Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Wednesday, February 29, 2012

Berkelah Di Lata Kemensah

Betul ke tempat tu nama mcm tu ..Apa-apa ajelah janji anak2 seronok.. Cuti Penggal ke-3 hujung tahun yang lalu en. suami bawa kami sekeluarga mandi manda di lata Kemensah..alal belakang Zoo Negara tu..he..he .. Airnya cetek..kena cari tempat untuk park dan santai2..kami pergi kesatu tempat ini dimana ada pondok, ada meja .. ada charge dikenakan.. klu pondok rm 30, kalau meja dalam rm 20 .. kami tak dpat tu semua..cuma dapat tapak dan bentang tikar tu pun kena bayar rm 10. Tempat ni hanya dibuka pada hari Sabtu , Ahad & cuti umum sahaja.. klu ari lain tak de..he..he .tak payah cerita banyak meh kita layan gambar


Sukanya dia berendam
Atie & Ina yang sentisa minta mandi sungai



Ayeen kena pegang dengan abah klu tidak jauh perginya




Kakak & Angah


Kan dah lapar..berendam lama sangat




Hanya sempat masak nasi putih + telur dadar + kicap .. ada spagethi sikit..dah lapar semua licin


kemas nak balik


Dah kemas2 nak balik si Qistina ni minta nk makan..he..he kenalah marah..tengok le muka dia

Tuesday, February 28, 2012

Apam dot-dot


Ini order dari regular customer akak.. 100 pcs apam dot2 untuk dibawa ke Kelantan.

Biskut Raya

Bila kerajinan melanda dan segala bahan ada..maka berbagai resepi dicuba.. Sebenarnya choc chip ni mmg biskut raya tapi time raya jelah..ha..ha Yang semperit tu sengaja mencuba resepi yang dapat dari internet..dah lupa sumber dari siapa. Selalu buat juga tapi keras..resepi yang ini sedap.

Choc Cip dengan kek buah

Semperit

Wednesday, February 22, 2012

Salam Tahun Baru / Kek Buah Kukus

Salam sejahtera semua.. Rasanya dah dekat 2 purnama tak update blog nie.. bukan tak ada aktiviti tapi disebabkan penyakit malas tu yang tak masuk sini..
Kesibukan dengan persekolahan anak2 dan macam-macam lagi...
kita mulakan dgn aktiviti masa lapang akak ..
Bila tekak terasa nk makan sesuatu cepat- cepat belek resepi.. kali ini tekak nak makan kek buah kukus.. resepi nie akak dapat myresipi.com.my yang dipostkan oleh Diana.


Kek Buah Kukus Diana
Bahan-bahan ( 2 loyang 7 x 7 inci persegi )

600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foilCara-cara

Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
Tepung gandum dan bicarbonate of soda diayak. Ketepikan.
Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Nota dari D : Sewaktu D buat, D kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat Kek Buah makcik saudara Diana cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik. Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek Buah ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.

Thursday, December 15, 2011

Apam Dot2 & Cheese Tart

Kali ni dapat order dari Che Nor..Katanya nk wat jamuan tahunan.. sebelum nie che nor beli kulit tart dgn akak.. kira order mengejutlah nie.. bangun sebelum subuh buat 100 pcs apam dot2. Lepas balik kerja buat pula cheese tart 100 pcs.. nasib baik ada klit tart ready made.. lebih kurang kul 9.30 che nor datang ambil tempahan.. punyalah kelam kelibutnya sebab assistan semua dikampung ..almaklum cuti sekolah.. tinggal le si hero sorang2 tu yang kelam kelibut sikit. Jadinya tak sempat nk snap gambar.. jadi gambar dibawah ni adalah ehsan dari FB Che Nor

Red Velvet untuk Haikal

Alahai lama betul x bersiaran disini..kalau dah datang penyakit M tu.. nk sentuh computer pun malas..
Ok ini kek yang akak buat untuk anak sedara akak pada penghujung Nov yang lalu.. Haikal sambut birthday pada 27hb Nov . Ini order ulangan.. hari tu papa haikal order untuk mama Haikal.. dah gian nk makan red velvet...



