Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, May 31, 2010

Kenduri Kawin Anak Alang Ros & Shukur



Kami sampai dah agak lewat kemajlis perkahwinan anak Mak Lang Ros ini.Kami sampai lebih kurang dalam kul 3 kalau tak silap. Majlis persandingan dah selesai..Tapi nasib baik gak sempat dengan majlis memotong kek..kalau tidak mengamuk le anak2 ku kalau pergi kenduri kawin tak dapat tengok pengantin. Anak2 excited sangat tengok kek yang 3 tingkat tu. Walaupun kek nya cam biasa2 jek tapi kalau kena akak , jenuh juga nak membuatnya.. nie le aja yg sempat kami ambil gambarnya.. gambar pelamin dan kek 3 tingkat tu.. Kat Majlis tu dapat le kami makan daging rendang hitam yang memang terkenal kat Kuala Lipis.. tukang masak diimport khas dari Kuala Lipis Weh.. Sapa lagi kalau tak Pak Ngah Sahak dan dibantu oleh Alang Ros sendiri. Alang Ros nie sebenarnya adalah adik ipar kepada Mak sedara akak yang kat Kg Temau tu.. kira akak nie wakil le kepada Mak sedara akak yangtak dapat datang keMajlis adik Iparnya itu diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Wesak Day 28.05.10 - Cuti Yahoo!!






Wesak day jatuh pada hari Jumaat 28/05/10.. ye..ye..cuti.. khamis tu dalam kul 2pm dapat sms dari suami , malam nie balik Pagoh. Minta kuar awal le nampaknya. Ada Tahlil kat umah Mak Mertua. Alamak!! baju belum kemas.. aduh!! kol anak yg sulung suh kemas apa-apa yg patut.. tapi akak tak harap sangat pada dia, sebab balik2 akak gak yg kena buat.. sambil tu akak pesan dia suruh angkat baju..bla..bla..bal.. kul 5 akak dah terpacak turun dari opis .. apa da tunggu punya tunggu kul 5.30pm suami baru sms.. dia baru keluar dari opis.. apa dahhh .. tadi ye..ye suh kita kuar cepat.. hempeh!!. Sampai kat umah tengok kakak masih belengkor.. aduh satu apa pun dia tak buat , dgn bawah sink penuh dgn air.. aduh .. salur paip tersumbat lagi grrrrrrrrrr... rumah banjir.. aduh.. mana nk bersihkan mana nak kemas.. nie nk kejar masa nak balik Pagoh lagi... Dalam keadaan macam nie mulut pun popet..popet..le nasib le anak2 korang kena dengar siaran radio yg tah apa2..Capai mana yang patut ajelah kan..
Kat Kampung sempat bawa anak2 pergi kat Tanjung tengok monyet.. anak2 merenget minta dibawa ke Batu Pahat,tempat mandi manda.. maka dengan panjang lebarnya akan menerangkan yg kami akan bercuti ke CH pada cuti sekolah minggu depan.. jadinya nk guna duit.. oleh kerana nk pujuk dia orang punya pasal bawalah diorang jenjalan tu yg boleh sampai kat Tanjung tu.Sempat le dia orang ni bergambar dgn monyet kat situ.
Petang arinya abahnya bagi idea.. mandi kat parit depan umah atuk dia aje.. Nasib baik lepas hujan maka air mengalir dgn derasnya..dan ok oklah untuk mandi..
Hari Ahad ingat nk balik awal sebab ada jemputan kawin kat Kota Damansara Seksyen 4, tapi nak kejutkan dia orang punyalah susahnya.. plan ingat klu keluar awal boleh le singgah kat PD ker sebab nk sangat main air kan..tapi terpaksalah dibatalkan sebab dah lambattt... bertolak dari Pagoh kul 10.30 dan sampai KL lebih kurang kul 12.45.. is cepat gak ye.. Jln pulak clear....
Sampai umah rehat kejap sebab baby mengamuk.. letih naik kereta agaknya...nak kau lihat le kain baju yg ditinggalkan tak berlipat .. nk bercuti sakan... keh..keh ada 3 bakul.. malam nantilah jawabnya .. nk pergi makan kenduri kejap...

Wednesday, May 26, 2010

Kretifnya anak ku


Kejadian ini berlaku ketika akak sedang sibuk didapur. Akak tengah leka mendeco kek didapur , anak ku yang no 4 bernama Qistina menunjukkan kreativitinya.. malam tu masa tengah mendeco tu Ati anak yg no 3 datang kat akak
Ati :" Mama.. cuba mama tengok kat bilik tu apa Qistina dah buat"
Aku : "Dia buat apa" Sambil berjalan menuju ke bilik.
Aku : " Ya Allah .... dah mcm umah apa nie "
Qis : " tersilap conteng... ala sikit jek" akak dah tak jadi nk marah bila tengok reaksinya menjawab cakap akak nak gelak pun ada.
Bila dah agak lama ... aku nampak dia sedang cuba mencuci dinding tu dengan tisu , tapi tak berjaya kemudian dia berkata
Qis : "Mama , tak perkan kalau tak cuci dinding nie"
Aku : " Tak per biarlah cam gitu" apa lagi yang aku nak cakapkan.
tapi bila aku fikir balik pandai gak anak aku nie melukis padahal akak belum hantar dia sekolah lagi.. sekurang2nya dia menunjukkan skill yg dia pandai melukis walaupun salah tempat.. alahi anak-anak.

