Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Wednesday, December 8, 2010

Cream Puff


Cream Puff ini special order dari mak sedara yang duduk di Bandar Baru Rinching.. Permintaan tak mau besar.. agak2 boleh muat satu mulut, jadi tak muak nak makan. sebenarnya ini percubaan kali ketiga akak buat cream puff. Betulah kata orang kalau yang pertama dan yang kedua gagal..yang ketiga pasti berjaya..he..he..
Sedap katanya..terima kasih..kepada yang mencuba cream puff akak ye..
Resepi kali ini juga akak dapat dari sumber Myresepi..nama tuan punya resepi ini adalah Yani.. terima kasih Yani kerana berkongsi resepi. Minta tumpang kongsi resepi disini ye... resepi yang diberi adalah untuk 10 biji cream puff.. klu nk buat banyak pandailah mengolahkan resepi ini ye..

Bahan-bahan ( 10 biji )
· 100ml air
· 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
· 60g tepung gandum- diayak
· 2 biji telur(100g)

CARA-CARA
1 )Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2 )Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3 )Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5 )Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6)Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7)Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8)Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9)Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Cara Cara Kastard Krim

Resepinya diambil dari blog teratakibu.. tumpang kongsi ye...
Cream Kastard
3 biji telur
115 gm gula - lebikan jadi 150gm
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)akak gantikan dgn susu segar jadi air tak digunakan.
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis – tak letak
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

No comments:

Post a Comment