Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, May 30, 2011

Order - Brownis & Cheese Tart


Dapat order dari kawan adik. Katanya terliur tengok gambar brownis kat FB.. Ana minta akak buatkan Cheese kek, tapi akak tak berani nak ambil sebab kesuntukan masa nak mencari bahan... jadi Ana minta akak buatkan cheese tart .
Maka confirm 1 buku simple brownis dan 1 set veriaty cheese tart strawberry & blueberry.. alhamdulillah tak sampai sejam selepas Ana pickup order akak dapat sms dari ana ' Terima kasih kak.. Memang sedappp." lepas tu keesokan harinya dapat lagi sms dari Ana 'Salam kak,, nak bagi feedback on the brownies. Hari ini rasa lagi sedapp.. He..he mmg blh order lagi next time. Cheese tart jgn tanye dah licin smlm.He..he " Ana memang customer yg tak banyak songeh.. katanya asal dia boleh makan sudah..Terima kasih Ana sebab berani mengorder dengan akak.

Monday, May 23, 2011

Brownis Simple



Brownis ni sebenarnya menjadi makanan paberet kami sekeluarga.. selalu buat simpan dlm bekas boleh tahan seminggu buat kudap kudapan.. sebab dia bukan kek..amat mudah membuatnya.. resepi akak dapat dari internet..berbagai resepi brownis boleh kita dapat kalau rajin mengoogle..dah banyak yag akak try ..tapi yg ini sangat simple dan mudah .. meh sini layan resepi yang akak dapat ini.. alamak lupa pulak dari sapa minta halal lah ye..

Simple brownis
250gm butter
400 gm cokelat masakan
5-6 biji telur grade B - akak guna 5 biji
1 cawan gula perang
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
kekacang walnut/pecan / alamon semua boleh.. akak guna walnut je

cara-cara
cairkan butter bersama cokelat masakan dgn kaedah double boil. bila sudah cair ketepikan dan sejukkan
Dalam mangkuk yang lain putar telur bersama gula perang , jangan putar terlalu lama.. akak unakan hand wisk jek.
masukakn adunan cokelat cair tadi dan kacau sebati..masukan adunan tepung yg telah di campur dgn serbuk koko.. akhir sekali masukan kekacang..
Bakar dalam oven selama 30-40 min.. dgn kepanasan 150 darjah.. bergantung kepada oven memasing...
sejukkan dan potong ..enak dimakan bersama icecream atau cokelat ganace.. makan mcm tu pun sedap..selamat mencuba

Bakso


Dah lama anak2 minta buatkan bakso.. emm selera indon pulak anak2 ku..he..he.. jadi semalam akak merialisasikan impian dia orang untuk makan bakso..Ini pun selepas dapat resepi dari tea lady kat office ni ha.. selalu beli rasa cam kosong jek..pass tu bebola daging tu dapat 2-3 ketul jek

Meh layan Resepi disini:-

1/2 kg tulang lembu ( klu nak buat banyak lebih lagi lah ye)
1/2 kg daging cincang
1/2 kg bebola daging ( boleh dapat kat pasaraya)
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1/2 bungkus lada putih
1 inci halia
1 inci belacan
sehiris buah pala
1 batang daun leek ( banyak terdapat di pasar & pasaraya)
1/2 kh soon
Hiasan
Daun sup /daun bawang secukupnya
kobis secukupnya

Penambah rasa
Cili kecil
sos cili
kicap
cuka..

Rebus tulang dan daging cincang sehingga empok..
Bawang putih, bawang merah,halia, buah pala di blander hingga halus.. tumiskan semua bahan hingga naik minyak.. masukkan belacan..apabila daging telah empok masukkan bahan tumis kedalam rebusan daging tadi. Potong daun leek dalam anggaran 1/2 inci..kemudian tumis mengunakan saki baki minyak tadi.. tumis sebentar sahaja..agak2 layu.. kemudian masukkan kedalam rebusan daging tadi. Perasakan dgn garam tunggu mendidih..kemudian masukan bebola daging.. tunggu bebola lembut.. bila bebola daging timbul menandakan sudah masak.

Masukan Soon kedalam bekas.. rendam dalam air panas dan campurkan air sejuk... tos kan..
Sedia untuk dihidang.. seperti biasa macam kita menghidang mee sup.. sangat sedap dimakan dgn sambal cili .. selamat mencuba..


inilah daun leek

Thursday, May 19, 2011

Promote Product lagi - Jalapeno Cheese

Emm..kan akak dah kata cuba sekali pasti nak lagi.. alhamdulillah jualan untuk cheese ni amat menggalakkan.. walaupun berjual diFB je.. almaklumlah akak nie mana ada masa nak keluar + takut nak drive... aduhai bilalah perasaan takut tu nk hilang... ok..ok..kita cerita pasa cheese lah ye....Entry kali ini akak tunjukakan step by step cam ner nk bancuh.. sbb klu yg dah tu kegunaan cheese tu tak payah nak terang kan lagi. Tapi ada juga yg kurang fahamannya jadi akak tunjuk step by step ye

Anda akan terima Pack 200g cam gini


Pas tu masukkan kedalam bekas


Masukan air panas mengikut nisbah 1:1 ( 1 cawan serbuk cheese + 1 cawan air panas)dan kacau hingga sebati..pastikan tak bergentel


Hidangan versi akak



Monday, May 16, 2011

Marble Trio - resepi Mat Gebu

Terima kasih kepada Cik Mat Gebu kerana berkongsi resepi ini.. lepas menjamu kek ini pada jiran, alhamdulillah dapat tempahan 2 buku kek.. tak perlu deko bagai..nak yg kosong jek...nak resepi .... check kat bawah



Tak tau kenapa boleh merekah kat atas.. bakar dah lama dalam masih belum masak, tu pasal nampak hangus bila tambah masa bakar.

