Terima kasih
Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..
Wednesday, June 9, 2010
Cuti-cuti M'sia
Cuti sekolah dah start.. plan bawa anak2 yang dirancangkan awal-awal lagi berjalan lancar nampaknya.. maka pada 06.06.2010 berkonvoilah kami 4 keluarga ke Cameron Highland.. seronok juga bawa anak2 bercuti walaupun orang kata Cemeron Highland tak best.. bagi aku best aje sebab RM dah terbang..he..he
Kami bertolak dari Raub lebih kurang pulul 7.30 pagi dan singgah di S.Koyan untuk sarapan. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland melalui jalan yg sedang dalam pembikinan.. Akak rasa hujung tahun nie jalan tu siaplah..
Kami berkonvoi dengan 3 kereta. Pak embong dgn Myvinya, pak cue dengan exora silvernya dan kami sekeluarga dengan exora hitam..he..he. Akak bawa mak sekali.. kami sampai di Cameron Highland hampir pukul 10 pagi. Sementara menunggu untuk check-in kat apartment penginapan dan menunggu satu lagi keluarga iaitu keluarga Mak Tam yang bertolak dari Kelantan ,kami singgah di Bee Farm dan kilang Teh Boh, nasib tak baik sebab hari tu kilang tidak beroperasi kami bercadang nak menghabiskan masa di Brinchang.. tapi malangnya lagi 1km nk sampai kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kami itu sebab kami dapati kereta berderet-2 menuju kea arah Brincang..penuh sesak.. Mak cue try talipon agent yg menyewakan rumah penginapan.. nasib baik kul 12 dah boleh check-in.. maka kami mengambil keputusan untuk berehat dan masak untuk makan tengahari.. Fuh! lega sebab dapat berehat. Nak dijadikan cerita, masa kat Kilang Teh anak2 sibuk nk minum di Tea Shop. Order Teh 'O' ais.. nk tau berapa harganya.. RM 3.50 satu cawan..ha..ha..tak perlah nk rasa teh Cameron punya pasal...dalam ati baik aku beli teh kotak kecik celup sendiri leh wat sebulan punya tea o ais...ke...keh..oklah sampai disini dulu...to be continue
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment