Terima kasih
Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..
Friday, August 20, 2010
Gathering keluarga kat Kampung Temau
Seminggu sebelum puasa balik kampung akak iaitu Kampung Temau Dong Raub Pahang. Dikampung inilah akak dilahirkan dan dibesarkan sebelum abah akak pindah masuk Felda. Kami sekeluarga sepakat nk buat kenduri menyambut puasa dan kenduri Arwah untuk bapa saudara akak iaitu arwah ayah de yang terlebih dahulu meninggalkan kami semua. Pada sebelah siangnya rumah Mak teh dikunjungi rombongan meminang Along Nana.. dah dipinang orang awak ye Nana..he..he tak lama lagi nak jadi bini orang...
Ramailah yang balik hari tu..maka bila dah berkumpul macam nie le suasananya. Pada hari itu sempatlah juga akak buat sebiji kek atas permintaan sepupu yang menyambut hali lahir semalamnya..ingat tak dapat buat dah sebab semua anak2 demam..jadi akak buat mengunakan bahan yang ada kat umah aje.
Dalam ramai2 tu ada pulak yang Pergi ke pekan benta dapat le beli buah ini.. buah apa tu? akak panggil buah taban dan dapat jugalah buah salak..sedapnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment