Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Wednesday, September 28, 2011

Cheese Tart Pulak


Minggu ni minggu rezeki tak putus ada order... Alhamdulillah.. semoga berterusan.. sejak akak berniaga ready mada tart shell nie tak risau lagi kalau ada tempahan untuk cheese tart ..bebila masa jek leh buat.. mcm order yg ini .. order mengejut ..nak juga mkn cheese tart malamnya.. jadi akak kata kat yg mengorder nie boleh tapi ambil dalam pukul 9.30malam sebab akak balik kerja dah lambat..hanya boleh start bake dalam pukul 8 mlm mcm tu..alhamdulillah seperti yg dijanjikan cheese nie siap seperti yg dijanjikan.. terima kasih pada yg mengorder... nanti order lagi ye.. yg penting beritahu awal2 sebab takut stock cheese tak dek kat umah...layannn.. tetiba dapat komen dari kawan FB " Akak cuba wat new desing pulak"..ha..ha akak mmg ketinggalan dlm bab deco nie..harus mencuba yg baru jadi akak masuk blog yg disarankan oleh kawan FB tu..so akak jalan2 kat blog Azlita Aziz..terima kasih kat Azlita sebab ajar step by step

Dot-Dot Order by Kawan di Media Prima



Masih mengdot-dot lagi.. warna dot-2 adalah pilihan customer..Order nie sebenarnya order dari kawan akak yg dekat Media Prima..untuk majlis jamuan hari raya department katanya..layannn

Monday, September 26, 2011

Happy Belated To Mak Cue

23 Sept adalah hari lahir Emak saudara akak.. kebetulan malam sabtu lepas adik akak yg kat Kajang tu wat makan-makan kat umah dia.. akak suruh dia jemput sekali mak cue..konon nak wat kejutan..he.he..tunggu punya tunggu tak sampai2 ..kul 9 malam akak pun balik le ..siap pesan dgn adik kalau mak cue dtg wat suprise untuk dia ..klu dia x datang korang potong jelah kek tu..he..he tetapi akhirnya kek itu dapat juga di belah oleh tuan punya.. dia datang lepas balik dari kerja.. Siap pesan kat wall FB tahun depan sponsor lagi.. amboi-amboi... tahun depan kena charge le jawabnya..he..he

Dot2 Order untuk raya

Dalam sibuk beraya hujung minggu yang lepas ..sempat juga akak siapkan 2 tempahan untuk jiran yg buat open house ..



Friday, September 23, 2011

Apam Dot -Dot @ Apam Bolsam




Semalam dapat order terkejut dari kenalan.. nak di tolak kesian pulak..makanya terpaksalah akak mengdot-dot malamnya.. Dah lama tak memgdot-dot nie tu yg mcm cuak jek takut x jadi.. tapi..lihatlah hasilnya..pada pandangan akak lebih baik dari dulu-dulu..harus ku beli pengukus besar nie boleh sekali kukus je untuk 1 resepi. Meh akak ulang tayang resepi

Bahan2nya

3 biji telur gred B (sejukkan dlm peti ais)
220 gram gula halus ( akak edit jadi 200grm je)
1 sudu teh ovellet
275 grm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
150 ml susu cair atau susu segar
Apa2 jenis filling secukupnya ( akak guna blueberry je)

Cara2
Panaskan kukusan biarkan hingga mendidih.
Masukkan telur ,gula dan ovellet kedalam bekas yg besar dan putar hingga kembang dan kelihatan putih. Masukakn Tepung berselang seli dgn susu tadi. Pukul lagi hingga semua sebati dan kembang serta pekat.
Sediakan papercup mengikut saiz yg disukai , bisa akak guna saiz 1 atau 2. Masukan adunan kedalam paper cupanggaran setengah sahaja.. kemudian masukkan blueberry filling diikuti pulak dgn adunan isikan hingga menutupi filling tadi..masukkan hingga penuh papercup tadi. Kemudian ambil warna lain untuk menghasilkan dot-dot tersebut..gunakan kretiviti anda untuk meng dot-dot ye..selamat mencuba
Bahagikan kepada beberapa warna yg disukai. Sediakan

Thursday, September 22, 2011

Happy Birthday to Danish 20/9/2011

Satu Petang : Talipon akak berbunyi tertera no hp adik yg no 3
Call: Hello Mak Long ..Ini Danish.. Kek Ben 10 ada
Akak: Hello ..oh danish nk kek Ben 10 ye...(dlm hati ..oh tak ye hari jadi dia 20hb)
Call: Nanti Mak long buat kek Ben 10 tau!
akak: Ok.
Anak sedara rupanya yang call..minta kek Ben 10.. oleh kerana masa dah tak cukup akak pun cepat2 isi form order idebleimage dgn Edibleprint Idealisme.. sib baik sempat.. Jadi pada 20 hb yang lalu dapat le layan siDanish dgn Kek Ben 10.

Kek: Mable Brownis Cheese
Saiz: 9 inci

Tuesday, September 20, 2011

moist choc kek (KUKUS)

Mcm tak dek menda lain nak hidang..he..he ini antara kek yg akak buat sebagai langkah berjaga2 kalau ada sahabat atau sedara mara yg datang mengejut, jadi adalah sesuatu untuk dihidangkan. Lagi pun resepi kek cokelat ni senang jek.. meh layan resepi:-
Bahan2
Untuk kek
4 biji telur
1 cawan gula castor ( resepi asal 340gm gula perang)
1 cawan susu pekat manis ( resepi asal 1 tin)
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sedu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Topping Cokelat
300 gm cokelat masakan
200 gm whipping cream
1 sudu besar mentega

Cara - cara
1. Panas kan kukusan. Pukul Telur & gula hingga sebati@hingga gula hancur sedikit, masukan esen vanillah
2. Masukkan susu pekat, kacau
3. Masukan tepung yang telah diayak bersama dgn serbuk penaik dan serbuk koko berselang seli dgn air panas.. kacau hingga tepung sebati dgn adunan.
4. akhir sekali masukkan minyak masak ..kacau sebati. masukan kedalam loyang saiz 8 atau 9. kukus selama 1 jam .. tutup loyang dgn aluminium foil supaya air kukusan tidak masuk kedalam kek.
Apabila sudah masak sejukkan kek. kemudian boleh buat tipping cokelat.
Cara-cara
Panaskan whipping cream..bila nampak berbuih terus masukkan cokelat dantutup api. kacau hingga cokelat cair dan masukkan mentega dan kacau hingga adunan cokelat berkilat ... kemudian boleh le tuangkan keatas kek tadi..pandai2 le menghiasnya ye..
selamat mencuba

Doll Cake + Open House 2011

Pada 16 sept iaitu hari malaysia sama pulak dgn tarikh lahir anak akak yg no 3. Tahun nie dah 9 tahun usia anak akak itu.. Permintaan minta buatkan Doll cake.. emm tak pernah buat..nampaknya terpaksalah akak layan youtube + tanya kawan - kawan yg lebih sifu.. Oleh kerana hari tersebut adalah cuti umum maka akak terus buat sekali ope house untuk jamuan raya.. layannnnnnnnn



Inilah juadah yg dapat akak sediakan untuk hari tersebut.. terima kasih kepada sahabat yg datang membantu




Red Valvet

Assalamulaiku.. ada ke yg jengok blog akak nie.. dah bersawang bila kemalasan melanda maka inilah jadinya..
Lepas raya kemalasan makin menjadi2..he..he tetiba dapat tempahan dari jiran satu blok minta buatkan sebarang kek untuk suami tersayang.. maka dgn tujuan untuk mengasah skill dan mencari duit tepi akak buatkan red valvet..maka terhasillah yang ini