Nasib bila dipotong cantik belangnya


potong masuk piring

Maaf Mat akak dah derhakakan mat punya resepi ye..he...he
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik - akak guna 250 gm
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* - akak kurangkan jadi 260gm
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A - 5 biji grade B..sbb gred A susuah nak dapat
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin - tak dek pun tak per
20 g air - akak tukar susu perasa strawberry
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco
Cara-cara 1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3.Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4.Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6.Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7.Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Carrot Cake

Carrot cake nie pun akak buat untuk makan2 ..dah lama tak makan carrot kek ni kat rumah.. tapi akak rasa carrot cake akak kali ini macam kering sesangat.. agaknya lain kali akak guna minyak jagung baru best kot... nak resepi google jek.



Fresh from oven


Toping cream cheese








Resepinya :-sumber-nure@myresipi.com
4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
1 1/2 cawan corn oil (kalau tiada minyak masak pun boleh)- akak guna butter yg dicairkan
120g gula castor
100g brown sugar
1 1/2 cawan carrot (diparut)
bahan diayak: 250g tepung gandum, 1 sudu teh serbuk cinnamon, 1 1/2 sudu teh baking soda
100g walnut (dicincang sedikit)
1 sudu teh garam
utk topping(penyedap kek): 120g butter, 250g creamcheese,120g icing sugar

Cara-cara
1.Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan carrot. kacau sebati, masukkan walnut
2.masukkan bahan yang diayak.Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam..
3.dlm mangkuk yg lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang(soft peak form)step ni penting! dan masukkan dlm adunan kek tadi
4.bakar pada suhu 170C selama 50 min
5.tips: bila dah masak, cucuk dgn lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi means belum masak betul.Kurangkan suhu ke 150C~160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar2 masak
6.utk topping, pukul semua bahan2 hingga sebati & ringan.Hias atas kek yg telah disejukkn pd suhu bilik kemudian tabur dgn hirisan almond atau kelapa kering yg digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu(optional)

selamat mencuba

Hari Ibu

Semperna hari ibu tahun 2011 ini akak dapat hadiah nie jek dari anak2.. yang kelakarnya masa nk beli hadiah tu, boleh minta dgn akak duit nak beli hadiah..ha..ha kelakarnya anak2.. mintalah dgn abah ke..kumpul duit belanja ke.. tapi tak apalah sekurang2nya diorang masih ingat akak ni ibunya..he..he
Dapat le hadiah pasu kecil dan bunga dari Izzati anak yg no 3 dan buku masakan biskut cokelat dari kakak Ira anak yang sulung.. dia tau minat mama dia masak memasak ..terima kasih anak2 ku

Sponge Cake & Cheese tart untuk makan-makan

Dah lama buat buat nie tapi baru hari nie rajin nak upload.. Sponge kek nie saja buat untuk makan2 ..resepi dari Elliez de heart..sorry le tak leh kongsi resepi kat sini sbb akak bayar untuk resepi tu..kenalah berguru ye...lagi satu kalau google kat internet rasa tak dek beza resepinya..rajin-rajinlah mengoogle ye...Dalamnya akak letak inti strawberry.. sedapp..tak rugi pergi belajar dan keluarkan RM klau berbaloi cam nie



Cheese tart ni dibuat atas permintaan anak yg kedua ..katanya nak bagi kawan2 makan kat sekolah... buat 100 pcs ..kulit tart beli readymade dari kakak Elliez deheart ..sbb malas nk mengentel tepung buat tart shell..he..he..padahal dah belajar dari elliez segala teknik wat cis tart tu... nak buat cam ner dah MMMM

Thursday, May 5, 2011

Kuih Kosui resepi agak-agak

Betul ke ejaannya kuih kosui nie..he..he sejak jiran akak tak berniaga dekat block mcm susah betul nak cari sarapan.. bukan apa kat medan selera tu mcm jauh le pulakkan..nak tak nak tiap hari kena perah otak nk masak apa untuk anak bujang ku itu untuk dibawa kerumah pengasuh.. almaklum sibujang kecik tu suka makan..resepi kuih nie mak akak yg bagi.. resepi org dulu-dulu memang tak ada sukatan, jadi resepi disini akak agak-agak ajelah ye.. mana2 yg nak try tu pasti ada try & error..he..he selamat mencuba



Resepi
3 cawan tepung gandum
500 ml air
1 cawan gula pasir
200-300 grm gula merah
1 cawan air
1/2 sudu besar kapur sirih.

Cara-cara
Panaskan kukusan..
Larutkan gula merah bersama satu cawan air tadi, tapis dan sejukkan sebentar.
masukan tepung kedalam bekas, masukan larutan gula merah, dan 500ml air tadi.. kacau hingga menjadi adunan yg cair jika kurang air tambah sedikit lagi.. biar cair sedikit.. masukan gula pasir dan kacau hingga larut..kacau kapur sirih dgn 2 sudu besar air.. masukan kedalam aduan tadi. Anda akan dapati adunan akan bertukar warna sedikt..jika anda dapati adunan seperti pekat boleh tambah air sedikit lagi. Masukakn kedalam loyang atau acuan lompang ini akan menghasil kan 50 biji kuih kosui yg comel.. kukus lebih kurang 20-25 minit. apabila sudah masak sejukkan sebenar dan hidanglah dgn kelapat parut..

Cheese Tart lagi

Kali ini order dari Angah Wajihah..he..he anak akak yg no 2... nak bawa pergi sekolah nk bagi dgn kawan2....murahnya hati anakku.. balik dari sekolah minta buat lagi sebab tak cukup.. kawan2 kata sedap..he..he