Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, April 18, 2011

Brownis cheese

Dah lama tak menghapdate blog.. kali nie akak upload gambar brownis cheese yg akak buat untuk makan-makan.. gambar dah pandai edit sendiri guna teknik yg cik mat gebu ajarkan..terimasih Cik Mat sebab bagi petua cam ner nak edit gambar bagi org buta IT mcm akak nie..he..he layannnnnnnnn



Brownis Cheese saiz 10 inc X 10 inc

Wednesday, March 30, 2011

Brownis & Strawberry cupcake

Dapat order dari kawan lama merangkap kakak angkat yang terpisah hampir 10 tahun.. gara-gara FB kami bertemu semula... Kak Fauziah minta siap kan 2 set cupcake semperna harilahir anaknya Alya yg ke 8 tahun...katanya nk bawa ke sekolah nak bagi kawan2. Akak buatkanlah 1 set warna pink..untuk perempuan dan 1 set warna biru untuk lelakilah... alih2 kak Fauziah cakap xjadi bawa kesekolah sebab 2 set tu dah mereka habis kan anak beranak.. kak Fauziah kata sedap ..oh ye ke ..terima kasih kak.. macam tak percayalah pulak sebab dua2 resepi tu baru je akak cuba . Resepi Pertama strawbery cup cake dan Brownis choc cup kek.. dua-dua amabil dari buku Lynn Hassan...


Set pertama warna biru.. brownis cupcake


Close up




Close up

Monday, March 21, 2011

Donat lagi

Ahad minggu nie terajinlah pulak... bangun pagi buat donat untuk anak2 sebab permintaan mereka ada sebelah malamnya.. ada berbagai versi.. Qistina tak nak ada cokelat nak yg bergula sahaja, atie angah dan kakak nak yg bercokelat dan filing blueberry kat dalam. sempat pulak akak bakar cupcake..gula balance buttercream.. nak elak pembaziran .....Layannnnnnn


Donat Untuk Qistina... donat biasa



Donat yang amat hodoh rupanya ..tapi yummy bila masuk mulut


Balance buttercream yang dijadikan cupcake..he...he

Kek Ultraman

Panggilan dari Liza bertanyakan samaada akak boleh buat kek atau tak.. mcm mana nk jawab tu..klu tak boleh masakan awak boleh dpt no akak kan..he..he.. Liza kata nk ambil ahad mlm, lepas tu kata nk letak gambar Ultraman..tak kisahlah janji Atoman...akak kata boleh..lepas tu errr.. edible image kena order.. alamak.. Edibleprint bercutilah pulak..pass tu klu order mesti x sempat nak pos...lepas tu Liza SMS lagi kata nak ambil kek kul 7 pagi hari Ahad, nasib baik dapat contact tokeh cupcake comel rupa2nya dia buat edible image nie..makanya hari sabtu tu dapat le jumpa Zuhaida dirumahnya sambil berjual beli dgn dia.. dia jual edible image..akak jual Jalapeno Cheese..he..he...Layannnnnnnn



Pukul 7 pagi adik Liza dah datang umah ambil kek... walau bloc kami bertentangan sampai hari ini akak tak kenal orangnya..he..he

Apam Dot-Dot order by Emilia

Jumaat 18hb sebelum tutup laptop, tiba2 chat kat Fb muncul..he..he Emilia kawan lama tiba2 minta buatkan cream puff... nak pickup hari sabtu... alahai..bukan sengaja menolak nk buat untuk dia..masa dah suntuk..bahan kat umah ada yang tak cukup..kesian pulak ini adalah permintaan yg kedua, tapi semua last minutes... perasaan kesian tu datang, sebab katanya sabtu ada family gathering kat umah MIL... lepas tu akak cadangkan apam dot2 nie..dia kata sedap ke.. akak kata cubalah dulu..bukan apa penyedian untuk apam dot2 nie boleh dikatakan senang cuma filing tu yg mesti sentiasa ada stock kat rumah..Petang tu Emi dtg umah, walau pun satu taman tapi still tersesat..ha..ha... Emi kata next week nk juga cream puff tu...he..he belum rasa dah kata sedap.. masa pas apam dot2 nie akak ada bagi emi rasa sikit moist choc cake yg akak buat untuk makan2...



Tak sampai 5 minit lepas ambil apam nie dapat sms dari Emi "Sedapnya kak!! dua2 sedap! cream puff nak 100lah kak ye... he..he kembang sekejap

Friday, March 18, 2011

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE

Rabu yang lalu akak bercuti sebab pengasuh akak awal2 lagi minta cuti nak hantar anak balik Mesir. Akak pun kebetulan memang plan nak bercuti pun sebab sekarang nie kat opis tak dek kerja yg banyak sangat pun. Tiba2 tekak rasa nak makan sesuatu..jadi belek punya belek jumpalah resepi yang pernah diberi oleh Puan Mardiah dari jasmeen homedelight. Sebenarnya ini buat kali yg ketiga.. kali pertama masa buat birthday angah yang ke 10. kali kedua buat tapi tak menjadi sebab tak ikut betul2 apa yang diarahkan dalam resepi..tulah memandai sangat .. kat resepi kata masak kaedah water bath iaitu letak air panas kat loyang..tapi akak letak air sejuk..manalah kek tu tak bantat..he..he.. Ok layan ye....



Kek retak sedikit..lain kali kalau buat slowkan api lagi agaknya



Kek togel jek sebab untuk mkn sendiri..klu deco bagai kang ada yang tak makan pulak

Jamuan di Surau As-Sakinah

Sabtu 12 bawa sedikit juadah ke surau As-Sakinah depan rumah . Hubby kata sedekalah sikit makanan malam ada ceramah.. oklah akak ikut aje...


