Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, February 7, 2011

Toffe Caramel Cheese Cake Buat Encik Suami





Selamat Ulang tahun yang ker.. tut.. he..he N3 yang tertunda.... punyalah malas nk update blog..cammanalah orang nak datang tengok... he..he.. Pada 1hb Feb yang lalu adalah hari lahir Encik Suami akak.. Masa tu kat rumah tak ada apa2 aktiviti..sebab masa tu hujan tutun dari pagi hingga kepetang sambung kemalam.. teringatlah pulak harijadi encik suami..so pakat dengan anak buat le sebiji kek .sambut in advance untuk dia..pikir - punya fikir nk buat kek apa..tengok stock kat aisbox..cheese ada, whipping cream ada, kekacang ada..cantik.. boleh ku "expirement" resepi baru yang dah lama ku belek gambarnya dari blog kelas masakan Lynn.. google punya google jumpalah resepi ini.. akhirnya percubaan ku berjalan dengan jayanya..ha..ha happy sesangat... meh kita kongsi resepi disini.. terima kasih kepada empunya blog Dunia Cermin yg tak lokek berkongsi resepi..Minta halal resepi ye.. sedap sesangat kami anak beranak sahaja yg menghabiskan kek itu.. selalunya dapat juga jiran sebelah merasa kek yg dibuat tapi kali ini licin... si kecil Ayeen pun suka sangat makan kek itu...

Toffee Caramel Cheese Cake
Bahan base:

150 gm biskut marie

130 gm butter cair


Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

**saya hanya gunakan potongan sponge kek sebagai base


Tofee

Bahan:


40 gm almond nib

60 gm gula kastor


Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.


Bahan Cheese

200 gm cream cheese

20 gm gula kastor

8 gm gelatin

60 gm air

200 gm whipped cream (whisk dahulu)


Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4- Sejukkan dalam peti ais


Topping

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan


100 gm walnut (imported) di tos dan cincang


Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

No comments:

Post a Comment