Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Thursday, May 30, 2013

Brownis Lapis Cheese versi kukus


Bahan- bahan untuk Lapisan choc brownis
200 gm butter atau magerin
200 gm dark choclate
170 grm tepung gandum
30 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur
Cara- cara
Cairkan butter bersama choclate guna kaedah double boil ketepikan
pukul telur bersama gula hingga kembang dan sebati, jangan lama sangat, masukan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko ( saya tambah satu sudu teh soda bikarbonet) Kacau guna senduk atau spatula sahaja
Masukan adunan choc & mentega tadi,,gaul sebati
Bahagi 2.. Tuang separuh aduanan tadi kedalam loyang. kukus selama 15 minit..tutup permukaan adunan dgn aluminium foil untuk mengelak air dari masuk kedalam loyang. Sementara tunggu brownis masak kita buat adunan cheese.

Bahan-bahan
250 gm cream cheese ( tantura atau Phildelphia )
250gm cream cheese (kalau kat malaysia cari brand philadelphia.. selalu jual kat supermarket bahagian cheese/marjerin/susu)
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A
Masukkan semua bahan2 kecuali telur ke dalam mixing bowl...Pukul sehingga adunan kembang.  Kemudian masukkan telur. pukul sekejap je untuk bagi dia rata. Tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi... Kukus selama 20 minit....Lepas lapisan cheese dah masak, tuangkan pula baki adunan brownies tadi...ukus lagi selama 2o minit.. tutup juga dengan alumnium foil untuk mengelakkan air jatuh ke atas permukaan nya... Bila dah masak... sejukkan brownies pada suhu bilik...

Bahan-Bahan Chocolate Ganace

bahan2 yang diperlukan :
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin
Masak dengan kaedah double boil...atau boleh lawati:-

1 comment:

  1. salam perkenalan kak as... wahhh Alhamdulillah nampak sgt sedap cake yg kak as buat nie :)

    ReplyDelete