Tempahan Pertama tahun 2010





Pagi ni nak cerita sikit pasal tempahan nie. Ustazah Nawal ni tinggal kat tingkat satu kat umah akak. Kira dia ni regular customerlah.. Dia hantar sms minta buat kek cokelat untuk hari jadi dia, kata nak bagi kat anak murid mengaji dia.Kiranya ini adalah tempahan pertama untuk tahun 2010 setelah sekian lama menutup tempahan. Mulanya akak nak buat sponge kek yang ada filling cokelat .. alih-alih bantat lah pulak kek tu..haru biru dibuatnya balik kerja terus bersilat kat dapur wat cokelat lembab kukus..
akhirnya dapat le sebiji kek yang deconya bagi aku sangatlah teruknya sebab cokelat belum cukup sejuk akak dah mendeco.. nak wat cam mana lagi akak tunggu sampai ke pagi lah pulak nanti.. dah pulak sikecik meragam, bila akak yang ayun buai dia dia diam, bila abahnya dan kakak2nya yang mengayun buai dia melalak, cam tau tau jek tangan mak dia yg mengoncang buai... ok balik kepada kek nie tadi, sebenarnya akak sedang mencuba skill wat munga ros, orang lain sibuk wat munga ros akak pun nak wat gak.. orang sibuk cari guru belajar , akak belajar kat youtube jek..he.he kedekut betulkan.... bukan kedekut tapi masa tak mengizinkan dan RM nak digunakan kelain..almaklumlah anak ramai RM 150 tu kira besar gak nak keluarkan. Lepas tu kan perasan tak ejaan Ustazah tu tersilap...he..he macam budak baru belajar mengeja jek...siap minta maaf dgn ustazah tu . Pass tu kita dapat le sms dari ustazah tu "Smua ckp kek ustzhnya sedap n cantik sgt.. tq " he..he lega rasa nie yg buat nk teruskan hobi nie.. selama nie sebenarnya takut nak terima tempahan.

Thursday, May 20, 2010

Zahrin a.k.a Ayeen dah 4 bulan




Semalam 19/05/10 genaplah Ayeen 4 bulan.. alahai dah pandai ketawa bila diagah.. seronoknya.. rasa x nk pergi kerja.. tapi rasa berat da 8kg.. tak larat dah mama nak "kukung". Semalam tah cam mana masa angah angkat dia tetiba tergolek le pulak si Ayeen nie sian, sib baik tergolek atas toto, tak le sakit sangat but still sakitlah.. si angah lak dah kecut perut sebab dah jatuhkan adik dia.. takut kena marah dengan mama dia yg cam singa nih ..he..he.. sib baik mood akak semalam cool jek.. sebab akak tau dia bukan sengajakan.. nah ni le muka dia nangis , senyum dan selamba...

Monday, May 17, 2010

Anak Bujang Ku


He..he saja nak enter frame lagi kisah bujang sorang nie.. Sapa lagi Zahrin a.k.a Ayenn le.. dah 4 bulan kejap jek.. Semalam Adik datang umah bawa family dia pasang Bio Aura..he..he promote lagi.. bukan nk berlagak atau menunjuk2.. tapi akak dah tak leh tahan air berkarat, pass tu air masak cepat habis.. dah le kita yg tukang masak , kitalah tukang tambah..yang lelain tukang habis...ishhh asyik merungut jek akak nie... macam tak ikhlas jek...ikhlas x2.. he..he.. ok citer pasal Ayenn, akak letak dia sebelah sepupu dia yang tua 2 bulan... adoiii dia dah lawan abang Haikal dia... nie le penangan susu ibu..ha..ha

Carrot Cake untuk Hari Guru 2010



16 hb Mei dah tiba.. jatuh lak pada hari Ahad... Selamat Hari Guru kepada bekas guru ku di Sek Men Dong, Raub, Pahang, kepada rakan2 yang menjadi guru, tidak ketinggalan kepada guru yang mengajar mengaji, guru yang mengajar menari dan tidak lupa juga guru yang mengajar memasak dan mendeco kek...he..he.
Anak- anak dah bising nk beri apa kat cikgu dia orang?.. Yang sulung akan merayakan Hari Guru pada 17hb Mei iaitu hari Isnin.. katanya "Mama buat jek kek" emm good idea gak.. apa lagi intai2 le apa yang ada kat dapur.. maka terhasil le kek Carrot yang simple nie.. kalau sapa-sapa nk try .. nah layan resepi kat bawah nie, sorrylah nie bahasa omputih..tak sempat nak transelete.. ala tapi sekolahkan..kan.. mesti pandai speking London nie.. resepi nie dapat kat mamafami FB.. tumpang lalu ye mamafami..pinjam resepi...he..he jgn mare..


