Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Friday, March 2, 2012

Apam dot-dot -Che Nor



Alhamdulillah rezeki Allah bagi.. Terima kasih tak terhingga buat che nor yang tak jemu order dari akak apam dot-dot nie.. Che Nor order bagi pihak kawan2 sekerja.. Che nor order 2 set..

New Product di aspafuncooking

Baru-baru ini akak ke kelas Chef Asma lagi mempelajari 5 jenis kek. Sebenarnya sebelum ni ada antara kek-kek yang dipelajari tu pernah akak buat. Tapi bila kita dah masuk kelas ni lebih yakin untuk mempromosinya.. Harap2 tiadalah yang salah sangka bila akak pergi berguru. Bukan saja2 nak menghabiskan duit..tapi itu sebagai salah satu pelabuaran dihari tua dgn menambah ilmu he..he .. So meh layan kek-kek akak ye

Orange Cake


Strawberry Cake


Fruits Flan


Blueberry Cake


Black Forest Cake


Lima Jenis Kek yang dipelajari

Ais Kerim



Terjumpa resepi ini di dalam FB klu tak silap nama FB tu Jue Nida..Saja nak try..Jom layan resepi

Bahan2
1 tin susu pekat
2 tin air (sukat guna tin susu)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil essen vanilla

Cara2
Masakkan susu , air dan tepung jagung. Masak hingga mendidih dan tepung jagung betul2 masak.Sejukkan
Apabila dah sejuk masukkan kedalam bekas yang besar. Masukan ovvelate dan putar hingga ringan. Masukan essen vanilla. Bahagukan kepada 2 bahagian.. satu perasa vanila dan satu lagi perasa yang anda pilih sendiri.
Satu bancuhan ini dapat menghasilkan 2 bekas ais kerim
Selamat mencuba

Sepetang di Ampang City






Suatu hari En. Suami ajak jalan2.. bila ditanya tak kata nak kemana2. Ikut jelah.. rupa2nya nak melawat kedai kuda tpt kawan sekampungnya bekerja di Ampang City..Selalu klu balik kampung lalu je kat depan Ampang City tu.. Dah masuk..tapi sunyi sepi je.

Muffin Coklat



Try buat muffin coklat.. harus kekelas juga ni baru boleh jadi..

Hantaran Cupcake






Tak pernah buat cupcake untuk hantaran .. Kerana menyahut cabaran dan nk perbaiki skill..alhamdulillah terhasillah cupcake hantaran ini .. Order dari kawan merangkap Supplier untuk boss akak..he..he.. Wan @VHQ order untuk anak buahnya yang nak kawin..terima kasih Wan

Kek Coklat Birthday Adik Hilman





Order Pembuka tirai 2012.. Dari Jiran seApartment..he..he kek choc moist resepi chef Asma.. Terima kasih En. Zaki

Happy 2nd Birthday Ayeen... 19.01.2012

Alhamdulillah dah 2 tahun anak bujang akak.. tapi tahun nie tak buat pun sambutan mcc selalu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan (he..he budjetlah tu) Apa pun meh layan gambar first cupcake yang disalut dengan fondant. Hasil mcm kurang memuaskan sedikt comot.


Oreo Cheese Cup Cake

Dah lama tekak ni nak makan cheese cake versi cup. Cari resepi kat internet dapat le yang ini.. Fuh ! kejap je licin kat rumah tu

Apam Dot-Dot untuk Joan



Apam dot2 order bay kak Joan..Client boss aku.. tq kak Joan

Wednesday, February 29, 2012

Baker 1 Malaysia Gathering

Happy sangat dapat join BIM ..dapat jumpa otai2 baker , dapat jumpa kawan baker FB yang selama ni cuma berchating dialam maya... jumpa lak dgn chef wan..

Nasib baik ada kawan tu yg sabar menunggu ..





Berkelah Di Lata Kemensah

Betul ke tempat tu nama mcm tu ..Apa-apa ajelah janji anak2 seronok.. Cuti Penggal ke-3 hujung tahun yang lalu en. suami bawa kami sekeluarga mandi manda di lata Kemensah..alal belakang Zoo Negara tu..he..he .. Airnya cetek..kena cari tempat untuk park dan santai2..kami pergi kesatu tempat ini dimana ada pondok, ada meja .. ada charge dikenakan.. klu pondok rm 30, kalau meja dalam rm 20 .. kami tak dpat tu semua..cuma dapat tapak dan bentang tikar tu pun kena bayar rm 10. Tempat ni hanya dibuka pada hari Sabtu , Ahad & cuti umum sahaja.. klu ari lain tak de..he..he .tak payah cerita banyak meh kita layan gambar


Sukanya dia berendam
Atie & Ina yang sentisa minta mandi sungai



Ayeen kena pegang dengan abah klu tidak jauh perginya




Kakak & Angah


Kan dah lapar..berendam lama sangat




Hanya sempat masak nasi putih + telur dadar + kicap .. ada spagethi sikit..dah lapar semua licin


kemas nak balik


Dah kemas2 nak balik si Qistina ni minta nk makan..he..he kenalah marah..tengok le muka dia

Tuesday, February 28, 2012

Apam dot-dot


Ini order dari regular customer akak.. 100 pcs apam dot2 untuk dibawa ke Kelantan.

Biskut Raya

Bila kerajinan melanda dan segala bahan ada..maka berbagai resepi dicuba.. Sebenarnya choc chip ni mmg biskut raya tapi time raya jelah..ha..ha Yang semperit tu sengaja mencuba resepi yang dapat dari internet..dah lupa sumber dari siapa. Selalu buat juga tapi keras..resepi yang ini sedap.

Choc Cip dengan kek buah

Semperit

Wednesday, February 22, 2012

Salam Tahun Baru / Kek Buah Kukus

Salam sejahtera semua.. Rasanya dah dekat 2 purnama tak update blog nie.. bukan tak ada aktiviti tapi disebabkan penyakit malas tu yang tak masuk sini..
Kesibukan dengan persekolahan anak2 dan macam-macam lagi...
kita mulakan dgn aktiviti masa lapang akak ..
Bila tekak terasa nk makan sesuatu cepat- cepat belek resepi.. kali ini tekak nak makan kek buah kukus.. resepi nie akak dapat myresipi.com.my yang dipostkan oleh Diana.


Kek Buah Kukus Diana
Bahan-bahan ( 2 loyang 7 x 7 inci persegi )

600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foilCara-cara

Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Nota dari D : Sewaktu D buat, D kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat Kek Buah makcik saudara Diana cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik. Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek Buah ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.