Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Thursday, April 28, 2011

Mini Pizza

Dalam keadaan cuaca kita yg tak menentu sekarang yg asyik2 ujan.. buat perut sering lapar... jengok kat peti ais apa yang ada .. he..he Ting! keluar mentol lampu kat atas kepala.. hari ini kita buat pizza mini... ada sosaje, ada cheese, ada crab meat..ah jadilah.. resepi doh.. ala senang jek cut & paste resepi donatlah apa lagi ubah sikit jek... kalau betul2 tak tau google je kat tenet resepi pizza..senang yang amat-amat... layannnnnnn


Testing Resepi Apam Mekar..


He..he apam lagi..tapi kali ini akak try resepi apam mekar.. emmm resepi apam mekar dgn apam dot2 tak banyak bezanya..kalau nk try resepi ada kat bawah. Resepi ni akak cilok dari Myresepi.. terima kasih kepada tuan punya resepi ye

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7.Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9.Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10.Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11.Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

Monday, April 18, 2011

order

Kali ni akak dapat order dari kakak angkat iaitu kak Pauziah atau kak Zie.. dia order 2 set apam dot2 katanya nk hadiah kat kawan nak buat hantaran.. lepas tu kak Zie order cheese tart 1 set nak buat makan2..




Brownis cheese

Dah lama tak menghapdate blog.. kali nie akak upload gambar brownis cheese yg akak buat untuk makan-makan.. gambar dah pandai edit sendiri guna teknik yg cik mat gebu ajarkan..terimasih Cik Mat sebab bagi petua cam ner nak edit gambar bagi org buta IT mcm akak nie..he..he layannnnnnnnn



Brownis Cheese saiz 10 inc X 10 inc