Hubby suruh masak agar-agar nie .. akak fikir tukarlah asyik agar2 sirap jek..maka jadilah agar2 color2 cam nie ..

Apam dot-dot lagi.. pada mula hubby suruh buat kuih lapis ..entah kenapa kuih lapis ku sedikit lembik..seganlah pulak nk masukkan N3 kat sini..

Friday, March 11, 2011

Vanilla Cup Cake

Budget cupcake ini order mengejut dari ustazah Nawal , nak buat door gift semperna majlis doa selamat naik rumah baru esok. Bersengkang mata akak menyiapkan cupcake ini..almaklum order last menet... mula akak tak nak buat tapi bila mengenangkan Ustazah Nawal nie bekas jiran seblok dan setangga pulak tak sampi hati nak tolak..lagi pun sewaktu majlis tu esok akak tak dapat nak datang ..sebab clash dgn jemputan kawin..harap Ustazah puas hati ye.. sebab akak buat apa yang ada kat rumah jek mlm tadi nak keluar ke kedai dah tak sempat sebab call lambat sgt.. akak ni bukan sepenuh masa baking jadi tak simpan stock banyak...




Ustazah minta 50 pcs cupcake simple

Thursday, March 10, 2011

Cupcake untuk Qistina

10 March 2011... ulang tahun Qistina yang ke-5.. dah besar anak mama yang no 4 ini.. awal-awal lagi cakap nak buat kek kesekolah nak ada muka kat atas kek.. alahai..pandainya buat permintaan... layan...





sebahagian dari 24 pcs cup cake yang dibawa kesekolah

Monday, March 7, 2011

Jalapeno Cheese lagi..


walaupun rupa yang ku persembahkan ini buruk..tapi rasanya sangat sedap..hingga menjilat jari

Friday, March 4, 2011

Jalapeno Cheese

New product dari aspafuncooking..he..he.. dah gatal pulak jual serbuk cheese...he..he..ari tu try beli dan rasa+ makan2 untuk keluarga jek... ni nak try le berjual pulak....he..he.. sedap rasa macam KFC wedges .. senang dan mudah sangat...
satu peket 200 grm.. cara nak guna 1 cawan air panas dibancuh dengan 1 cawan serbuk Jalapeno nie, kacau hingga sebati... apa lagi... cicah le segala apa yg nak dicicah... goreng pisang pun sodap dah cuba....



Dip kentang goreng sedap


satu paket 200gm... harga RM 12

Monday, February 28, 2011

Alhamdulillah.. Ayeen Dah Sihat

Alhamdulillah , syukur kepada yang esa hampir 2 bulan Ayeen batuk , selsema naik risau sebab tak baik-baik.. klu stakat batuk biasa tak per,ini sampai ada bunyi semput..risau sesangat.. sebab sepupu dia pun sama sampai masuk hospital..tu yang akak malas nak ke hospital.. akak cuma dapatkan rawatan di Klinik bisa tapi bukan klinik kerajaanlah.. 3 kali tukar klinik dan jumpa dgn penawarnya iaitu jiran atas rumah yg tolong tawarkan air dan limau..alhmdulillah sihat dah dia nampaknya..bila dah sihat cam nie le gelagatnya


Dah pandai nk joget dan menyanyi...


Cam nie le rupa budak yang dah sihat habis semua benda nak digigitnya...tali seluar mama pun digigitnya..

Sambal Itam Lagi

Kali ini ada order lagi untuk sambal hitam nie... baru jek ambil belimbing dari kampung dah habislah pulak kena balik kg lagilah.. ini stock last..lepas nie baru buka order..


Siap packing.. jangan marah dah ada stiker


Ini prosess mengoreng sambal... aduhai dekat 2 jam juga baru masak..

Monday, February 21, 2011

Sambal Belimbing Hitam

Inilah satu2nya product dari akak yg resepinya turun temurun. Kalau orang Pahang rata-rata tau sambal belimbing ini apa. Oleh kerana nk mendapatkan bahan untuk buat sambal ini sangat susah terutama untuk mendapatkan belimbing rebus yg warna hitam itu , maka product yg ini hanya dapat dibuat dalam quantity yang terhad sahaja. Kekadang kesian dgn kawan2 yang selalu tanya..asyik hampa jek.. dan bahan ikan bilis yg teramat mahal menyebabkan akak kekadang tak sampai hati nk charge customer. Walaubagaimana pun akak akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan pelanggan. Buat masa ini tiada membuat penghantaran..maka kalau sesiapa yang berminta boleh le datang ambil di pejabat atau kat umah ..Akak hanya akan mebuat sebaerapa banyak sambal ini jika bahan banyak dalam stock..jika tidak akak akan menjual secara sembunyi2 aje... amboi bunyi macam menjual bahan terlaranglah pulak ye..he..he



Sedia untuk dijual.. ini adalah last stock...sold out

Moist Choc Cake For 14th Anniversary

He..he mengada-ngada pulak ye akak nie.. tak puas hati nk buat juga kek special untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 14 nie..jadinya Sabtu lepas gatal tangan le mengadun cokelat kek kukus .. dah lama rasanya tak buat cokelat cake.. akak nie suka mederhaka pada resepi asal.. kek nie mulanya dikukus lepas tu akak bakar sekejap.. maka hilang le moistnya..lepas nie x buat lagi..he..he...meh layan



Topping yang kelupaan nk taruk butter nampak tak berkilat