Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, February 28, 2011

Alhamdulillah.. Ayeen Dah Sihat

Alhamdulillah , syukur kepada yang esa hampir 2 bulan Ayeen batuk , selsema naik risau sebab tak baik-baik.. klu stakat batuk biasa tak per,ini sampai ada bunyi semput..risau sesangat.. sebab sepupu dia pun sama sampai masuk hospital..tu yang akak malas nak ke hospital.. akak cuma dapatkan rawatan di Klinik bisa tapi bukan klinik kerajaanlah.. 3 kali tukar klinik dan jumpa dgn penawarnya iaitu jiran atas rumah yg tolong tawarkan air dan limau..alhmdulillah sihat dah dia nampaknya..bila dah sihat cam nie le gelagatnya


Dah pandai nk joget dan menyanyi...


Cam nie le rupa budak yang dah sihat habis semua benda nak digigitnya...tali seluar mama pun digigitnya..

Sambal Itam Lagi

Kali ini ada order lagi untuk sambal hitam nie... baru jek ambil belimbing dari kampung dah habislah pulak kena balik kg lagilah.. ini stock last..lepas nie baru buka order..


Siap packing.. jangan marah dah ada stiker


Ini prosess mengoreng sambal... aduhai dekat 2 jam juga baru masak..

Monday, February 21, 2011

Sambal Belimbing Hitam

Inilah satu2nya product dari akak yg resepinya turun temurun. Kalau orang Pahang rata-rata tau sambal belimbing ini apa. Oleh kerana nk mendapatkan bahan untuk buat sambal ini sangat susah terutama untuk mendapatkan belimbing rebus yg warna hitam itu , maka product yg ini hanya dapat dibuat dalam quantity yang terhad sahaja. Kekadang kesian dgn kawan2 yang selalu tanya..asyik hampa jek.. dan bahan ikan bilis yg teramat mahal menyebabkan akak kekadang tak sampai hati nk charge customer. Walaubagaimana pun akak akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan pelanggan. Buat masa ini tiada membuat penghantaran..maka kalau sesiapa yang berminta boleh le datang ambil di pejabat atau kat umah ..Akak hanya akan mebuat sebaerapa banyak sambal ini jika bahan banyak dalam stock..jika tidak akak akan menjual secara sembunyi2 aje... amboi bunyi macam menjual bahan terlaranglah pulak ye..he..he



Sedia untuk dijual.. ini adalah last stock...sold out

Moist Choc Cake For 14th Anniversary

He..he mengada-ngada pulak ye akak nie.. tak puas hati nk buat juga kek special untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 14 nie..jadinya Sabtu lepas gatal tangan le mengadun cokelat kek kukus .. dah lama rasanya tak buat cokelat cake.. akak nie suka mederhaka pada resepi asal.. kek nie mulanya dikukus lepas tu akak bakar sekejap.. maka hilang le moistnya..lepas nie x buat lagi..he..he...meh layan



Topping yang kelupaan nk taruk butter nampak tak berkilat

Thursday, February 17, 2011

Kek Santan

Tiba - tiba terasa nak makan kek santan macam yang mak selalu buat, maka pada cuti Maulidul Rasul yang lalu akak menggoglelah resepi tersebut dan ini adalah salah satu resepi yang akak jumpa..namun hasilnya tak sama macam mak buat, walaubagaimana pun sedap juga rasanya cuma kurang lembut.. mungkin sebab pepandai mengubah resepi.. sepatutnya baking powder masuk last sekali tapi akak ayak dgn tepung.. lain kali try ikut resepilah pulak... Dalam pada tengah membakar kek tersebut baru teringat 15hb Feb tu adalah anniversary yang ke 14..he..he macam mana boleh lupa..so meh le layan resepi dan gambor kek yang akak try deco guna ros.. he..he kureng menjadi mesti buat banyak latihan lagi..Kek tu agak comot sikit sebab ada mula nk letak ros ditengah.. nampak serabut pulak..kemudian dialih ketepi..he..he tulah hasilnya..