Ingredients :

4 eggs ~ separate the whites and the yolks (telur gred A ye)
1 1/2 cups corn oil (akak guna minyak masak je)
150 g castor sugar
150 g brown sugar (akak guna castor sugar... tak dek stock kat umah)
1 1/2 cup carrot ~ shredded

To be sifted :
250 g flour
1 teaspoon cinnamon powder (akak x taruk pun.. x suka)
1 1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt

100 g walnut ~ chopped - akak tambah kulit limau sebab stock masih banyak

Method :

1. Beat the egg yolks. Then add in oil, castor sugar, brown sugar and shredded carrots. Mix well.
2. Add in the walnuts.
3. Add in the sifted ingredients.Mix well.
4. Beat the egg whites till stiff.
5. Fold in the egg whites into the cake mixture.
6. Bake in a pre-heated oven at 180 celcius for 45 minutes.

Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g icing sugar

Method :
Beat the above ingredients till light and fluffy. Spread on top of the cooled cake and sprinkle with walnuts

Tuesday, May 11, 2010

Chilled Blueberry Cheese Cake



Resepi dah lama duduk kat dalam file... tak dek masa nk try.. bila ada masa bahan lak tak dek.. yg selalu tak dek telur le.. sebab kat rumah tu telur wat stock lauk..he..he.. so baru - baru nie aje yg dapat mencuba resepi.. Anak-anak apa lagi klu dengar mak dia nk buat kek semua pakat duduk depan kita.. masa tu lah kukerahkan tenaga anak-anak ku untuk mehancurkan biskut.
Kalau nak cuba nah ambik resepi ni

Chilled Blueberry Cheese Cake
Bahan Base
150 gram biskut chipsmore..(mesinkan atau hancurkan halus)
2 sudu besar butter(suhu bilik)

Bahan Cream
250 gram cheese cream philidephia
300 ml yogurt perisa blueberry
100 gram gula halus

Larutan Agar-agar (panaskan)
130 ml air
1 sudu besar agar-agar serbuk cap bintang jika guna brand nona guna 2 sudu

Hiasan
250 gram blueberry filling
1 sudu besar air
kacau sebati

Cara-Cara
Gaul biskut dgn butter dan tekan kedalam loyang
Pukul cheese cream dgn gula hingga kembang
Masukkan yogurt dan kacau rata
Masukan larutan agar-agar cair dan kacau sebati
Masukkan kedalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam
Keluarkan dan letakkan filling blueberry... hidang le..



Monday, May 3, 2010

Kerutub Ayam



Mak datang rumah bila akak beritahu yg akak kurang sihat. Itulah kasih seorang ibu walau sibuk camner kat kampung pun dia tetap datang bila dengar anak sakit.. Tapi anak2??.. setakat ini akak dan adik2 yg lain kalau dengar je mak x sihat cepat2 kami balik kampung. Sedar x sedar dekat 2 minggu mak ada kat umah.. masa Wan ada kat umah cucu2nya happylah.. sebab bangun2 jek ada orang kat umah.. bukan mcm biasa bangun aje dari tidur Mama dah gie kerja.. sian anak aku...sepanjang mak ada kat umah cakap je nk makan apa, mak mesti masak.. tapi yg penting bahan kena adalah kat umah...he..he . Nie satu satu snek mudah yg paling sedap mak buat iaitu cekodok ikan bilis... aku try buat ikut resepi mak beri still tak sama.. memang mudah buat cekodok bilis nie tapi lain orang lain rasanya... pas mak buat cekodok bilis aku try wat Kerutub ayam, boleh makan dengan cekodok bilis nie. Resepi Kerutub Ayam nie aku tak ingat dapat dari mana , tapi yg pasti ianya dari sumber yg selalu aku lawati.. mana lagi klu bukan kat FP kawan2. Kalau nk try nie resepinya;

Kerutub Ayam
Bahan2
1 ekor ayam- di potong kecil -kecil
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
2 cawan santan
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar keresik
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Kisar
100gm bawang goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Memasak
Tumis bahan kisar hingga garing. Satukan rempah kari dan rempah kurma, dibancuh. Apabila bahan kisar telah garing masukkan bancuhan rempah tadi. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kerisek, garam,gula dan santan. Biarkan hingga mendidih. Masak hingga pekat dan ayam lembut. Kacau sekali sekala. Apabila sudah pekat angkat dan hidangkan... Sedap dimakan bersama nasi atau roti. Makan dengan cekodok bilis pun sodap.