Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Tuesday, March 6, 2012

Suprise Birthday Cake



Sedang akak bersantai2 kat rumah dapat sms dari jiran terdekat akak. Sisuami minta buatkan suprise birthday kek untuk isteri terchenta yang jatuh pada 04/03 yang lalu.
Akak kata boleh je..rezeki.. jadinya apa yang ada jelah kat rumah tu..
fikir punya fikir ..jadilah kek span layer dgn cream cheese..

Friday, March 2, 2012

Mee Kuning Homemade

Dah lama teringin buat mee sendiri. Masa Zaman kanak2 dulu selalu tolong mak buat mee, sebab mak dan abah berniaga kedai makan. Tapi dah agak lama meninggalkan resepinya..he..he Cari punya cari jumpalah resepinya dimyresipi.my..meh layan resepi yang mudah lagi halal dan bersih..he..he

Mee Kuning dah siap



Mee yang dah siap digoreng


Bahan2
500 gm tepung gandum
200 ml air
1 sudu kecil air abu atau air kapur
garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara2
Campurkan air abu ,garam dan pewarna kedalam air dan kacau hingga sebati.
Gaulkan air tadi kedalam tepung hingga menjadi doh..Doh untuk mee ini agak keras..
Gunakan mesin me untuk menghasilkan mee yang panjang. Rebus mee kedalam air panas mengelegak.. Angakt dan gaul dengan minyak masak untuk mengelakkan mee melekat.. Selamat mencuba

Puding Roti Keremal



Pernah try puding roti kukus yang makan dengan kuah kastard tu. Tapi tekak tak berapa nak menerima. lepas tu ada satu kawan FB ni selalu sangat promote puding roti dia..Terjebaklah juga.. Cari punya cari dapat le resepi yang ini .Makan mcm tu pun sedap, tak payah sos pun tak per

Resepinya

Roti Puding Karemal
Sumber : Hanieliza fotopages

Bahan-bahan
1/2 cawan gula pasir dicairkan menjadi karemel
kemudian tuang kedalam loyang 8 X 8 atau 9 X 9.

Bahan-bahan puding
10 keping roti
Sedikit majerin
1 tin susu cair - saya guna 500ml susu UHT
1 cawan gula (resepi kak liza 1/2 cawan je)
4 biji telur (resepi kak liza 2 biji telur)
1 sudu kecil essin vanilla
1 tin air buah dari fruits koktail/peach ( saya tak letak)
2 sudu besar tepung jagung ( saya tak letak)

Hiasan:
1 tin buah koktel/peach
saya guna kismis je

Cara2
Sapukan majerine pada roti, bakar hingga nampak keperangan, keluarkan dan potong 4 segi kemudian susun dalam loyang yang telah diisi karemel tadi.
Satukan telur,gula dan susu segar ..putar hingga sebati. masukan essen vanilla.. tapiskan kedalam bekas roti tadi..taburkan kismis ..biarkan selama 15 mint kemudian di bakar selama 30 minit (resepi kak Liza kukus)
Pada pendapat saya yang bakar lebih sedap berbanding dikukus.. boleh makan begitu saja tanpa vanilla sos..

Untuk Vanilla sos ini resepinya:
400ml susu cair atau susu UHT
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2
Camurkan semua bahan tadi, kacau hingga sebati kemudian tapis kedalam periuk. Masak diatas api perlahan dan sentiasa dikacau. Masak hingga pekat dan betul2 masak..
Selamat mencuba...

Kek Kawin 2 Tingkat

Tambah Ilmu lagi..Kali ni belajar dgn RoseAzliza kekdihatiku.. kelas belajar sorang2 ..lepas nie boleh le ambil order kek kawin dua tingkat





Apam dot-dot -Che Nor



Alhamdulillah rezeki Allah bagi.. Terima kasih tak terhingga buat che nor yang tak jemu order dari akak apam dot-dot nie.. Che Nor order bagi pihak kawan2 sekerja.. Che nor order 2 set..

New Product di aspafuncooking

Baru-baru ini akak ke kelas Chef Asma lagi mempelajari 5 jenis kek. Sebenarnya sebelum ni ada antara kek-kek yang dipelajari tu pernah akak buat. Tapi bila kita dah masuk kelas ni lebih yakin untuk mempromosinya.. Harap2 tiadalah yang salah sangka bila akak pergi berguru. Bukan saja2 nak menghabiskan duit..tapi itu sebagai salah satu pelabuaran dihari tua dgn menambah ilmu he..he .. So meh layan kek-kek akak ye

Orange Cake


Strawberry Cake


Fruits Flan


Blueberry Cake


Black Forest Cake


Lima Jenis Kek yang dipelajari

Ais Kerim



Terjumpa resepi ini di dalam FB klu tak silap nama FB tu Jue Nida..Saja nak try..Jom layan resepi

Bahan2
1 tin susu pekat
2 tin air (sukat guna tin susu)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil essen vanilla

Cara2
Masakkan susu , air dan tepung jagung. Masak hingga mendidih dan tepung jagung betul2 masak.Sejukkan
Apabila dah sejuk masukkan kedalam bekas yang besar. Masukan ovvelate dan putar hingga ringan. Masukan essen vanilla. Bahagukan kepada 2 bahagian.. satu perasa vanila dan satu lagi perasa yang anda pilih sendiri.
Satu bancuhan ini dapat menghasilkan 2 bekas ais kerim
Selamat mencuba

Sepetang di Ampang City






Suatu hari En. Suami ajak jalan2.. bila ditanya tak kata nak kemana2. Ikut jelah.. rupa2nya nak melawat kedai kuda tpt kawan sekampungnya bekerja di Ampang City..Selalu klu balik kampung lalu je kat depan Ampang City tu.. Dah masuk..tapi sunyi sepi je.

Muffin Coklat



Try buat muffin coklat.. harus kekelas juga ni baru boleh jadi..

Hantaran Cupcake






Tak pernah buat cupcake untuk hantaran .. Kerana menyahut cabaran dan nk perbaiki skill..alhamdulillah terhasillah cupcake hantaran ini .. Order dari kawan merangkap Supplier untuk boss akak..he..he.. Wan @VHQ order untuk anak buahnya yang nak kawin..terima kasih Wan

Kek Coklat Birthday Adik Hilman





Order Pembuka tirai 2012.. Dari Jiran seApartment..he..he kek choc moist resepi chef Asma.. Terima kasih En. Zaki

Happy 2nd Birthday Ayeen... 19.01.2012

Alhamdulillah dah 2 tahun anak bujang akak.. tapi tahun nie tak buat pun sambutan mcc selalu atas sebab2 yang tak dapat dielakkan (he..he budjetlah tu) Apa pun meh layan gambar first cupcake yang disalut dengan fondant. Hasil mcm kurang memuaskan sedikt comot.


Oreo Cheese Cup Cake

Dah lama tekak ni nak makan cheese cake versi cup. Cari resepi kat internet dapat le yang ini.. Fuh ! kejap je licin kat rumah tu

Apam Dot-Dot untuk Joan



Apam dot2 order bay kak Joan..Client boss aku.. tq kak Joan