Lihatlah permukaan kek yang comot

Meh layan resepinya:
Bahan-bahan ( 15 orang makan )
4 biji telor gred A (kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
360g gula pasir
1biji kelapa = jadikan 400 ml santan
8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
400g tpg gandum = diayak
4 sudu teh baking powder
Cara-cara 1.pukul gula dan telor hingga kembang 2.masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati 3.masukkan tpg dan kacau hingga sebati 4.akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata 5.griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek, bakar 180 C dan bakar 45 minit.

Monday, February 14, 2011

Happy Birthday Cik Bulan

Ahad yang lalu menyiapkan order dari kawan FB untuk ulangtahunnya yang ke 21.. sebiji sponge cake seberat 2.7kg hasil dari resepi yang diberi oleh cikgi Elliez De Heart..memang berbaloi.. selama ni buat kek sponge guna yg segera sahaja.. try bermacam resepi tak menjadi.. Tak sia -sia masuk kelas cikgu Elliez... dapat hasil kek sponge yang sedap..disamping itu menyiapkan juga 1 set mini cheese tart dan 2 set apam dot-dot..Layan ajelah ye ...



Ready to deco..



Dari 3 biji kek sponge 9X9 inci terhasillah kek seberat 2.7kg with strawbwrry filing




1 set chesse tart and 2 set apam dot-dot

Monday, February 7, 2011

Pagoh- JB- Melaka - KUL

He..he mcm booking flight pulak tajuk N3 nie.. Cuti2 CNY yang lepas singgah kat pagoh kejap..pekan pagoh dinaiki air.. kat rumah dah kering..pekan pulak penuh air.. lepas marghrib kami terus gerak ke JB . Singgah untuk beberapa malam disana..anak2 sukalah sebab berkesempatan berjumpa sepupu sepapat..masa kat JB sempat jalan2 kat Pasar Karat kat JLn Seagate..klu tak silap le.. nama jek pasar karat..tapi barang2 semua cantik2.. ada new barand ada 2nd hand.. klu tak fikir kereta penuh dah lama borong ..he..he.. Anak ku Qistina begitu teruja.. setiap gerai yg masuk semua nk dibelinya.. aduhai...
Ahad 06/02..kami gerak balik KL sebab cuti dah habis.. esoknya nk sambung kerja.. singgah kejap kat Taman Botanikal Melaka... Encik suami jumpa kawannya .. aktiviti Encik suami mencari kawan2 sekolahnya melalui FB..

Keadaan Jlan ke Pekan Pagoh (sumber FB kawan Encik Suami)



Jalan-jalan di pasar Karat .. teruja tengok kasut kecik beli untuk Ayeen


Mana kasut nie ayeen.. kata mama ada beli kasut baru..



Encik Suami bertemu kawan sekolah yang berniaga di Taman Botanikal...


Qistina yang suka melawa.. habis kedai Uncle Zailani dijelajahnya dan berkenan dengan topi.. aduhai.. sib baik sorang jek yg mcm nie




Kat Buggy Station .. anak2 berangan nak pusing2.. he..he masa tak cukup nak..lain kali ye..

Masuk Kelas Vearity Cheese






Wah Syoknya cuti..keh..keh.. akak start cuti 1/2/2011 hingga 06/02/2011.. apa lagi ambil le kesempatan itu untuk masuk kelas Elliez Deheart, Mula mcm tak jadi sebab boss belum declare cuti bila.. dengar aje cuti CNY start pada 1/2 2011.. yahoo apa lagi terus le bayar kat Elliez.. peluang keemasan sangat sebab masa tu klu keluar pun anak2 ingat akak pergi kerja..ha..ha siap pakat dgn pengasuh lagi.. masa akak pergi akak nekad jek ambik teksi..tak kisah le berapa pun tambang..sebab dah lama tanam impian nak masuk kelas Elliez.. walaupun sebahagian dari resepi tu akak pernah buat, tapi sebab nk tengok skill tu yg akak masuk.. kelas dihadiri oleh 7 peserta.. lihat le hasil dari kami..he..he.. resepi yg sangat sedap.. kalau tak buat berniaga pun buat untuk open house pun okey.. lain dari yg lain sikit..he..he.. waktu balik akak tumpang salah seorang peserta kelas iaitu Cik Lia kita yg sangat baik hati sebab tumpangkan akak ke Station Komuter UKM... itulah pertama kali naik komuter... hingga kemek semua cheese cake akak..ha..ha.. tu semua pengalaman

