Terima kasih

Terima kasih kepada yang singgah diblog ini..

Monday, April 26, 2010

Sumber Dapur



Ni nk citer pasal kisah Jumaat lepas 23/4/2010.. konon ambil cuti nk attend cooking class kat BWY.. sampai kat situ kelas dah penuh dgn student... aduh bengangnya...bengang punya pasal balik umah buat kek sponge sebiji.. deko sendiri.. pamer sendiri, makan sendiri dan syok sendiri..ha..ha..pass tu wat donat.. klu sapa2 nk try resepi donat akak nie silakan..

Donat Simple

500 grm tepung gandum
1 pkt mauripan
1 biji telur
3 sudu teh gula halus
1 cawan air suam
2 sudu besar shortening
3 sudu besar creamlite majerine
Gula halus untuk menyalut

Cara-cara
Masukkan mauripan dan air suam kedalam satu bekas, masukkan 1 sudu teh gula. Kacau dan biarkan kembang. Campurkan tepung gandum , lebihan gula,shortenig dan majerine, gaul hingga rata. masukkan telur dan masukkan bancuhan mauripan tadi. Uli hingga menjadi doh yg lembut, jika terlembik boleh tambah tepung sedikit2. Rehatkan doh sebentar hingga kembang. kemudian uli lagi sekali dan bentuklah mengikut bentuk yg anda suka. rehatkan sebentar kemudian boleh le mengoreng.. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar kemudian salut dengan gula halus.. dan sedia dimakan.

Monday, April 19, 2010

Back to cooking & Baking




Sabtu lepas 17/04/10 rumah pengasuh buat kenduri bacaan yassin dan doa selamat atas pencapaian cermerlang anak2nya... Amin.. kalau leh anak2 akak pun nak macam gitulah juga. Jumaat tu diserang sakit pinggang lagi jadinya tak dapatlah membantu untuk masak2. Fikir punya fikir apa aku nk sumbang ye .. tengok stock kat dapur.. ah boleh le buat sebiji kek kot.. Maka inilah hasilnya kerastangan aku yang tak seberapa. Lepas tu adalah balance wat icing tu. Kat peti ais masa tu ada balance agar-agar sirap.. tetiba kakak Ira ckp "mama bak sini lebih icing tu kakak nak wat deco gak.. he..he ada gak idea dara aku nie ..

Baby Zahrin





Diam tak diam hari ni 19.04.2010.. Zahrin dah 3 bulan usianya.. Emm jaga Zahrin tak ada masalah setakat nie.. tapi sejak akhir2 nie pinggang selalu sakit2.. isssshh. dah nak masuk senja rupanya akak nie... Zahrin sekarang dah 6kg ++ ish..ish.. montelnya anak aku nie...lepas menyusu jek pasti lelap.. jaga jek sumbat susu , mana tak montelnya..he..he. meh tengok si montel nie