Terima kasih
Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..
Friday, September 23, 2011
Apam Dot -Dot @ Apam Bolsam
Semalam dapat order terkejut dari kenalan.. nak di tolak kesian pulak..makanya terpaksalah akak mengdot-dot malamnya.. Dah lama tak memgdot-dot nie tu yg mcm cuak jek takut x jadi.. tapi..lihatlah hasilnya..pada pandangan akak lebih baik dari dulu-dulu..harus ku beli pengukus besar nie boleh sekali kukus je untuk 1 resepi. Meh akak ulang tayang resepi
Bahan2nya
3 biji telur gred B (sejukkan dlm peti ais)
220 gram gula halus ( akak edit jadi 200grm je)
1 sudu teh ovellet
275 grm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
150 ml susu cair atau susu segar
Apa2 jenis filling secukupnya ( akak guna blueberry je)
Cara2
Panaskan kukusan biarkan hingga mendidih.
Masukkan telur ,gula dan ovellet kedalam bekas yg besar dan putar hingga kembang dan kelihatan putih. Masukakn Tepung berselang seli dgn susu tadi. Pukul lagi hingga semua sebati dan kembang serta pekat.
Sediakan papercup mengikut saiz yg disukai , bisa akak guna saiz 1 atau 2. Masukan adunan kedalam paper cupanggaran setengah sahaja.. kemudian masukkan blueberry filling diikuti pulak dgn adunan isikan hingga menutupi filling tadi..masukkan hingga penuh papercup tadi. Kemudian ambil warna lain untuk menghasilkan dot-dot tersebut..gunakan kretiviti anda untuk meng dot-dot ye..selamat mencuba
Bahagikan kepada beberapa warna yg disukai. Sediakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment