Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Thursday, May 30, 2013

Brownis Lapis Cheese versi kukus


Bahan- bahan untuk Lapisan choc brownis
200 gm butter atau magerin
200 gm dark choclate
170 grm tepung gandum
30 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur
Cara- cara
Cairkan butter bersama choclate guna kaedah double boil ketepikan
pukul telur bersama gula hingga kembang dan sebati, jangan lama sangat, masukan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko ( saya tambah satu sudu teh soda bikarbonet) Kacau guna senduk atau spatula sahaja
Masukan adunan choc & mentega tadi,,gaul sebati
Bahagi 2.. Tuang separuh aduanan tadi kedalam loyang. kukus selama 15 minit..tutup permukaan adunan dgn aluminium foil untuk mengelak air dari masuk kedalam loyang. Sementara tunggu brownis masak kita buat adunan cheese.

Bahan-bahan
250 gm cream cheese ( tantura atau Phildelphia )
250gm cream cheese (kalau kat malaysia cari brand philadelphia.. selalu jual kat supermarket bahagian cheese/marjerin/susu)
60gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A
Masukkan semua bahan2 kecuali telur ke dalam mixing bowl...Pukul sehingga adunan kembang.  Kemudian masukkan telur. pukul sekejap je untuk bagi dia rata. Tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi... Kukus selama 20 minit....Lepas lapisan cheese dah masak, tuangkan pula baki adunan brownies tadi...ukus lagi selama 2o minit.. tutup juga dengan alumnium foil untuk mengelakkan air jatuh ke atas permukaan nya... Bila dah masak... sejukkan brownies pada suhu bilik...

Bahan-Bahan Chocolate Ganace

bahan2 yang diperlukan :
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin
Masak dengan kaedah double boil...atau boleh lawati:-

Resepi Lasagna


Bahan Sos Merah & Cara-cara

Daging cincang ( saya guna daging ayam berger + sosaj ayam) cincang halus.
Sos Prego yg untuk spageti ( saya guna setin)
Cendawan butang di potong dadu
Bawang putih & bawang besar putih dicincang halus
oregano & lada hitam ( saya tak letak sebab x de )
Keju Mozzarela
Keju Pamesan ( saya x letak sebab tak de )
garam secukupnya
Minyak zaiton untuk menumis ( saya guna minyak masak je)
Panaskan minyak, masukan bawang putih & bawang besar.. masukan sos prego, cendawan , garam, akhir sekali masukan black paper & oregano (klu ada.. Inti Merah klu boleh biar basah sikit supaya kulit cepat lembut.

Sos Putih 
2 sudu mentega
2 sudu besar tepung gandum
250 gm susu segar / full cream
garam secukupnya

Cairkan mentega, masuknan tepung kacau sebati , masukan susu dan garam masak hingga pekat.
Cara melapis:-
ini cara saya, sedia kan loyang ..letak inti merah..tutup dengan kepingan lasagna .. letak inti merah , kemudian sos putih ,kemudian keju mozzela.. ulang hingga habis..

bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu..kepanas oven ikut oven masing2..saya guna 180 darjah celcius selama 25- 30 min.. selamat mencuba..
Resepi ini saya ikut apa yang ada di rumah sahaja.

Budjet CupCake

Ustazah dari sekolah agama anak yang order untuk dibawa pulang kepahang

Brownis Cheese


Brownis Cheese + Ganace  dari seorang suami kepada isteri

Pelbagai Birthday Kek

Ibunya seorang surirumah sahaja, tetapi ingin meraikan harilahir anaknya...Maka terhasillah budjet moist coklat kek ini

Blueberry cake + fresh cream + blueberry filling

Vanilla Sponge Cake Steambutercream style dari seorang ayah kepada anak & dari seorang suami kepada isteri  2in 1
Vanilla sponge cake steambutterceram style + Muslimah EI


Vanillasponge cake + buttercream




Selamat Bertunang Nurul & Eijo-

Selamat bertunang buat sepupu ku Nurul & Eijo..tema pink hijau...


Cupcake Hantaran

                                         
Apam dot2 sebagai door gift untuk tetamu

Mak Sedara Dan Pak Sedara menyambut hari Ulang tahun perkahwinan pada hari yang sama

Permintaan Hari Ibu & Hari Guru

Antara Tempahan dihari Ibu & Hari Guru







Polkodot lagi

Pink Putih




200 pcs berbagai warna



Pink Purple

Polkodot

Macam biasa banyak permintaan apam polkot ni rupanya

Karipap pusing order dari Emi ..nak bawa balikkelantan

Selamat Kembali MengUpdate Blog...

Assalamualikum kepada yang berkunjung ke blog akak yang tak seberapanya ini.. Setelah sekian lama meninggalkannya kini akak kembali untuk mengemas kini blog yang boleh dikatakan dah bersawang...
Kemalasan yang melanda menyebabkan blog ini bersawang..hu..hu... 

Ok hari ini akak nak tayang hasil kerja tangan yang sempat akak buat untuk tempahan kawan-kawan..

Chocolate Sponge cake +butterceram

Thursday, November 22, 2012

Brownis & Cheese Tart by Maznah

 
 
Brownis & Cheese tart ni kawan akak bernama Maznah dar Sunway Travel yg order
Terimakasih ye Maznah
 
 
 
 
 Brownis walnut
 
 
 
Blueberry cheese tart.
                                                                    

Apam Polkodot Untuk Danish

 
 
 
Danish adalah anak sedara akak ..pandai dia minta mamanya order apam dot2
dari mak long ye
                                             50 pcs apam dot2

Choclate Cheese Brownis

 
 
 
 
Kali ini dapat order dari tadika tempat Qstina sekolah.. Kata cikgu yang menempah tu nak sambut birthday anak-anak yg lahir dalam bulan April,Mei & june.. terma kasih kerana diberi kepercayaan kepada akak 
 
 
 
 
Choclate Cheese brownis  Tadika Perpaduan Siantan Punya 

Polkodot

 
Sejak blog dah bertukar wajah mcm susah nak update blog  hu..hu sebab tu le bersawang

                                            Apam Dot 2 Putih kuning & pink putih



Cup Cake Hantaran Tema Biru Pink




Cup Cake Hantaran ini di order oleh kawan yang pernah bersama2bekerja di Mega Tv anak syarkat TV3.. Ros order kek ni semperna pertunangan kawan baiknya Zita..