak rasanya.Walaupun dia orang tak kenal akak tapi akak kenal mereka, almaklumlah hampir setiap hari menerjah blog dia orang kalah Artis , maka yang sebeginilah yg kita boleh jadikan idola atau ikon.. bukan penyanyi yg tengah top sekarang.
Oklah nie sebenarnya nak cerita pasal teringin nk berguru dgn Lynn Hassan dalam menghasilkan cup cakenya.. bukan yg lelain tu tak best..tapi sejak terjah blog Lynn jatuh cintalah pulak. Tapi oleh kerana, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan masa terbantutlah harapan dan impian itu.. maka tarahhhhhhhh!!! masa terjah blog dan FB Lynn dapat tau Lynn dah menghasilkan buku cupcake apa lagi terus call tanya stock buku masih ada ke tak.. rupa2nya buku ni belum ada dipasaran..he..he masih panas lagi rupanya..ha..ha.. terus email Lynn suruh hantar buku tu.. tak sampai 2 hari buku dah sampai..terima kasih Lynn... nie le bukunya.. sapa2 minat nak beli hubungi lynn direct lagi senang buku sampai kat rumah anda tanpa bersusah payah mencari kat kedai yg kekadang susah nk parking..Layannnnnnnnnnn




Friday, November 12, 2010

Pop Cake

Baru malam tadi dapat melaksanakan resepi yang dah lama ada dalam simpanan. Kebetulan Kek Span masih ada balence dan cream cheese masih ada sebuku lagi.. apa lagi projek le... gentel siap2 lebihan kek itu dan simpan dalam peti ais.. bila baby dah tido sesi meletak cokleat dapat dilaksanakan... Cokelat masakan kehabisan stock kat kedai yg selalu akak dptkan bahan2 tu, bantai aje beli chockelat chip untuk dicairkan. Kat umah ada sikit sangat cokelat. Hasil menganace menggunakan chockelat chip sangat cantik, tapi masa tu akak cairkan cokelat tu sikit sangat, jadinya cairkan sedikit lagi mengunakan cokelat masakan yg ada balence sikit2 tu..tapi hasilnya kurang cantik.. lain kali akak akan guna chockelat chip sahaja untuk menyalut pop cake akak itu. Tak Cantik maksud akak itu adalah cokelatnya kasar tidak halaus seperti mengunakan chockelat chip ... apa2 layan ajelah..gambar yg kurang memuaskan ini

Monday, November 8, 2010

Buku



Sebelum cuti Deepavali baru - baru nie akak menerima bungkusan nun jauh dari Pekan Pahang..he..he saja nak wat gempak.. sebenarnya 2 hari sebelum tu telah menghubungi Zati D'hati untuk memesan buku Panduan Asas Menghias Kek.. betapa gumbiranya dapat buku tu.. malas nk cari kat kedai..rasa lebih jimat kalau order..almaklum kalau mencari buku kat kedai bukan buku jek yg dapat macam2 ada nanti..terlebih sudah!!
Bak kata Zati, hobi menghias kek nie kena banyak belanja dari sekecil2 pekakas hingga la sebesar2 pekakas kena beli..tapi kita jgn beli banyak terus.. satu-satu dik mengumpul barang sebab barang untuk membuat kek nie boleh dipakai sampai bila2 selagi tak bocor atai berkarat. Barang2 yang dimaksudkan adal pekakas seperti nozel, acuan dan lain2 lagi..bukan bahan basah atau bahan buat kek ye..jgn salah faham.
Buat masa nie akak tengah mengumpul nozel dan loyang untuk membakar kek. Oleh kerana oven yang ada masih kecil saiznya maka akak hanya terhad memilih loyang atau acuan yang bersaiz 12" kebawah sahaja... dala hati bilakah nk dapat oven idaman... tak per ..pelan-pelan lah.

