Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, June 21, 2010

Baby Zahrin dah 5 bulan Dan Selamat hari bapa







Semalam rata-rata semua orang menyambut hari bapa. Kat rumah akak tak ketingalan menyambutnya.. anak2 sibuk suruh wat kek.. hajat hati nak wat kek bola , kena pulak sekarang musim world cup,tapi sebab kesuntukan masa tak jadi nak buat.. makanya hakan nya inilah hasil kek untuk abah. Akak dibantu oleh anak no 3 . masa buat deco tu..kemudian akak try wat spagetti with meat ball, tapi akak guna bebola daging yg wat bakso tu.
Kebetulan Baby Ayeen genap 5 bulan sehari sebelumnya iaitu pada 19/06/2010... lihat lah badannya yg tembab tu.. baju semua dah tak muat.. bongkar punya bongkar dapatlah baju kakak Qis masa dia umur setahun...

Cuti Cuti Malaysia Part 2







Sengaja nk sambung cerita cuti - cuti M'sia kat Cameron Highland ari tu.. Hajat hati nk beli strawberi boleh wat deco atas kek... mentang2 strawberi kat atas sana fresh..rega kemain mahalnya..lebih baik beli kat Tesco lagi berbaloi..baloi..kat atas sana dah le buahnya kecil dah tu sikit sesangat.. aku pun x faham kenapalah mahal sangat. sudahnya akak beli 1 pack jek sebab Qis beria -ia sangat nak makan, sedap katanya. Ini lagi sebahagian dari foto-foto yang sempat akak ambil... layanzzzzzzzzz

Friday, June 18, 2010

Kek Pelangi


Salam sejahtera... x tau kenapa sejak akhir2 nie mcm malasnya nk update blog ha..ha asyik baca blog orang aje.. nie nk cerita.. betapa gumbiranya akak bila dapat balasan email dari Chef Asma.. dah lama nk ikut class memasak dia.. rupa-rupanya class dia kat taman perumahan akak juga.. oleh kerana class dia selalu penuh jadi dia letak akak kat waiting list untuk bulan July..harap-harap dapatlah ikut...
Ok kita cita pasal kek seperti tajuk untuk hari ini Kek Pelangi. Sebenarnya dah lama belek2 resepi kek ni.. klu orang lain dah try, akak pun nk try gak .. asyik-asyik kek cekelat jek... sebelum nie wat gak kek belang2 nie cuma teknik jek lain sikit.. setelah menjelajah byk blog resepi dan buka youtube maka inilah hasilnya walaupun pada akak kurang memuaska.. ditepekkan resepinya sekali.. selamat mencuba ye...

Bahannya

3 cawan tepung kek or tepung gandum
1 1/2 cawan marjerin cair
1 1/2 cawan gula aising
1/2 cawan susu cair
5 biji telur ayam - ini saiz kecik ajee.. (kalau nak gunakan 3 biji pun ok jugak - kalau yang size besar tu)
1 sudu baking powder
1 sudu esen vanilla
perwarna merah
perwarna hijau

caranya:-

pukul gula, marjerin dan gula hingga kembang
masukkan esen vanilla + susu cair
masukkan tepung + baking powder hingga sebati
bahagian kepada dua bahagian, satu diwarnakan
dengan warna hijau dan satu warna merah.
sedukan dlm loyang (satu senduk hijau selang dengan merah)
bakar dlm oven selama 40 -50 minit dgn kepanasan 160 darjah cc guna api atas bawah..

Wednesday, June 9, 2010

Cuti-cuti M'sia







Cuti sekolah dah start.. plan bawa anak2 yang dirancangkan awal-awal lagi berjalan lancar nampaknya.. maka pada 06.06.2010 berkonvoilah kami 4 keluarga ke Cameron Highland.. seronok juga bawa anak2 bercuti walaupun orang kata Cemeron Highland tak best.. bagi aku best aje sebab RM dah terbang..he..he
Kami bertolak dari Raub lebih kurang pulul 7.30 pagi dan singgah di S.Koyan untuk sarapan. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui jalan yg sedang dalam pembikinan.. Akak rasa hujung tahun nie jalan tu siaplah..
Kami berkonvoi dengan 3 kereta. Pak embong dgn Myvinya, pak cue dengan exora silvernya dan kami sekeluarga dengan exora hitam..he..he. Akak bawa mak sekali.. kami sampai di Cameron Highland hampir pukul 10 pagi. Sementara menunggu untuk check-in kat apartment penginapan dan menunggu satu lagi keluarga iaitu keluarga Mak Tam yang bertolak dari Kelantan ,kami singgah di Bee Farm dan kilang Teh Boh, nasib tak baik sebab hari tu kilang tidak beroperasi kami bercadang nak menghabiskan masa di Brinchang.. tapi malangnya lagi 1km nk sampai kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kami itu sebab kami dapati kereta berderet-2 menuju kea arah Brincang..penuh sesak.. Mak cue try talipon agent yg menyewakan rumah penginapan.. nasib baik kul 12 dah boleh check-in.. maka kami mengambil keputusan untuk berehat dan masak untuk makan tengahari.. Fuh! lega sebab dapat berehat. Nak dijadikan cerita, masa kat Kilang Teh anak2 sibuk nk minum di Tea Shop. Order Teh 'O' ais.. nk tau berapa harganya.. RM 3.50 satu cawan..ha..ha..tak perlah nk rasa teh Cameron punya pasal...dalam ati baik aku beli teh kotak kecik celup sendiri leh wat sebulan punya tea o ais...ke...keh..oklah sampai disini dulu...to be continue