Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, December 13, 2010

Choc Marble Cheese




Dapat order mengejut untuk hari sabtu lepas... Maka terhasillah Choc Marbrl Cheese kukus ini.. Idea ini datang bila tengok ada baki cheese masa wat tart ari tu... sayang pulak nak let go sebab masih dalam berkeadaan baik. Nak kek yg kecik jek.. sebb nk wat suprise birthday untuk anak kesayangan.. tak payah besar sangat ngam2 untuk keluarga je.. maka terhasil le kek yg bersaiz 7 inci dan berat 1.2kg... semoga anak itu gembira dgn kek comey ini ...

Hantaran Tema Biru

Ini order yang kedua kek sebagai hantaran..Kek Di order oleh Fiza anak jiran yang nk bertunang ada 11/12/2010 rasa mcm takut2 jek nak ambik... motivasikan diri sendiri..bila lagi nk promote dan menunjukkan skill... trylah... jadinya masa nak mendeko buka buku Panduan asas mendeko kek dari Zati D'Hati.. alhamdulillah .. tidak mengecewakan.. warna pulak ngam dgn hantaran yang lain sebab masa Fiza order kek tu dia kata cuma nak kek cokelat.. pass tu terpaksalah akak sms mak dia tanya apa warna tema.. dia cuma balas 'Biru".. alamak biru apa lah pulak.. kat rumah cuma ada skyblue je.. hantam ajelah labu... masa hantar kek tu..jengoklah dulang hantaran yang lain..he..he nasib baik sama...

Inilah hasilnya.. terima kasih Zati..kerana membuka minda cam mana nk mendeko... maaflah cut & paste idea.. walau tak 100% but still guna skill yg you ajar dalam buku itu....


Kek Hantaran untuk Piza.. Moist Choc Cake

Friday, December 10, 2010

Blueberry Cheese Tart


Ini juga percubaan kali ketiga cheese tart akak. Memang tidak mengecewakan..he..he.. first buat masa raya rasa ada tapi kulit tart kurang menjadi..terkeras sikit.. kali kedua ok sikit.. tapi tergelap sikit masa masak kulitnya..ha..ha.. kali yang ketiga aka berhati2 set oven 10 minit jek.. jadi tidak le terlajak bakar.. alhamdulillah cantik dan lembut kulitnya ... terima kasih kepada yang mengirimkan resepi ini. resepi ini akak salin dari www.resepi.net. Cara2 dan bahan2 adalah seperti dibawah.. cubalah memang tidak mengecewakan..tapi nk selalu practiclah... bukan sekali buat terus menjadi

Sweet Pastri

250gm mentega
60gm gula icing
1 biji kuning telur
420gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung(guna susu baby) he..he
1 sudu teh esen vanilla


Filling

250gm cream cheese
50gm mentega
60gm gula kastor
2 sudu besar tepung jagung (optional)
1 biji telur
3 sudu besar whipping cream (akak guna susu cair je)
Sedikit blueberry filling (mashed) secukupnya

Cara-cara membuat pastri:-

1. Pukul mentega dan gula icing sehingga rata. Tidak perlu pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga telur sebati dengan adunan mentega tadi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan susu tepung sekiranya susu tepung digunakan. Uli menggunakan tangan dengan perlahan.
4. Simpan adunan pastri ini ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam untuk merehatkan adunan pastri dan proses ini akan dapat mengelakkan pastri mengecut bila dibakar.
5. Setelah 1 jam, kuarkan adunan dan canai mengikut ketebalan yang diingini. Masukkan ke dalam acuan mini tart dan cucuk dengan garpu.
6. Bakar dengan kepanasan 160 ºc sehingga kekuningan (separuh masak)



Cara-cara membuat Filling Keju:-

1. Pukul cream cheese, mentega dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan whipping cream. Pukul sebentar sehingga adunan telur dan whipping cream sebati.



Cara-cara membuat blueberry cheese tart:-

1. Masukkan blueberry filling ke dalam kulit pastri yang telah dibakar dan diikuti dengan adunan cheese.
2. Lorekkan sedikit blueberry filling di atas adunan cheese.
3. Bakar pada suhu 180ºc selama 10 - 15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Wednesday, December 8, 2010

Cream Puff


Cream Puff ini special order dari mak sedara yang duduk di Bandar Baru Rinching.. Permintaan tak mau besar.. agak2 boleh muat satu mulut, jadi tak muak nak makan. sebenarnya ini percubaan kali ketiga akak buat cream puff. Betulah kata orang kalau yang pertama dan yang kedua gagal..yang ketiga pasti berjaya..he..he..
Sedap katanya..terima kasih..kepada yang mencuba cream puff akak ye..
Resepi kali ini juga akak dapat dari sumber Myresepi..nama tuan punya resepi ini adalah Yani.. terima kasih Yani kerana berkongsi resepi. Minta tumpang kongsi resepi disini ye... resepi yang diberi adalah untuk 10 biji cream puff.. klu nk buat banyak pandailah mengolahkan resepi ini ye..

Bahan-bahan ( 10 biji )
· 100ml air
· 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
· 60g tepung gandum- diayak
· 2 biji telur(100g)

CARA-CARA
1 )Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2 )Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3 )Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5 )Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6)Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7)Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8)Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9)Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Cara Cara Kastard Krim

Resepinya diambil dari blog teratakibu.. tumpang kongsi ye...
Cream Kastard
3 biji telur
115 gm gula - lebikan jadi 150gm
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)akak gantikan dgn susu segar jadi air tak digunakan.
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis – tak letak
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Tart Nenas Versi Bunga


He..he.. raya tidak apa tidak tiba-tiba terasa nk makan tartlah pulak.. tapi kali nie versi bunga2.. terima kasih kepada Myresepi kerana mengadakan halaman bertukar-resepi.. Dalam hati .. plan for business next year hari raya..ha..ha.. layan le tart bunga 2 akak nie ye.. rasa memang tidak mengecewakan

Silalah mencuba resepi ini:- resepi adalah ehsan dari MYresepi.. terima kasih kepada yang empunya resepi.. minta tumpang cut& paste resepi anda ye... kita nak tumpang share kat sini...
Bahan-bahan ( 70-80 keping )
250 g mentega (akak guna butterlite )
2 sb minyak sapi ( ini akak tambah sendiri sebab ada balance)
1 sb susu manis (akak tak letak pun)
1 biji kuning telur
10 sb tepung jagung/kastard - (akak guna 2 sudu besar tepung jagung)
1 sk esen vanilla (opt)
350 g tepung gandum - (akak jadikan 400g)
inti nanas secukupnya
paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
1) Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
2)Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
3)Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
4)Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum.Isi inti nanas dan hias.
5)Bakar pd suhu 165C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2