Toffe Caramel Cheese Cake Buat Encik Suami





Selamat Ulang tahun yang ker.. tut.. he..he N3 yang tertunda.... punyalah malas nk update blog..cammanalah orang nak datang tengok... he..he.. Pada 1hb Feb yang lalu adalah hari lahir Encik Suami akak.. Masa tu kat rumah tak ada apa2 aktiviti..sebab masa tu hujan tutun dari pagi hingga kepetang sambung kemalam.. teringatlah pulak harijadi encik suami..so pakat dengan anak buat le sebiji kek .sambut in advance untuk dia..pikir - punya fikir nk buat kek apa..tengok stock kat aisbox..cheese ada, whipping cream ada, kekacang ada..cantik.. boleh ku "expirement" resepi baru yang dah lama ku belek gambarnya dari blog kelas masakan Lynn.. google punya google jumpalah resepi ini.. akhirnya percubaan ku berjalan dengan jayanya..ha..ha happy sesangat... meh kita kongsi resepi disini.. terima kasih kepada empunya blog Dunia Cermin yg tak lokek berkongsi resepi..Minta halal resepi ye.. sedap sesangat kami anak beranak sahaja yg menghabiskan kek itu.. selalunya dapat juga jiran sebelah merasa kek yg dibuat tapi kali ini licin... si kecil Ayeen pun suka sangat makan kek itu...

Toffee Caramel Cheese Cake
Bahan base:

150 gm biskut marie

130 gm butter cair


Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

**saya hanya gunakan potongan sponge kek sebagai base


Tofee

Bahan:


40 gm almond nib

60 gm gula kastor


Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.


Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais


Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan


100 gm walnut (imported) di tos dan cincang


Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

Tuesday, January 25, 2011

Kek Red Velvet



Sound macam gempak kalau akak ckp dgn jiran dan kawan2 terdekat..siap gelak-gelak dia orang bila akak cakap nama kek yg akak jamu dia orang minggu lepas.. payah nak sebut..he..he.. akak kata sebut jek kek merah baldu..pepandai jek ubah nama ...Dekat FB and blog member baking ramai memperkatakn red velvet nie..teruja juga nk mencuba..makanya masa ari jadi Bujang akak ari tu.. ala tak besar mana majlis tu.. panggil jiran 2-3 org jek..almaklumlah budjet ujung bulan..ha..ha akak buat le Red Velvet tu. memula godak buku resepi cupcake Lynn Hassan, pas tu buka koleksi resepi yg akak ada..sama jek resepinya... Dalam resepi tu tulis satu adunan tu boleh menghasil kan 3 loyang saiz 9 "..memandang kan akak cuma ada 1 jek loyang 9" maka akak masakkan dalam loyang 10 X 10 X 1 inci... akak buat 2 aduan sebab loyang 10 X 10 tu akak ada 2..he..he... maka inilah hasilnya... kalau ada nk mencuba boleh le ambil resepi ini.. oh ye..lupa pulak dalam kebanyakan resepi Red velvet toppingnya cream cheesekan.. oleh kerana stock cream cheese akak ada 250 grm aje..ngam-ngam untuk buat lapisan kek.. makanya untuk cover seluruh kek itu akak guna resepi Butter roux..ssuatu yang baru bagi akak.. hasilnya tidak mengeciwakan...he..he.. meh layan resepinya:

Bahan A
250g tepung kek ( tepung gandum biasa pun boleh)
1tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp serbuk koko
Ayak semua ini

Bahan B
240ml buttermilk. Kalau tak jumpa kat kedai buat sendiri
(240ml susu cair + 1tsp cuka dibiarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah campur kedalam buttermilk

Bahan C
113g butter
300g gula castor- kalau manis sgt kurangkan kepada 250g ke 280g
2 biji telur gred A
1 tsp vanilla

Bahan D
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Cara-cara
Pukul Butter selama 2 minit, masukkan gula castor dan pukul lagi 3 minit. Masukan telur sebiji sebiji.Masukan esen vanilla. Masukkan A- tepung dan buttermilk berselang seli.Dalam bekas kecil curahkan cuka keatas baking soda. Habis sahaja buih terus curaj kedalam adunan batter. Masukan kedalam 3 biji loyang 9" inci dan bakar pada suhu 175 darjah selama 30 minit.

Resepi Butter Roux
3 tbsp tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanilla

Cara-cara
Masukan tepung kedalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambah dgn baki susu tadi, kacau sebati. Masakkan susu sehingga agak pekat dan sejukkan
Pukul Butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau dan anda akan dapat testur seperti whipping cream.

Monday, January 24, 2011

Ayeen Dah 1 Tahun




19hb Januari yang lalu genaplah bujang ku ini setahun, tapi tak celeberate pun untuk dia..bukannya tau apa pun, kelakuan semakin menjadi2 sekarang.. pinggan magkuk, jangan le simply letak habis dikemasnya.. begitu juga kain baju..kalau drawer tak berkunci jawabnya habis le kain baju dikemasnya... berbeza sungguh dgn kakak2nya.. almaklumlah bujang sorang...

Strawberry Cheese tart

Cheese tart ni dibuat sebab kat peti ais ada baki cheese yg belum habis..jadi dari rugi ke tong sampah lebih baik cepat - cepat buat sesuatu yang sedap dimakan. nak wat cheese cake bahan lain tak dek pulak..jadinya wat strawberry cheese le aje.. tu jek yg ada kat peti ais

Wednesday, January 5, 2011

My 1st weeding cake

First time buat kek 2 tingkat, itu pun khas buat sepupu yang berkahwin baru2 ini... sebelum ini tak pernah mencuba..ingatkan senang nak pacak tiang tu..rupanya perlukan ketelitian dan kesabaran.. Kek bahagian atas adalah kek sponge filling strawberry dan yang belah bawah adalah brownis chockelat. Hajat awal nak buat 3 tingkat iaitu atas kek sponge tengah cupcake dan bawah brownis chockelat .. tapi masa try letak kek kek tersebut tiang macam nk tumbang..jadi letak jeklah cupcake tu disekeliling cake... Pada mulanya nk cut & paste Jasmeen punya Idea siap call minta izin lagi.. alih2 ini ajelah jadinya..ha..ha..Lihatlah hasil yang tak seberapanya ini..



Tuesday, January 4, 2011

Kenduri Kawin 26.12.2010

Salam sejahtera kepada yg sudi menatap blog mengong akak nie..he..he... kemalasan yg terlampau untuk mengupdate blog ku... kira ini penutup acara tahunan keluarga kamilah...pada 26/12/2010 sepupu akak di kampung buat kenduri kawin.. emm layan le gambarnya ye...untuk kenduri kali ini akak sponser kek 2 tingkat je.. pertama kali buatlah katakn..ada sikit kekurang.. untuk N3 yg ini layan gambar2 sekitar kendurilah ye..untuk kek nanti akak masukan dlam N3 yang lain. Lupa pulak nak cerita nama pasangan pengantin ini adalah Raihana (sepupu) dan Daud. Raihana adalah anak kepada mak cik akak dikampung.


<




Monday, December 13, 2010

Choc Marble Cheese




Dapat order mengejut untuk hari sabtu lepas... Maka terhasillah Choc Marbrl Cheese kukus ini.. Idea ini datang bila tengok ada baki cheese masa wat tart ari tu... sayang pulak nak let go sebab masih dalam berkeadaan baik. Nak kek yg kecik jek.. sebb nk wat suprise birthday untuk anak kesayangan.. tak payah besar sangat ngam2 untuk keluarga je.. maka terhasil le kek yg bersaiz 7 inci dan berat 1.2kg... semoga anak itu gembira dgn kek comey ini ...