Berbalik kepada buku ini, isi kandungan lengkap dgn cara2 ,menghias kek untuk yang baru mengenali dunia menghias kek macam akak nie.. banyak ilmu didapati.. kalau dikelas masakan kita diajar menghasilkan kek, dalam buku ini lebih kepada mengajar cara menghias kek. Bagi akak ianya sangat memenafaatkan, selain kos yg murah dan bila2 masa aje kita boleh buka buku ini..he..he.. nak kuar duit nak masuk kelas sangat-sangat lah payahnya kecuali tersangatlah nak pergi ambil kelas..he..he.. Budjet oh budjet selalu lari....Buku ini siap ditandatangan dengan kata2 semangat.. nie yg tak sabar nk balik mendeko nie..keh..keh

Wednesday, November 3, 2010

Order dari Staff Kamdar


Ini order kali yang kedua dari staff kamdar. Sebenarnya ada 2 biji kek yang dia orang order, tapi tak tau kenapa, camera yg salah atau akak yg memang tak reti nak guna gambar jadi gelap semacam..haru biru betullah..ha.ha jadinya dapat gambar yg kelam jek lah ye..
Anak jiran akak ada kerja kat Kamdar IOI puchong. Satu ari katanya dia orang ramai2 kumpul duit nak beli kek.Tapi hasil kutipan kurang memberangsangkan. Jadi budget nk beli kek kat kedai tak cukup.Anak jiran yang bernama Suria tu pun tanyalah boleh tak buatkan Bday kek . Akak tanya berapa budjet .. so dia beritahulah budget sekian2 ..oklah akak ambik aje.. kita jgn berkira sangat dgn orang kan.. so dgn budjet yg kecik dapatlah akak menghasilkan kek untuk dia orang meraikan hari jadi teman tersebut. Alhamdulillah dapat komen yg memberangsangkan. Dan Untuk order yang kedua nie satu akak buat brownis Cheese , malang gambar tak dek,, dan satu Moist Chocolate Cake order dari staff Kamdar untuk anak lelakinya..

Lebur, lebur,lebur / Blog yang selalu di Skodeng


Bagi orang yang berduit dan dah business kek besar-besaran pasti tak terasa apa un bila mengeluarkan RM 82.00 hanya untuk benda ini.. Tengahari tadi berkesempatan jalan-jalan kat sek.14 PJ dan akak singgah le sebentar kat ICCA.. mcm tak nk keluar sebab syok sangat dan asyik sangat tengok bahan2 , barang2 dan segala tools untuk kek decoration.. First tempat yg akak pergi adalah tempat nozel.. aduhai.. banyak lah pulak semua jenis dan semua stock ada.. ish mana satu nak ambik ni.. nasib baik ada bawak senarai yang ada dalam simpanan akak..he..he.. pilih punya pilih.. hah ambik ko 8 jenis nozel kena bayar RM 82. He..he mcm ketarlah juga nk kuar duit tukan ..tapi itu ada keperluan untuk hobi akak ni kan.. klu beli satu nanti tak berbaloilah pulak..entah bilalah ulak nk datang lagi.. bukan nk kondem BWY..tapi kat sini lebih banyak nozelnya .. puas hati sangat nozel yang selama ini akak cari dah dapat...

Dalam asyik membelek nozel tu dapat juga akak ambil warna merah nie.. Dah lama nak cari warna merah yang merah menyala... akak nak try apakah hasilnya nanti...


Ini antara blog-blog yang akak selalu skodeng dalam menuntut ilmu mendeco kek dan membuat kek disamping mengjengok tips-tips yang berguna serta resepi2 yang mudah dan enak. Kepada tuan blog maaf lah ye sebab selalu ciplak resepi dan idea -idea anda semua... terima kasih banyak-banyak ye...

Monday, November 1, 2010

Order dan Cerita duit aku


Alhamdulillah Jumaat lepas ada kawan lama yg order Brownis cheese akak.. pass tu ari sabut ada order dari staff Kamdar Puchong. akak buatkan untuk dia orang moist chocolate cake dan cheese brownis ..malang nya kek untuk Staff Kamdar tu tak dapat nak tunjuk kat sini sebab camera tu tiba2 gelapjek gambarnya bila snap photo.. ke akak yg tak pandai guna ..ha..ha so layan jeklah Bronis cheese yg di tempah oleh Yanie untuk makan2 katanya.

Dan Almdulillah syukur kepada Ilahi akak dah dapat balik duit akak seperti yg akak ceritakan hari tu, tak sampai pun 14 hari duit tu dah dimasukakn semula... Mungkin ada Hikmah yang tersembunyi ...