Monday, November 21, 2011

Family Day - Pengkalan Balak Melaka

Family day KRT siantan berada di Pengkalan balak 2H1M - bertolak dari Puchong pukul 10.30 10.30 pagi pada 12hn Nov... Terbaik... seronok sangat sebab semua sporting




alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5677296241384569410" />












Cheese Tart

Terima kasih sebab order cheese tart dgn akak


1 set cheese tart order dari CT NIsha - Sepupu suami




Cheese Tart inti blueberry dan Strawberry order dari Akmal TV3

Testimonia:"sampai office try satu .. sedap..nampaknya lain kali kena order 1 set"

Moist Choc Kek - KRT Siantan Apartment

Akak dapat call dari jiran akak supaya buat kek cokelat yang ada logo KRT .. Malangnya tangan akak ni agak keras untuk melukis apa2 diatas kek... Nasib baik sempat order dgn Nurul- Edible image.. order hari Rabu ..hari Jumaat dah dapat.. HAri sabtu kek ini dibawa ke Pengkalan Balak Melaka untuk majlis Hari Keluarga KRT Siantan Apartment.. Terima kasih kerana order dari akak





Note : Sila abaikan perkataan "BOND" yang sepatutnya ditulis "BORN" ha..ha gara2 tak perasan...

Red Velvet - Order dari Hambali

Tak tau kenapa setiap kali dapat tempahan Red Velvet mesti untuk suami atau isteri tersayang..he..he.. kali ini di order oleh Hambali dari Kajang( adik akak) ..untuk isteri tersayang.



Testimoni : Kek sedap.. ada orang nak belajar wat Red Velvet

Order Apam dot-dot lagi

Terima kasih kepada yang sudi order apam dot-dot dari akak

Ulangan order dari Mas - TTDI


Ini yang di order oleh Ct Nisha sepupu suami akak. Nak bawa beraya ke Melaka



Ini yang diorder oleh Joan

Wednesday, November 2, 2011

Belajar Roti

Dah lama mencari kelas roti..akhirnya jumpa.. biasa buat roti, tapi tak jadi secantik ini.. resepi dah betul cuma teknik je silap.. layanlah sebahagian dari gambar2 yang sempat akak ambil


Sesi uli menguli

Tunggu turn masuk oven
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5670297468904859154" />
roti mesti direhatkan

Pizza Island

Maxico Bun

Boat Bun

Sosej Bun

Strawberry Jelly Cheese

Hari tu gi belajar dgn Ellie D'heart... dah lama.. baru nie mencuba untuk makan2..he..he. kat dalam tu kek sponge yg dipotong2 kecik... sedap..

Kelas Kek Lapis Bakar & Kukus Chef Asma

Dah lama book kelas nie... tak silap hampir sebulan.. memang susah nak dapat kelas chef nie asyik penuh jek.. bila chef confirm je nama akak.. yahooo ..terus call mak kat kampung minta datang tolong jaga Ayeen..nak harap kat kakak2nya mcm x sampai ati je.. Kelas start dari kul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.. tapi terlajak sampai 6.30 ++ .. nasib baik umah sepelaung je..mana student yg duk jauh2 tu kesian dia orang..
Bukan nak puji chef asma ni lebih2 tapi dia memang tak kedekut ilmu.. dari 15 resepi yg diberi..chef sempat demo tak kurang 10 resepi.. jadi kami yang 35 orang semua dapat bawa balik hasil yang dipelajari... layan le sebahagian gambar yg sempat akak snap dgn camera hp..


Academi

Resepi

Chef sedang membuat demo untuk lapis domino


Lapis Mutiara


Kek Lapis Ice Cream